Arini takde idea nak update. Hari2 pon takde idea, tapi aku tepek gak cite yang ntahapapantah. Pagi tadik, tiba2 lak yayu online. Terus aku buzz dia. Adoiyayiii ngidam kek sarawak plak pompuan tuh. Salu tu kami order je ngan sorang wife staf kat sini. Kali terakhir aku order time adik ipo aku kawin bulan 5 arituh. Cantik kek sarawak ni kalo dibuat hantaran. Kalo raya tu, memang selalu jadi rebutan la kek tuh. Raya tahu ni jek aku tak order. Tah, tak tau nape. Mungkin sebab dah duk depan mata. Nyamuk seberang laut leh nampak. Gajah depan mata tak nampak la pulak. Boleh ke peribahasa nih? Sukati aku la...
Time raya aritu aku dah tanya gak ngan yayu, nak order ke tak? Tapi dia cam tak berminat jek. Macam malu tapi mahu jek. Tapi kali ni, dah dia cakap cam teringin, aku pon terus la tepon kak fatimah tu. Kang kempunan, meleleh lak air lior anak sedara aku karang. Cis cis cis, buat malu je aku tepon. Kekdahnya dia takde lorrr. Dia gi haji rupanya. Takde pulak aku dengo citer orang opis ni gi naik haji. Makanya, takde lah kek sarawak nya. Camno?
**************
Aku, kalo dah takde idea nih, sangat senang nak bernostalgia. Kali ni nak nostalgia de amor la pulak.
Rasanya aku tak pernah cerita tentang detik perkenalan aku dan suami ku yang ku cintai itu. Abis la... abang mesti malu kalo aku cite sebab kawan2 dia ramai yang baca nih. Huhuhu. Sape yang tak suka baca novel remaja, sila klik tanda pangkah kat hujung penjuru atas kanan tu okeh? Sila sila...
Kebanyakan orang tau bahawa kami berkenalan semasa berusia 14 tahun lagi. Kali pertama bertentang mata pada 1 September 1993. Eh, tak ingat la pulak kami bertentang mata ke tidak, tapi ari tu lah kami berjumpa. Opocot! Buku terjatuh dalam library dan si jejaka tolong kutipkan buku tersebut. Poyooooooooooooo. Ingat filem yusop selam ker... Takde maknanya nak terpocot pocot gitu ah. Mana ada scene tersebut.
Sebenarnya pada hari tersebut lah aku baru berpindah ke sekolah tu. Sebelum tu aku pernah sekolah kat situ, tapi aku pindah sekolah lain. Masa tu form 1. Ni dah form 2, aku pindah balik ke sekolah tu semula. Kalo masa meninggalkan sekolah tu aku aliran pertanian, kali ni aku masuk aliran ert. Aliran yang menuju ke arah menjadi isteri mithali gitu. Masa nak pindah balik ke sekolah tu, aku dah bagitau kawan2 siap2, so derang yang kelas pertanian tu kira dah bersedia la menerima kepulangan aku tu, kononnya. Suspen gak time nak pindah tu sebab pakwe lama masih kat kelas tuh uhuksss. Sibbaik ler biler masuk tu, cikgu masukkan dalam kelas lain. Dah jodoh aku ngan abang kan, masuk lah aku dalam kelas 2 falah.
Masa dihantar ke kelas tu, cikgu penolong kanan petang tu pon introduce aku kat depan kelas. Bla bla bla aku pon duduk sebelah melly. Time tu abang duk ngan fendi. Ek? Eh, fendi nak kawin 20hb nih. Alaaa kawan aku yang tengah wat phd kat brunnel tuh. Baru semalam abang jumpa dia. Biler tah dia balik mesia tuh. Tau2 dah muncul jek kat ito. Balik nak kawin ler tu. Pas ni balik uk dah ada 'orang rumah', kurang lah stress tuh kot hihihi. Fendi, ko jangan main2 belajo kat sana tau. Laki aku jadi penjamin ko kan? Itu bermakna, aku pon terlibat secara langsung sebagai penjamin ko jugak. Jangan kata aku tak ingat kan. Hehehe saje bagi gempak sket. Tapi betul apa? Kang kalo dia kantul ke hape, ngan aku2 sekali terlibat. Tapi aku tau, he can do it. Chaiyok! Tetiba.
Walau pon kami duduk sekelas, tidak lah kami terus jatuh cinta pandang pertama ke hape. Budak baru kena garang. Karang kena buli pulak. Tapi masa tu memang ramai arrr couple2 nih. Kompius aku. Kecik2 dah couple. Masa tu tak terpikir pon aku akan bercouple. Sampai aku pernah terpikir yang aku takkan berkawin. Ada ke orang nak kan aku ni? Persoalan ini terjawab setahun kemudian. Ceeeewah! Tapi bukan persoalan adakah aku akan berkahwin tu. Persoalan, ada ke orang nak kan aku ni? Tapi masaelahnya, suami ku itu agak slow bab ngorat2 nih. Aku rasa dia memang budak baik la. Gi sekolah semata2 untuk menuntut ilmu di dada. Abis, camno boleh ada orang ngorat aku? Aku pon kompius tau. Taste apa tah mamat tu. Orang ngurat la awek yang cun2 meletup kan. Ke dia ngurat sebab aku best student ek? Ooo ko tak memandang paras rupa, tapi nak tumpang glemer aku ek? Biasa arrr best student mesti glemer kan. Huhuhu perasan sungguh!
Oleh kerana takde menda nak buat, aku pon accept je la mamat tu jadik pakwe. Maka, berkapel la aku ngan mamat tu. Tak ingat dah. Tapi memang sekejap jek la. Hujung2 form 3 gitu. Asal usul aku mereject mamat tu sebenarnya selepas aku tertengok buku penyata dia. Aku ternampak result trial pmr dia. Ada ke couple best student boleh fail sains ngan maths? Apa kes??? Terus aku tak layan mamat tuh.
Eh, bila nak mula aku bercinta ngan suami ku nih? Sabo sabo. Percintaan ku ini memang slow and steady je progress nyer. Sepanjang form 3 tu sebenarnya kami dah mula main2 mata. Isy... malu lak nak cite. Tak jadik cite lah. Babai!
Wednesday, 3 December 2008
Novel Cintaku Phewwwiiittttttt!
Hasil karya AyunasiA pada 3:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment