Wednesday 29 October 2008

Post - Open House + House Warming + Yasinan + Doa Selamat

Semalam baru lah segala tinggalan2 kenduri weekend lepas tuh dilupuskan. Dan dapo aku pon dah kembali kepada asalnya. Dah siap gilap dan berkilat semula. Dalam kecah2 tu, benda paling penting yang aku pastikan bersih is dapo. Bukan kawasan dapo, atau kabinet dapo. Tapi dapo. Dapo, hob, stove. Eh, ye ker ni? Malam lepas kenduri tuh aku terus mengemas dapo dengan bantuan sil serta mil. Sampai la derang sumer surrender, aku teruskan lagi sampai kul 2.30am. Tak puas ati selagi ada benda atas lantai. Dah clear baru aku sapu dan mop. Huh! Esok pagi tu, lepas subuh, aku sambung tido balik. Bangun pon lambat. Hihihi dengan tetamu di rumah, selamba badak je aku tido. Sumer ingat aku dah demam. Bangun2, tengok sihat jek. Sampai sekarang, Alhamdulillah, masih sihat.


Hasil masakan aku yang tah pape tah

Ok, balik semula ke citer hari Jumaat. Pagi2 kononnya nak gi pasar. Kan aku cuti kan. Aku dah suh abang cuti, tapi dia tak cuti pon. Kekdahnya ada shooting ntv7 ke hape tah, tu yang takleh cuti tu. So, pagi tu abang pegi la shooting. Konon nak balik kul 10am, sempat lagi gi pasar. Mentara tu aku kemas2 la rumah. Cuci toilet bagai. Pasni mesti dah tak sempat nak ngemas kan. Abis mencuci, dah pon kul 11am. Kekdahnya aku kena gi pasar sensorang lah kan. Karang takde pulak sayur yang nak dibeli tuh. Sampai pasar, tengok dah lapang dah. Dah tak bising macam pasar. Tinggal satu gerai sayur, satu gerai daging ngan satu gerai ikan. So, aku beli sayur2 je sesikit ngan kelapa parut 2 bijik. Kendian gi kedai ayam. Puas ati dapat beli ayam yang disembelih depan mata. Pastu gi kedai selesa beli barang dapo sket.


Makan lah apa yang ader ek

Sampai rumah, terus lah menyiang ayam. Siang punya siang, yayu pon sampai. Abang balik lepas Jumaat. Boleh? Cakap pon tak guna. Lepas makan, teruskan lagi menyiang. Abis menyiang, aku buat kek. Sambil bakar kek, kami keluar pulak, carik periuk. Huhahuha abang epet pulak sampai. Malam sepatutnya aku gi jamuan hari raya kat garden (tak jadik kat pelican), tapi memandangkan banyak kerja tak siap, aku cancel jek. Abang ani pulak datang dah kul 10pm gitu. Lepas dia balik baru masak nasik himpit. Kendian, aku buat kek lagi. Tadi kek coklat. Kali ni kek coklat jugak, tapi turn up jadi kak kopi. Kisahnya, aku bakar kek tu dalam bilik tengah. Oleh sebab ada bebudak, kami tutup la pintu bilik tuh. Dah, leka punya pasal, plus takde bau apa2, maka kek tu pon rentung. Hahaha padan muka. Saper suh tak gi jamuan raya tuh. Akhirnya aku tido kul 2.30am.


Kopok lekor import dari mersing

Esok pepagi seawal jam 6am, aku dah menenggek pulut. Aku buat pulut kuning uolsss. Tah, tiba2 jek rasa cam nak buat. Padahal tak pernah umur pon aku membuatnya. Oh, lupa, ita sampai malam tadik bawak kukus. Tapi, jadik jugak tau. Sedap tau. Kendian goreng ayam untuk soto. Sambil2 tu derang yang lain tu keje menyiat ayam. Pas goreng ayam, aku masak rendang daging. Nak lawankan ngan pulut tuh. Kali ni rendang aku manjadik betul lah. Dah setanding rendang mak siti. Hehehe perasan tul. Tapi rasanya memang sedap la ikut tekak aku kan. Siap pulut masak, baru lah aku masak kuah soto. Huhuhu first time nih masak guna periuk beso. Hantam je lah. Ok lah tuh. Pukul 12pm, sumer settle.


Kawan2 abang

Orang pertama sampai is opismate aku. Awal betul. Lepas Zuhur baru la kawan2 abang datang. Student abang pon yang dijadualkan datang jam 12-2pm, datang sama gak ngan orang lain. Nak kena jotos gaknya bebudak nih. Kesimpulannya, kawan aku yang datang were kak sue (with mak and anak), puan su, kak marina, naim (with baby and wife), zafrul (with wife), kak ita (with hubby and anaks 6 orang) dan izan (with hubby). Selebihnya kawan2 abang. Seronok tapi penat.


Tengah baca yasin nih

Kul 6.45pm, abang gi ambik nasik untuk makan kenduri belah malam pulak. Lepas isyak, mula baca Yasin. Ramai gak sedara mara abang yang datang. Abang tp sampai lepas asar. Busu, maklong, nenek pun ada. Ngan sepupu2 jugak. Makanan malam tu sangat sedap. Beriani gam kambing plus ayam merah. Jiran pempuan pon ada yang datang 2-3 orang. Selebihnya lelaki. Malam tu, kak zela ngan kaklong terus balik. Masing2 tido di mana2 yang boleh. Sampaikan abah tido kat porch! Bentang tikar, bentang toto, pasang ubat nyamuk. Sekali tengok, bilik belakang yang siap bertilam berbantal pulak yang kosong. Ceh!

0 komen: