Aku adalah salah seorang daripada individu yang diwajbkan menjalani pemeriksaan hiv sebelum dibenarkan berkahwin. Pemeriksaan dibuat sebelum permohonan kami diluluskan. Kenangan semasa membuat check up ni masih aku simpan dalam kotak kenangan kerana kes 'misi salamah'. Rasanya aku pernah cerita dalam blog ni dulu. Kalo ikut prosedur sebenar, pihak klinik takleh dedahkan result test tuh kepada bakal perantin. Kiter bagi envelop tu kat pejabat agama, kendian derang yang akan bukak result tuh. Kalo positif, bakal perantin akan diberi kaunseling. Tapi, mereka bukannya melarang perkahwinan. Mereka cuma menasihati. Lu pikir la sendiri...
Isunya sekarang, pemilik virus ini mempersoalkan hak mereka untuk berkahwin. Tapi mereka tidak pula mempersoalkan hak pasangan mereka untuk bebas dari virus tersebut. Ok ok aku berani cakap sebab aku sihat. Bagaimana pula dengan orang yang dijangkiti bukan kerana melakukan aktiviti tidak sihat? Tu berbalik kepada pasangan mereka la. Ko nak ke kawin ngan dia? Macam ayat2 dalam novel cinta,
"Lupakan lah aku. Kau berhak mendapat kebahagiaan dengan orang yang lebih sihat dariku. Aku rela berkorban. Aku bahagia bila kau bahagia."
Errr apa kaitannya ek? Lantaklah...
Wednesday, 24 December 2008
Virus Hej Ai Vi
Hasil karya AyunasiA pada 9:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment