Letih nyer la hai. Dah lama aku ni tak balik kampung. Dan dah lama jugak aku tak pegi jenjalan jejauh. Akibatnya, badan terasa tersangat la letih. Padahal dekat je pon kampung halaman ku itu. Dalam 2 jam setengah perjalanan jek. Lemak banyak sangat kot. Tu yang lemah longlai jek aku rasa.
Rasanya satu mesia beraya dalam suasana sejuk. Kalo orang cakap cerah tu 'cuaca baik', bagi aku, hujan ni lagi la baik. Jimat karen, takyah bukak kipas. Jimat air, takyah mandi lama2 dan takyah tukar baju banyak2 sebab rimas berbaju raya. Pendek cite, jimat banyak la biler hujan nih. Tu pon orang masih tak cakap hujan tu cuaca baik gak.
Tapi bab makan, time hujan ni la bahaya sket. Sekejap2, lapo. Asik nak maaaaaaakan jek. Tu pon jimat gak. Tak membazir makanan yang dah dimasak bebanyak dan yang dihantar oleh jiran tetangga. Senang basuh pinggan. Jimat gas jugak, takyah panas2kan lauk banyak kali hehehe.
Meh aku cite pasal cuti raya aji ni. Start dari hari jumaat la ek?
Hari jumaat, buat pertama kali nya, abang anto aku gi keje.
Mimpi apa bang?
Mimpi abang anto ayang gi keje la...
Dah terlanjur abang anto tu kan, kami buat la aktiviti yang tak dapat dibuat kalo gi keje sendiri, iaitu sarap kat luar. Kami pon pegi la ke banang sana. Isy isy isy banyak beno lalat nyer. Kalah la lalat kat dalam edtec nih. Lenkali takmo makan kat situh lagi. Lepas sarap, abang pon balik.
Tengahari pulak, opismate sumer tak balik rumah. Dah dekat kul 2pm, sumer dah bising2 lapo lapo lapo. So, sumer pon kuar makan. Kami gi ke mekdi yang baru bukak dekat2 k4 sana tuh. Tak menyempat jalan tu nak diturap, boleh2 nak bukak mekdi tuh. Aku makan mekciken arrr fevret kuh. Tapi, yang tak best nyer, sos dia ala2 termanis sudah. Jadi, tak best arrr mengunyah fries tu kan. Lenkali kena pikir 8x dulu ar kalo nak gi sini lagi. Pastu, sepanjang hampir sejam kami duduk kat situ, tak sudah2 la krew dia mengelap pintu. Training kot. Dah lap, sembur lagi. Dah lap, sembur lagi. Sampai la kami keluar, pon tak abis lagi. Tapi tengahari tu, biasa kan ari jumaat ramai orang pempuan melayu kan. Ni, memang la ramai pempuan, tapi lebih ramai cha ya nun alif. Penuh! Macam la mekdi tu yang pertama kat bp nih.
Abis makan, kami singgah kedai2 yang salu aku pegi time nak pindah arituh. Kj aku la ni, baru beli rumah. Nak mula survey2. Kami bertiga ni pon mengikut je lah. Kata kj kan. Hujung2 tahun ni kan musim2 appraisal kan. Huhuhu. Tau tak kami balik opis kul bape? Kul 4pm ko...
Balik opis pon dah nak asar. Sebelum kul 5, aku solat dulu. Kan aku dihantar pagi tadi, maka, balik pon haruslah berjemput kan. Sebenonya dah janji nak dating petang nih. Cam tau2 jek. Aritu kami dating pon selepas kuar ngan opismate tengahari gak. Kali ni pon sama. Cuma kali ni ala2 over la pulak. Sedikit sebanyak lebih kurang ngan cuti raya aji tahun lepas la. Sebelum cuti tu, aura bercuti dah kuar dulu.
Petang tu pulak, kami gi bank dulu. Kendian jenjalan tengok2 lampu. Tak beli pon. Cam mahal jek. Kendian kami gi k4. Nak ikut kan, kami dah jarang gi k4 nih. Salu gi bpmall jek. Nape ek? Oooooo sebab nak cari jam dinding. Tapi tak jumpa gak yang berkenan. Yang best nyer, sejak 2 minggu lepas, pilfresh kat sana cuma rm5.69. Sangat jarang la nak dapat rege tu sejak jun 2008 nih. Kengkadang sampai cecah 8 hengget pon ada. Dainamo pon aritu boleh cecah rm27? Gilo ko opo? Sibbaik salu ada promotion kat pasifik dan stor, dapat la kami rege yang murah. Tak la murah sangat. Rm19.99. Salu boleh dapat rm17.99. Logik la, gaji pon naik setiap tahun. Nak murah, bukak la kilang sabun sendirik. Lama2 makin banyak detergent dan softener aku.2 benda ni memang aku suka beli tak kira masa. Janji dapat rege murah, aku beli. Kalo dainamo tu bawah rm20, dan kalo comfeter tu rm4.++. Jadilah pengguna bijak! Lepas maghrib kat masjid beso, kami patah balik ke jalan rahmat. Jumpa opismate lagi kat masjid. Tapi ni bukan yang ikut jenjalan tu la. Mula2 tadi time gi bank tengok kedai tu bukak, so kami terjah la sup sitam. Dah lama gak tak makan kat situ. Tapi lum sampai tahap teringin la. Macam biasa, aku order gear box, abang order kambing. Abis makan, kami pon balik.
Sabtu pagi baru lah aku mengemas beg. Tengah2 kemas, kak shila tepon. Kalo kami lambat lagi, derang nak singgah anto cermin. Semalam derang gi ikia, aku kirim cermin. Oleh kerana aku slow and steady jek mengemas, derang pon singgah lah. Best2. Tak sabo nak tepek cermin tuh. Derang kasik lampu meja gak. Comel kaler pink.
Tak lama lepas mereka bergerak semula, kami pon bergerak. Lebih kurang kul 11am gitu. Terlupa nak sarap. Kami pon singgah makan dulu. Tengah makan, e'eh, nampak kj aku gi kedai perabot. Tak abis lagi menengok perabot tuh. Pas makan, aku pon nyibuk la nak tengok kedai perabot tuh. Arituh lum bukak kedai nih. Ooo sini banyak produk kayu jati. Branch sunli jugak.
Kendian kami teruskan perjalanan ke jb. Curiousity kill the cat? Aku mana boleh hidup diselubungi misteri. Boleh2 nak tengok dengan mata kepala sendiri. So, kami pon pergilah ke angsana, nak meninjau kedai roomantika tuh. Oooooo gitu. Ok. Dah, puas ati aku. Tak beli mende pon. Aku rasa aku suka tengok je umah english style nih. Namun nak membuatnya di rumah aku, mungkin tidak kot. Cam tak kena sangat ngan taste aku. Tapi kalo tengok kat magazine tu, rasa teruja gak. Takpe lah, biar lah orang buat, aku tukang tengok jek. Eeeeeehhhh aku dah jumpa dah rumah yang menang kategori laman dalam peraduan impiana tuh. Kan orang bp kan. Aritu kami lalu kampung kenangan tu, jumpa la rumah tuh. Memang kat corner pon. Ada peluang nanti aku jadi paparazi dan tepek gambo umah tu kat sini.
Dah abis jenjalan kat angsana, terlupa lak nak cari kedai jam. Kami pon terus singgah maidin plak. Laaa sebelah je rupanya angsana tu ngan maidin. Aritu aku rasa cam jauh jek. Tapi kalo jalan kaki penat la kot. Aku beli getah pinggang. Kekdahnya, baju opel aku tu dah siap, tinggal nak pasang getah jek. Huhahuha, kami pon balik.
Sampai semenchu dah pukul 4 lebih. Malam, aku mula menjahit manik. Syok pulak bila dah siap sebelah tangan tuh. Teruskan lagi tangan sebelah. Ngantuk2 pon tahan jugak. Memang seronok biler menjadik tuh.
Ari ahad pulak, lepas lunch baru kami balik at5. E'ehhh kak uni pun balik. Kiranya kali ni paling ramai la kot. Anak abah ngan anak mak balik sekali. Salu salah satu jek. Cuma yang tak balik eita ngan abang ali. Dua2 pon sebaya sebenonya. Sorang anak abah kat rawang, sorang anak mak kat segamat.
Malam raya, penuh la umah pak sepan ngan anak cucu yang bergelimpangan. Penuh la sumer bilik dan ruang tamu. Sibbaik takde yang tido kat beranda. Oooooo lupa plak. Petang tu, sampai2 je, aku terus membuat triffle. Sedap jugak hehehe. Budak2, suka je benda2 cam nih kan. Lepas maghrib, karen pulak takde. Tapi takde apa yang nak dihairan kan. Takde karen pada musim cuti dan musim kawin adalah perkara biasa. Rasanya tnb memang sengaja bagi karen kat kampung aku ni cukup2 makan jek. Kalo teroverload sikit, especially time musim raya dan kenduri kawin, memang la terputus. Time kenduri kawin aku pon sama gak. Pendek kata, memang rutin la perkara tuh. Pernah malam raya 2 tahun lepas kot, sampai mak anto bawang gi blender kat umah along kat kota lagi. Tapi biasanya tak lama la. Paling lambat kul 11pm, ada la karen tu balik. Kalo time kenduri kawin tu, suspen la jugak. Pulak tu kenkadang bukan sekali, berkali2 lak tuh. Raya puasa yang lepas nih, 3 kali kot karen putus. Sabo je lah.
Lepas ada karen, dekat kul 9pm, baru la sumer sibuk nak mengiron baju. Time takde karen tu aku tengah mengiron.
Pagi raya, seperti biasa la. Lepas derang gi masjid, hujan pon turun. Tak berenti sampai ke malam. Tengahari, dapat berita jalan mersing tutup dekat jemaluang. Terpaksa la sumer postpone nak balik dan balik kampung. Pukul 2pm, abang epet tepon balai polis lagi. Ok, kali ni jalan dah bukak semula. Sibbaik banjir2 manja jek.
Lepas semua dah balik, giliran kami la pulak. Kami balik semencu jek. Petang tu aku ngendap2 umah ijah, kawan sekolah aku. Nampak banyak kete, pastu orang ramai2. Nampak orang bawak barang hantaran. Komfem arrr pempuan ni bertunang kot. Dia sorang je pempuan yang lom kawin. Takkan adik lelaki dia bertunang, pihak pempuan yang datang kan. Sampai umah semencu, kami pon makan lagi. Tahan la sampai ke malam. Ooooo nahi nahi. Tak boleh makan banyak2. karang kolesterol tinggi, pening kepala, sape yang susah? Sendiri jugak.
Dan semalam, kami balik bp sebelum lunch. Salu tu balik lepas lunch kan. Kali ni dah siap masak sekali ngan sarap. Dari rumah kul 12.15pm. Singgah nurseri dekat2 bekas golf kota. Beli pasu2 dan pokok bunga. Sebelum balik tu sempat mengambik pokok kat umah mil. Semangat je lebih.
Kendian kami terus la balik. Singgah solat kat petrolnas baru kat tol ayer hitam. Ada stesen ngv. Surau tu tak best. Kotor dan busuk. Tak sukerrrrrrr!!!
p/s
1. ada gambo, tapi takde mood nak tepek :p
2. tiada laporan tentang tragedi bukit antarabangsa. kenapa ek? mungkin sebab derang orang kayes kayes kot. kesian tu memang la kesian, tapi tak berapa sangat :(
Wednesday, 10 December 2008
Letih Selepas Raya Yang Dingin
Hasil karya AyunasiA pada 11:37 am
Label: Cuti Perayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment