BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 23 September 2011

Drama Kehidupan

Cuti 4 hari tu ari, macam banyak pulak drama yang aku tengok. Eh, bukan kot. Rasanya aku dah tercampur dengan minggu2 lepas punya sekali kot. Minggu ni je aku tengok 3 cerita. Sabtu malam cerekarama bara chenta ramadhan kot tajuknya. Best ceritanya, macam cerita ibu mertua ku pulak. Kisah pasal mak mertua yang tak suka pada menantunya dan dibanding2kan menantu dia yang lagi satu, keje gomen. Ditokok tambah pulak dengan karakter zarina af2 yang memang menjengkelkan tu. Tapi memang over la mak mertua tu. Mujur aku dah ada mak mertua. Yang tidak begitu.

Pastu hari ahad, boleh pulak aku tengok movie kat slot pesona 3. Cerita andartu terlampau 21 hari mencari cinta. Hahaha. Tah pape citer tu, tapi aku boleh layan sampai habis?

Malam pulak aku tengok cerita demi tuhan aku izinkan. Pergh! Gini punya pempuan pun ada ker? Boleh, dia kawenkan laki dia dengan adik angkat dia yang mendapat hidayah lalu meminta suami kakak angkatnya untuk dijadikan pembimbing...? Geramnya!!! Kenapa cerita2 semua menggeramkan ha? Yang tambah geram tu, time nikah tu, dia tersengih2 ngan kakak angkat dia. Nak je aku pang! Dan pelakonnya pulak ala2 pelat cakap melayu (tengok nama dia macam mix india cina kot), nampak mengada2 pulak. Pastu boleh pulak laki dia mati. Pas bersalin, pempuan tu pulak mati. Sudahnya kakak angkat ni lah yang kena bela anak dia. Bila aku bebel2 sambil tengok citer tu, encik suami punya komen pendek je.

Kan dia dapat payung emas...

Nyampahs!

1 komen:

ayza ukashah... said...

sedey kan cerekarama tu...huhu...mmg terbaek ar sape pgarah die