Monday, 15 December 2008

No Weekend

Entah apa motif benda alah ni. Ada kerusi2 kat atas tiang tuh

2 minggu ni aku tak jumpa weekend. Minggu lepas balik kampung beraya. Penat tak abis lagi, minggu ni kami berjalan lagi. Kalo ikut kan ati, memang la aku malas nak pegi. Penat la... jauh lak tuh. Mencik!

Cuti2 kelantan ku sepatutnya minggu lepas nih. Tapi dah ditangguhkan ke minggu krismas tu pulak. Aku pulak dah plan nak jenjalan time tu. So, aku cancel join rombongan tu, sebaliknya pergi sendiri. Boleh singgah2 kat mana2 yang aku suka.

Time raya aritu, mil dah tau tentang pembatalan trip kami pada minggu nih. Ewahhh kemain suka dia. Kalo tak, memang dia tak jadik pegi kenduri kawin nih sebab anak yang boleh beliau harapkan nih nak pegi kelantan. Biler tau kami tak jadi pegi jek, terus dia bisik2 ngan hubby kat belakang umah sambil sapu laman. Ingat aku tak dengar ek? Aku awal2 lagi dah cakap takmo ikut. Penat lerrr. Kalo pegi kenduri tu, bermakna kami kena balik kota lagi minggu depan sebab kenduri kawin fendi belah pempuan kat ayer hitam ni minggu nih. Dah tak pegi kat sini, kena la pegi umah dia minggu depan. Tak jumpa weekend lagik. Pastu nak cuti cuti mesia plak minggu depan lagi satu. Aku ni dah ler agak lembik. Orang bercuti2 nak berehat. Kalo dah penat, hilang ler feel bercuti tu karang.

Tapi, apakan daya. Di mana tempat seorang isteri kalau bukan di sisi suami nya? Ayat tu yang takleh tahan tuh. Huargh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Takmo ikot la! Penat la! Tak paham ker?

Jumaat malam, mil datang ngan sapit, in and wife. Memula kak zela nak ikut. Tetiba tak jadik plak. Ganti ngan in plak. Pagi sabtu, sedang aku nak mengganti tido, abang dah sibuk kemas baju, suh bangun. Orang laki ni memang gini ek? Kalo pasal mak dia, otomatik jadi rajin. Baju pon sanggup kemas sendiri. Siap vakum satu rumah lagi sebelum pegi tuh. Huh! Kalo tidak, jangan harap ler. :p

Dah bangun tu, aku pon masak ler mihun goreng. Remember? Makan kena cukup. Pas makan, aku pon bersiap. Kami bertolak jam 10.30am. Apa kes tah nak pegi cecepat. Dah tentu2 kenduri tu ari ahad. Nak pegi nilai tu, 2 jam je dah sampai. Kalo lepak umah dulu kan boleh gak aku iron baju ke kan. Ni dah abis dah baju yang aku iron 3 minggu lepas. Huh! (Asik mengeluh jek :p)

Sampai umah tu, ila baru nak makan. Dia baru pegi situ last week untuk jaga taska. Dia masak untuk dia makan je lah. Kami ni dah sampai awal, kenala pikir bab makan pulak. Kalo kat umah aku kan aku selesa sikit nak memasak. Kalo dah ramai2 ni aku malas sket. Kalo kat rumah sendiri pun aku tak suka orang kacau aku masak. Lebih2 lagi kacau benda yang sedang aku masak seperti goreng ikan, nyibuk balik2 kan ikan. Dah tentu la nanti ikan tu hancur sebab masih melekat. Kalo dah garing sket kan dia leh tanggal sendiri. Nyampah betul kalo cenggitu tau. Pastu kalo tengah tumis2 sambal ke, aku suka la kacau2, pastu kemas kan keliling kuali tu tak kasik sememeh kan. Kalo dah orang kacau (baca:tunjuk rajin) dah tentu la jadik semak je dalam kuali tuh. Eeeee tak suka tak suka! Tak tau la aku ni cerewet ke atau memang sumer orang cenggini. Tapi aku memang tak suka orang kacau periuk atau kuali yang tengah masak. Nak tolong kalu, potong bawang ke, siang ikan ke, basuh pinggan ke, haaa tu sangat dialu2kan. Eh, dah melalut plak.

Tak lama lepas makan, ngah pun sampai. Asalnya dia pun tak datang. Tiba2 je berubah fikiran. Bagus jugak. Ada la alasan kami tak pegi tido kat rumah pengantin tuh sebab tuan rumah nilai ada. Sebenarnya jauh di sudut hati mil tu, dia nak terus je ke sabak bernam tu hari ni jugak. Nak jumpa kakak dia kat sana. Maklong pegi saing2 kitorang jugak tapi derang terus gi sana. Abang yus yang bawak. Tapi, biasa lah. Kami ni kan ramai, tak selesa lah nak tido umah orang. Tak kenal pulak tuh. Sedara pun dah tahap 3 pupu. Kata mil dia tak jumpa sejak tahun 60-an. Tak ke berjaman lama nyer kan? Kalo aku dah tak koser dah. Kalo sepupu ke, dua pupu ke, boleh la lagi.

Petang tu aku meronda nilai 3. Dapatlah selai blouse dan selai seluar. Takmo la beli kain pasang. Jalan tar lagi murah. Belah malam, merasa lah tengok sehati berdansa sebab ngan bawak kad dia. Angkut tv dari taska.

Esok pepagi sesubuh sepi'i lagi kami dah bersiap2. Kalo ikut mil, dia nak bergerak dalam gelap. Nak lama sikit jumpa sedara. Tapi, kami kan ramai. Ada pulak budak kecik, anak ngah. Manakan dapat. Bangun kul 6am, bertolak kul 8am. Kami ikut klang, cross kat bukit raja dan lalu jalan kapar. Bagus jalan nih. 4 lorong beserta lorong tengah. Tak macam jalan batu pahat ni, takde lorong tengah. Bahaya. Jalan ni clear jek. Sesekali je ada orang kampung melintas. Ada sekali tu, satu kereta tarik satu kereta lain, dia boleh pancung tengah2 jalan tuh. Sibbaik sempat break. Kete2 besar sumer tengah laju plak tu. Harap muka je brutal ala2 drifter, tapi tarik kete pon tak pass. Pangggg!

Semalam abang yus kata ikut jalan ke sungai air tawar. Kami pon ikut la. Tengah jalan, baru terfikir. Dia suh hala ke sungai air tawar, bukannya rumah tu kat sungai air tawar. Betul2 abang telefon tu, kami tengah kat kampung banting, di mana lokasi rumah pengantin tersebut berada. Tapi, kat mana rumah nya?

Kebetulan pulak masa abang yus sebut nama jalan tu, ada satu papan tanda, projek tanaman kelapa 'matag'. So, secara otomatik, abang dengar jalan kelapa matang. Kami pon terus la mencari. Sampai surau, patah balik pulak sebab di mata abang, papan tanda projek tadi adalah papan tanda jalan kelapa matang. Bila dah sampai situ, patah balik semula. Sampai la jumpa jalan permatang. Makin lama makin jauh. Takde pon jalan kelapa matang? Kendian baru aku terfikir. Betul ke nama jalan tu? Kelapa matang, permatang. Kalo sebut laju2, dah dekat2 bunyik nyer. Hah! Suh abang call abang yus lagi, pakai loud speaker plak. Jumpa petronas, berenti sekejap. Bila dah dengar beramai2, sah lah sebenarnya jalan permatang. Dush dush dush. Patut la orang laki boleh buat satu keje je dalam satu masa.

Kendian kami pun pegi ke jalan permatang. Abang yus pon dah tunggu kat simpang tuh. Rumah yang kami pegi ni bukan umah pengantin, tapi sedara lain. Huhuhu tak tau lah saper tu kan. Makan pisang montel kat sini. Minum2 sekejap, kami pergi satu lagi rumah. derang kasik pisang lum masak plak 3 tandan kecik. Sumbat sumer. Oh, lupa. Kami pegi tu 11 dewasa, 3 kanak2, dua kereta, AH dan wish.


Kat rumah pertama

Dekat pukul 1pm baru kami pegi rumah kenduri. Makanan kampung. Nasi putih, ayam goreng rempah, daging kicap, ikan kering, kerang bakar, umbut masak lemak dan urap. Lepas makan, naik rumah salam2 sedara mara. Kat sana kenduri dia sekejap jek (or start awal). Kul 2pm tu kira dah takde orang dah. Pukul 3pm, kami pon beransur. Sepatutnya, kami patah balik je lah kan. Kancil dah park kat komuter nilai. So, ila dan saleh sepatutnya dihantar oleh ngah ke komuter rawang.

Nak dijadikan cerita, maklong nak pegi melawat sedara lagi kat bukit beruntung. Mil pun apa lagi, nak ikut la pulak. Abang yus tu rasanya ambik cuti arinih. So, dia tak kisah la berjalan2 sakan di hari ahad sebegini. Kami ni sumer tak cuti okeh. Ngah kena balik kuantan dulu sebelum patah balik ke temerloh. In kena singgah umah kami dulu, kendian hantar mak balik semenchu sebelum balik kulai.

Aku? Aku dari masa meninggalkan rumah pengantin lagi dah muncung dah. Sibbaik mil naik kete ngah. Time tu kan dah pukul 3pm. Kalo terus balik, boleh sampai bp kul 8pm. Okeh la lagi kan. Bila derang mandai2 ubah fikiran nih, boleh derang ikut jalan jauh? Nak kuar kat tol bidor sebelum masuk kat bukit beruntung? Gilo ko opo? Geti baca peta ke tidak nih? Bukan bukit beruntung tu dekat2 rawang ke? Malas nak layan, aku tido je lah.


Jauh nyer beli buah tangan. Sampai ke bidor ko...



Kuar kat bidor dah dekat kul 5pm. Sampai dekat2 hentian ulu bernam dah kul 5 lebih. In plak sound, dia rasa tak sempat. Aku sokongggggggggggg. Telefon ngah, suh tanya mak. "Mak tak kisah." Walau pon ayat tu confirm2 la terpaksa diucapkan, kami dah cukup bersyukur. Sebenarnya kalo tau banyak tempat nak singgah, kami boleh jugak mintak cuti ke hape kan. Tapi aku tak boleh la. Minggu ni aku duti. Budak pun start exam arinih.

So, kami pon berenti kat hentian ulu bernam. Jumpa abang yus. Derang jalan dulu. Kami transfer orang2 mengikut destinasi. AH terus balik johor. Ngah hantar ila dan saleh, terus balik kuantan.

Dah lepas bukit beruntung, kira dah lepas jalan yang sepatutnya ngah lalu nak balik kuantan. Tapi dia teruskan ke rawang sebab nak hantar adik2 ituh. Dekat2 sampai rawang, hujan lebat. Kedengaran luahan hati seorang ibu, kesian pulak budak2 tu naik komuter. Hujan2 gini.

Adusss sumer keputusan luar jangka terpaksa dibuat sepanjang perjalanan ini. Nak ambik derang dari kereta ngah? Muat ke 9 orang dalam AH? Muat muat muat. So, kami pun masuk tol rawang, transfer balik ila dan saleh ke dalam ah dan kuar tol semula. Nak berenti kat tepi hiway, tak berani. Terpaksa lah aku duduk belakang pulak. Feninggggggggggg!!!!!!

Ha, ni aku nak kan kepastian. Mesti ker orang lelaki duduk seat depan? Mesti ker orang lebih tua duduk seat depan? Dalam kes aku ni, lelaki paling tua selepas driver ialah in. Dan orang tua ialah mil. Fil tak ikut. Tapi, sebelum aku setuju nak ikut ni aku dah bagi syarat, aku nak duduk depan. Pening ler duk belakang nih. Kang termuntah pulak, dah susah. Cuma time naik 9 orang ni jek aku duduk belakang dan mil duk depan sebab kami memerlukan mereka2 berpunggung kecil di bahagian belakang. Pas derang sumer turun, aku duk depan semula. Bagi aku, tak kira lah orang nak cakap apa, yang penting aku tak pening. Lain la kalo kete orang.

Aku pernah dengar pasal ni lama dulu. Kalo orang tua2 (orang kampung), dia salu duduk depan sebab kalo duk belakang tu umpama cam bos la. Macam berlagak pulak. Entah la. Kalo nak dengar kata orang, sumer nyer salah. Adab melayu ni macam2 kan. Cuma bab ni aku memang tak berapa tau.


Kami makan di sini. Servis sangat cepat.


Ok sambung balik. Lepas ambik kete kat komuter, kami makan dulu. Ok gak poktek kat situ. Tapi sedap lagi yang salu aku makan tuh. Abis makan, kami terus kuar tol nilai. Singgah solat kat r n r seremban. Sampai umah kul 11pm. Pas mandi aku terus tido tanpa memikirkan sekeliling. In balik kulai terus. Arini lepas keje baru dia antar mil balik semencu. Gini lah kalo takde perancangan teliti. Go with the flow. Errr betul ke ayat nih? Lantak ler.

p/s Sesekali kite kena 'kisah' jugak. Tak sumer perkara kiter boleh tak kisahhhhhhh, Ikotttttttttt jekkkkk. :p

0 komen: