Alhamdulillah, 4 tahun sudah usia perkahwinan kami. Semoga dapat kami menemui hari ulang tahun seperti ini pada tahun2 akan datang. Semoga kami terus berbahagia dan bersefahaman serta dimurahkan rezeki. Amin.
Lagu background ni sangat menyentuh hati, lebih2 lagi time dekat2 nak kawin dulu kan? Hihihi sekarang abang dah garang sket. Aku dah semakin degil, katanya. Apa yang aku salu degil sepanjang menjadi isteri ni ek?
1. Suka lambat sembahyang dan selalu ngelat berjemaah. Kalo duit, nak banyak, pahala takmo banyak ek? Kena improve part nih.
2. Selalu ngelat ngaji sesama. Tapi baca yasin khamis malam jumaat tak de ngelat kan? Ni lagi la kena improve. Camne rumah nak sejuk camnih? Insap insap. Abang kena lebih kan doa part yang "Ya Allah ya Tuhan ku, bukakan lah hati isteriku untuk membaca al-Quran". hehehe.
3. Selalu meninggikan suara. Bukan setakat ah! jek, eh!, alah!, huh!, sumer tak boleh tau. Camne nak kasi turun suara ha???
4. Suka tuduh2. Haaa ni memang susah nak elak. Dah, 2 orang jek duk kat rumah. Kalo bukan aku yang salah, saper lagi kalau bukan seorang lagi tu? Okeh, pasni kiter salahkan jiran sebelah rumah. Tak pon semut2 kurus tu ke, kucing ker. Tak pon biawak tuh huhuhu. Okey kah?
Cukup lah 4 tu. Banyak tuuu... Lain2 aspek ok je kot.
Thursday, 25 December 2008
Happy 4th Anniversary To Us!
Hasil karya AyunasiA pada 12:01 am
Label: Hari Penting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment