BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 September 2011

Ada Seorang Bayi



Masa mengemas rumah mil pada hari raya tu ari, aku juga telah menemui satu dokumen yang nostalgik. Iaitu kad kesihatan anak. Dan anak itu ialah bayi comel ini hihihi. Boleh la aku tau perkembangan diri beliau sejak bayi.


Beliau dilahirkan di rumah nenek di parityusof muo. Menurut cerita mil, masa tu derang dah duduk rancangan. Tiba2 masa mengandungkan beliau, sedang berlaku isu 'orang curi uri di hospital'. Misi kot yang buat keje tu. Oleh sebab takut dicuri uri oleh misi itu, mil mengambil keputusan untuk melahirkan beliau di kampung. Isy, agak2 uri aku kena curi tak ya? Ye lah, kan dekat2 je masa nya.

Nama beliau dipropose oleh busu. Kalau tengok nama anak2 busu pun semua start dari huruf H. Dan berbunyi HAI di depannya. Adik beliau pun bernama Hai jua.

Bukti beliau sudah imun terhadap beberapa penyakit. Tapi memang beliau jarang sakit. Aku je yang asik demam jek. Agak2 kenapa?

Ya, cuba tengok kat situ, 'bf on demand'. Bermakna beliau mengambil susu ibu, sementara aku pula mengambil susu lembu. Patut lah selalu sakit.

Perkembangan berat beliau. Pada umur 2 tahun, beliau sudah pun seberat sekampit beras!

Dan akhir sekali ialah rekod anak2 yang lain. Tengok tu, beliau adalah anak ke-5 dan beza umur purata adalah 2 tahun. Tetapi, cuma beza umur beliau dengan adik beliau sahaja yang 1 tahun lebih. Ini bermakna, beliau lah anak yang paling kurang kasih sayang hahaha. Patut lah dari sekolah lagi beliau sudah mencari kasih sayang dari kekasih hehehe. Memang selepas adik beliau (yang lahir pada tahun 1980), adik2 yang lain mempunyai beza umur 2 tahun (1982, 1984, 1986, 1988, 1990, 1992).

Walau bagaimana pun, kami tak menemui kad kesihatan anak2 yang lain. Itu membuktikan mil sangat sayang pada beliau (kesimpulannya). Sekian.


1 komen:

ayza ukashah... said...

wow...amazing jumpe kad kesihatan...haha...camtu saya nak simpan la kad kesihatan anak saya...nant wife die leh tgk...bape hari ayah die cuti sbb kekuningan die...huhu