Friday, 19 December 2008

Bila Harus Memilih

Mau ini kah?

Atau ini kah?

Aritu masa baru dengar circular tu kuar, aku ala2 blink blink mata duitan kan. Ala2 tak pandang cuti sikit tu kan. Yang nampak nombor 150 tu kan. Kengkonon nak buat dek jek, tak mo kekalkan cuti 30 ari tuh.

Hari ni, bila sumer orang dah kepoh2 nak buat opsyen, mula la aku jadik lalang. Ye lah... ko takde anak, boleh la keje keje keje tak ingat donia. Karang ko dah beranak, pinak pulak tuh, ko tau lah cukup tak cukup cuti tuh.

Ok ok ok aku kan sedang berusaha bersungguh2 nak beranak pinak kan. Walo bayang pon lum nampak lagi, kena la pikir masa hadapan. Sibbaik sistem pendidikan kita ada ajo matematik, kan? Kalo tak, mesti aku pon ikot jek cakap gomen nih ek. Ok, aku tau la aku fail part aplikasi kan. Tapi, ni lah masanya aku nak membuktikan betapa aku tidak lagi gagal dalam aplikasi kira2 nih.

Simple jek pengiraannya.

Circular baru, kuatkuasa 1 Januari 2009. Maknanya, saper2 yang baru jek interbiu spa tu, dah tentu akan dilantik tahun depan kan. So, bakal2 staf gomen ni takyah pikir apa2. Ko terima je offer tu, ko keje je dan otomatik ko nyer cuti 25 hari setahun dan gcr ko 150 ari. Aku citer yang gred 41 ke atas je ek. Yang lain aku malas nak ambik tau. Kang menambahkan kompius laks. So, pandai2 ko la kumpul cuti tu ek.

Secara default nyer, cuti aku 30 hari dengan gcr 120 hari, mengikut circular september 2005. Teringat aku time circular ni kuar aku kat dungun. Masa tu gcr naik dari 90 kepada 120 hari dan cuti kami kekal 30 hari walo pon dah keje lebih 10 tahun. Sebelum tu leh naik 35 hari.

Mengikut circular baru ini, cuti aku berkurang kepada 25 hari, tapi gcr naik 150 hari. Bermakna, gcr bertambah sebulan gaji. Pengurangan cuti adalah sebanyak 5 hari setahun. Kalo aku ada lagi 27 tahun lagi keje sebelum pencen, bermakna, aku kehilangan 130 hari cuti bergaji bersamaan dengan 4 bulan lebih! Walhal kalo dikumpulkan 5 hari setahun tu, aku dah bleh cover 120 hari gcr tuh!

Rugi atau tak untung?

Kiter kan makan gaji? So, mana ada istilah rugi. Yang ada cuma tak untung jek. Untungnya gcr banyak, time pencen sok, dapatlah lebih sket. Sket jek. Kalo panjang umur. Tu pun setelah bersusah payah semasa muda. Tak untung sebab korang keje keje keje keje keje (5 kali mewakili 5 hari hihi), orang lain cuti cuti cuti cuti cuti. Setahun, dua tahun memang la tak nampak. Tapi kalo ikut kira2 aku tu, kalo 20 tahun pon cukup la, 100 hari beb. Orang lain leh cuti 100 hari bergaji, tapi korang keje 100 hari bergaji. Umpamanya, kalu dibandingkan, umpama ko keje 100 hari tak bergaji. Huhuhu kejam nyer. Tapi bukanla cenggitu sebenarnya. Hihihi tu yang aku kata tak untung tuh.

Nak bagi nampak terang dan dipendekkan cerita, cenggini. Ko nak keje 130 hari tapi dapat duit 150 hari bersamaan 5 bulan gaji kerrrrrr ko nak cuti 130 hari tapi dapat duit 120 hari bersamaan 4 bulan gaji. Perbezaan duit ialah 30 hari bersamaan sebulan gaji. Perbezaan hari keje ialah 130 hari.

Okeh, aku dah pilih. Balik ni nak diskas ngan abang dulu. Isnin nanti aku sign. Aku pilih yang lama sebab first choice is the best choice right? Kalo benda tu best bagi gomen, tentu gomen tak sibuk2 tukar kan? Sebab benda tu tak best bagi derang la derang tukar. Derang mesti nak yang terbaik untuk derang, walaupun kiter kuli2 ni tak best. Huhuhu faham ke tak tah nih. Aku sorang je ke yang paham?

p/s kalo salah tolong betulkan ek...

0 komen: