Okeh, kiter patah balik pasal weekend lepas la. Tak puas tengok gambo semata.
Hari Rabu hingga Jumaat lepas, abang pegi meeting kat melaka, meninggalkan aku sengsorang di rumah. Saper suh tak ikut? Bukan takmo ikut. Tapi time tu lah aku huru hara kat opis. Kb aku 'cuti rehat' time2 gitu? Boleh? Hiiiiiii dia tau ppl nak datang 22, 23hb, boleh dia cuti 23hb tuh? Pangggggggggg!!! Tunggang terbalik aku kat opis tuh. Nak terkucil pon ku tahan jebatttttttttt. Sedar2 dah petang, tak makan lagi. Kalo aku ni dah berpengalaman ke, ok lah kan. Boleh je aku buat benda tu. Ni baru 4 bulan. Ok, takmo bagi alasan. Tapi kan benda tu rutin setiap hujung semester. Sepatutnya derang dah tau lah apa yang perlu disediakan. Ni bila aku tanya, tak pernah tengok pon borang tuh, biasa kb yang buat. Kalo dia yang dah 8 tahun tak pernah tengok, aku yang 4 bulan ni nampak apa? Huhuhu sibbaik la aku ngan kak ita ada. Kalo tak, memang tak grad la budak2 tuh. Kak ita tu aku ingat ada la 8 kali kot turun naik 5 gi potostet. Mesin potostet ni pun satu. Time tu lah nak rosak. Heee geram! Sibbaik ada ari sabtu ahad, dapat la break sekejap. Tapi weekend tu pulak la nak balik kampung.
Sabtu, kami bertolak lebih kurang kul 11am. Sampai2 terus solat kat umah, kendian terus gi umah perantin yang jiran tuh. Pastu baru pegi rumah fendi. Kat situ pulak jumpa kengkawan di zaman sekolah dulu. Kawan abang la. Sembang sembang, borak borak, huhahuha, nostalgia nostalgia. Dah kul 4.30pm, baru lah kami bergerak balik.
Singgah beli pasu dulu. Kendian gi jb. Semalam tengok paper ada iklan epal besar tuh. Ada branch kat tesko ekstra ngan jusko bukit indah (baru bukak ari jumaat tu). So, kami singgah la tesko tu. Jauh la pulak kalo nak gi jusko. Sebelum sampai tesko, lalu kat ssf dulu. Singgah lagi. Aku kan selagi tak tau cemana keadaan kedai tu kan, selagi tu lah tak puas ati. Nakkk jugak pegi. Tu yang terbeli canister tuh. Seploh hengget je.
Lepas gi tesko kengkonon nak gi pisi fair, tapi macam dah malam. So, kami gi angsana jek. Pusing pusing sampai pening, kendian balik. Lalu jalan biasa. On the way, singgah pulak makan. Salu lalu situ, tengok jek kedai makan tu. Dah singgah baru tau. Best jugak makan2 sambil layan karaoke. Boleh tahan gak penyanyi nyer. Tapi yang last tu memang out la. Key pun salah, camno? Ada tu, 2 orang mamat ni, rupa dah brutal. Sekali nyanyi lagu set2 sofaz tuh. Mak aiii. Dah la lagu pon aku tak pernah dengar, lagu single dia duet kan. Har har harun betul la. Sibbaik ada yang nyanyi dangdut. Aku suka je lagu dangdut ni. Dia nyanyi pulak lagu yang aku suka. Cinta sabun mandi.
Kalau kaca bisa pecah, kayu juga bisa patah
Hihihi tak sangka aku suka dangdut ek? Lagu fevret aku bulan cinta sebenarnya. Huhuhu..
Hari Ahad tu pulak, tiba2 pagi2, abang mintak kemre. Nak buat apa? Tu tu tengok tu. Aku ingat apa ke benda la kan. Sekali aku nampak ekor dia jek. Huuuuuuu takmo kuarrrrrrrrrrr. Sambil2 basuh kete, abang pun slow talk ngan dia
Tempat ko bukan di sini. Elok la ko balik ke tempat asal ko.
Sopan betul la. Kalo aku dah ambik kayu jek. Heeeeeeeeeeeeeee besar macam buaya tau. Sebenarnya aku tak nampak pun biawi (nama sopan dia) tu. Aku nampak ekor je. Sekali tengok kat kemre, mak aiiiii beso nya perut dia. Macam baru lepas makan 3 ekor katak jek.
Hari Isnin, belah malam, abang ajak gi bp, nak jemput wife kawan dia kat bus stand. Katanya sampai dalam kul 9pm gitu. Kami pon makan la dulu kat johny's. Sekali baru nak panas sup stimbot, dia kata dah sampai pulak. Makan ler lelaju. Pergh! Licin ngan sup2 dia sekali.
Sejak geti tanam pokok bunga ni kan, tiap2 pagi dan petang, kena la aku menyiram. Semalam, tengah layan pokok tepi parit, fendi tu pulak lalu. E'eh, ko bukan baru bersanding ke kemarin? Bulan madu di taman wira jaya ek. Wife dia pon beli rumah kat situ, tapi fasa pertama la. Jalan 3 sana. Balik2 jumpa orang kampung jugak. Dah la deret rumah kami tu memang ramai orang kota jugak.
Wednesday, 24 December 2008
Undurkan Masa
Hasil karya AyunasiA pada 12:40 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment