Saper tengok sehati berdansa??? Aku tengok! Aku memang suka tengok orang joget2 nih. Lagi la kalo industan tu kan. Lentur je badan derang ni menari. Setakat ni yang aku tengok boleh menari is lisdawati tuh. Kalo amyza tu plak rasanya sama ar cam anne last season. Banyak dapat sms jek, tapi tarian tak sharp. Tapi nak kata lisda tu sharp sangat tu idak ler. Linda jasmin lagi cantik la kan. Tapi aku paling suka last 2 weeks yang rock and roll tuh. Dia nyer stunt tak de lah kelam kabut sangat cam orang. Kalo ikut penilaian aku, stunt yang baik ialah stunt yang tak nampak teragak2 time nak buat tuh. Maknanya time dia nak buat tu, takde lah dia tengok2 dulu, terus je buat. Suka ti aku je la...
Cemana sehati berdansa boleh berkaitan dengan aku? Hehe saje la kan nak terlibat sama. Tapi kes ni takde kena mengena ngan menari. Kan last 2 week si sabrina nyer laki tu ngamuk time koreografer dia ngamuk kan.
"Aku pantang orang baling2 barang nih..."
Huhuhu garangnyer. Agak2 apa kaitan nya dengan aku? Hahaha semestinya tentang kepantangan dia tu lah. Errr abang pantang tak orang baling2 barang ek? Kalo pantang, dah tentu aku dah kena campak dalam parit depan rumah tu kot. Nak wat cemana, aku dah cuba control. Kalo time hot tu, asal ada benda kat tangan jek, terus je aku baling. Terakhir, benda tu ialah...
malu nak cakap. Cakap je lah ek?
Kerang Goreng Sungai Lurus!
Hihihi petang tu balik keje aku gi beli kerang tuh. Gigih tau masuk jalan kampung tuh semata2 nak membeli kerang goreng. Sampai 3 bungkus aku beli. Satu makan petang share2, malam makan sorang sebungkus. Adeh, penuh perut ku dengan kerang malam ituh.
Tah cemana, (sebenonya bukan tah, tau sebabnya hihi) aku terhot, lalu seketul kerang goreng melayang. Sibbaik seketul jek. Kalo sepolisterin tu aku baling? Tak ke satu keje nak kena kutip? Kutip tu satu hal, nak bersihkan lagi satu hal. Kuikuikui sabar sungguh suami ku itu. Gua respek lu la brother! Ayat cover. Sorry abang! Ampun kan lah adinda ini okeh?
Tapi kan, time sebelum nak baling tu salunya aku sempat gak la berfikir. Aku pastikan dulu benda yang nak dibaling tuh berbaloi untuk dibaling dan takkan menyusahkan aku nak mengemasnya. Contohnya, kalo time menjahit, gaduh2 ngan mesin jahit, aku campak je gunting ke, benang ke. Tapi kotak jarum peniti aku takkan baling laaa. Aku pantang kutip jarum ni tau! Ingat dia je ada pantang? Wah, garang nyer! Ini bermakna aku tidak 100% dipengaruhi emosi semasa marah. Ada la sikit rasional nyer kan... Kot la.
Tuesday, 2 December 2008
Baling ( Bukan Kedah )
Hasil karya AyunasiA pada 11:36 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment