Semalam aku pergi isi minyak kete kancil. Baru aku nak cucuk kad, mamat kat dalam tu cakap (guna speaker),
"Kak, minyak kuning abis ya..."
Alamak...
Aku pun tak tau berapa rege minyak hijau. Kat pam tu tunjuk rege minyak kuning (sebab kete sebelum tu isi minyak kuning). Oleh kerana tempat kad dengan pam dia berasingan, lepas settle kad baru aku bukak tangki. Ketat la pulak. Bila aku dah dapat bukak, mamat tu cakap lagi,
"Kak, minyak takleh kuar. Lambat sangat, kena buat semula."
Kena lah aku cucuk kad lagi sekali. Bila aku nak isi minyak, sekali lagi mamat tu cakap minyak kuning dah abis. Lalu aku pun mengisi minyak hijau.
"Umak ai!" Tanjat gegel. Rege minyak itu ialah rm2.80 se liter ...? Gila mahal!!! Kira pejam mata rm3 la se liter, kan...
Sibbaik dalam tangki ada minyak lagi, takde la kena isi banyak sangat. Tapi, 15 liter lebih je pun dah rm44! Baru lah aku terasa kenaikan harga minyak.
Wednesday, 21 September 2011
Umak ai!
Hasil karya AyunasiA pada 10:53 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment