Wednesday 4 April 2007

Blog Hopping Sampai Pening

Dah lama aku tak melawat blog baru. Jadi, baru2 ini aku dah mula kan semula. Jadi dah bertambah lah link kat sebelah tu. Kadang tu bila baca arkib orang, tingin nak kasi komen, tapi pikir, tuan rumah ni baca ke komen dalam entry lama2? Saje je.

Dua hari, semalam dan hari ni aku menjauhi mesin jahit. Tapi jarum memang susah nak jauh sebab elok je dia melekat kat kusyen tu bila aku landing. Esok baru nak cantum baju. Arini sampai 2 pasang baju contoh bermakna 2 pasang nak kena jahit. Rezeki tu nama dia.

Semalam telefon Alhafiz lagi. Bising la abang ni, asik suh tefon Hafiz jek. Tak jeles ek. Tak tau lagi bila akan report duty. Lega. Boleh lepak lagi. Hari ni telefon lagi. Harap2 dia tak perasan lah suara aku yang telefon semalam. Hah! puas ati abang? Ayang dah cakap kat dia, ayang nak posting kat A*DTEC Batu Pahat. Atau IKBN Pagoh. Dia cakap, akan dipertimbangkan. Tapi faktor status dan asal usul jatuh nombor 3 dalam menentukan penempatan selepas yang pertama bidang dan kedua kekosongan. Apa-apa pun, sekarang kite tawakal aje lah. Dah ikhtiar dah. Mudah-mudahan terbuka hati diorang tu time meeting nanti.

Semalam, Datin Diaries ok sikit. Kalau episod sebelum ni, abang pergi main badminton malam2 pun aku dah curious gitu. Tak sesuai tau, menimbulkan was-was dalam diri para isteri. Kaki abang dah nak baik. Dah tak sakit sangat katanya. Tapi still tak dapat main untuk fakulti. Nama pun dah digugurkan. Tak tau lah dapat masuk acara balapan ke tidak tengah bulan ni nanti. Tak yah la bang. Karang sakit lagi, siapa yang susah? Abang jugak kan.

Dah dekat 2 bulan tak jenjalan. Kurang2 nak gak jenjalan gi JB ke, KL ke. Lama dah tak ronda2 KL. Dan dengan situasi kerja abang sekarang, mungkin sampai ke pencen la kami akan duduk BP ni. Aku mungkin la di transfer ke mana2 kan. Tak tau lah kalau UTHM nak bukak cawangan lak kan. Banyak 'kan' la pulak. Dulu masa kecik abang Epet marah kalau aku cakap banyak 'kan'. Kan? Kan? Kan?

Sebenarnya tengah terfikir nak cerita pasal kawan2 zaman kecil dulu. Sat, nak check kat atas jap. Tetiba je tadi nampak kucing turun tangga. Dah berani dia masuk rumah nampak? Dia tak tau aku ni garang ke? Karang ada yang kena sembelih ni karang. (Heee tergamak ke aku nak sembelih kucing? Sembelih ayam pun tak pernah)

Ok, nak mula dari mana ek? Tak kisah lah, campur aduk jek.

JUNE

Kawan pertama aku ni sebenarnya muda 3 tahun dari aku. Saje mula kan dari dia sebab banyak gak kenangan ngan dia dan family dia. June ni anak jiran sebelah rumah. Jiran kami ni kira antara orang 'kaya' lah bagi kami waktu tu. Rumah dia pun rumah batu. Ada TV warna ngan Video Player (VCR). Dan ada peti sejuk. Bapak dia ada kedai hardware cum radia&TV service dan menjual TV sekali. TV warna pertama kat rumah kami dibeli di kedai dia lah juga. Selain tu, kedai tu juga menyewakan video. Pada masa kecik2 tu, rumah aku (tukar lah, kami macam aku ngan abang jek, padahal 'aku' sebenarnya) cuma ada TV hitam putih yang ada kotak akuarium tu. Tak dapat siaran TV3 sebab takde aerial yang sesuai. Dah masuk Uni baru tahu perkataan aerial tu digunakan oleh orang putih. Orang US sebut antenna. Sama lah jugak taxi-cab, holiday-vacation dsb.

Jadi, bila orang sebut cerita Rin Hanekoma, Oshin atau Chiaki dan Muzik-Muzik, aku tak leh peghak sangat. Tau lah juga sebab tengok kat rumah June ni. Rumah dia pun dah ada 'karen' awal2 lagi sebab diorang ada generator sendiri kat kedai. Jiran2 lain ada gak generator kongsi 3 rumah. Rumah kami takde karen sampai aku darjah 3. Teringat lak zaman nak masuk karen tu, kontraktor wiring datang umah, pastu kitorang kutip balance2 aluminium yang bersepah tu, cairkan dalam sudu, letak pin dan jadikkan brooch. Kesian. Tu tak kira zaman nak masuk telefon, teruja gitu.

Balik cite June ni, masa dulu aku selalu pergi rumah dia. Satu nya, tengok TV dan video. Dan satu lagi ni, sedih ah. Dia ada basikal tau. Aku ni teringin nak belajo bawak basikal. Jadi bila dia main basikal kat rumah dia, aku selalu tengok sambil berharap dia akan pelawa aku belajo bawak basikal tu. Syukur Alhamdulillah, mungkin dia pun faham dan aku pun pandai bawak basikal dengan bantuan dia. Tak lama tu abah pun belikan kitorang basikal Rally kaler biru. Nanti bila2 nak scan gambar aku ngan basikal tu.

Mengenai tengok TV, yang aku ingat aku tengok Chiaki kat rumah dia. Oshin kat rumah Mas. nanti cite pasal Mas pulak. Kalau tak salah, Muzik2 yang aku tengok kat rumah dia, masa Sudirman menang kot. Mungkin lah. Tengok video pulak memang best. Oleh sebab bapak June ni sewakan video, maka dia selalu lah buat dubbing VCR. Jadi, selalu lah kami dapat tengok video waktu sedang di dubbing tu. Kalau tak silap, pukul 2 petang kot generator dia hidup/padam. Tak ingat lah. Tapi antara cerita yang aku ingat, paling banyak cite cina Happy Ghost. Tah sampai siri ke berapa tah aku pernah tengok. Pastu cite Fantasy Island. Besttt betul cite tu. Ada sekali aku tengok cite tu kat TV masa dah besar ni. Tak ingat bila. Pastu cite ET. Ha... cite ni aku tak ingat sangat. Satu cite melayu yang aku ingat sangat, Gila2 remaja. Satu lagi, Adik Manja. Baru minggu lepas2 ni tengok Adik Manja kat TV berapa ek? Astro Ria kot. Eh, ada lagi, cite ni aku rasa bukan tengok kat rumah June ni, tak berapa ingat, cite Marah2 Sayang. Huiii sakan tengok video kat rumah orang. Bila tengahari baru balik, makan. Kadang tak balik tu, kena panggil baru balik. Si Hen Ma Da!!! (Siapa hendak Makan Datang!!!) Bahasa abah la tu.

Bila dah sekolah aku tak berapa kawan ngan June rasanya. Actually bukan ngan June je aku kawan. Ngan kakak2 dia sekali, Lela ngan Jana. Dah besar panggil Kak Ella ngan Janet. Malu ah nama kampung kan. Hihihihi Bila dah besar ni, nak jumpa setahun sekali pun susah. June ni dah bertunang ngan orang kampung hubby gak. Tahun ni kata langsungnya. Dia masuk UiTM Jalan Othman masa aku masuk degree. Dia ambik course Diploma Pemulihan Cara Kerja. Masa dapat tu dia datang rumah aku, tanya apa ke bendanya course tu? Aku pun tak tau. Agaknya pulihkan orang patah2 kaki tu berjalan kot. Betul pun. Dan sekarang dia dah keje kat Hospital Pantai KL. Physiotheraphist la kot. Kata mak dia, dia tengah ambik degree PJJ ngan Uni oversea. Entah ler. Raya aritu pun tak jumpa dia. Karang dia kawin, aku baliklah kot.

MAS

Mas ni nama anak dara dia. Nama kampung masa kecik2, Indot. Hehehe aku rasa dia tak baca blog aku, jadi mungkin dia tak marahlah aku sebut nama kampung dia. Mas ni rumah dia kira pukul 11 la dari rumah aku. Kami berkawan dari kecik sebab dia sebaya. Tapi bila dah besar sikit, dia kawan ngan Yayu lebih. Sebelum aku lupa, cita2 dia masa kecik nak jadik askar. Mungkin sebab dia tengok abang Aced dia jadi askar, terpengaruh la tuh. Abang dia pernah pegi Kemboja tau (ke Namibia ek?) masa zaman perang kat sana. Balik dapat banyak uwang dan terus pencen dari kerjaya itu.

Mas ni suka bisnes. Dia selalu jual ais krim Mesia kat bawah pokok gajus belakang sekolah agama. Antara aiskrim dia yang glemer ialah aiskrim santan, asam kecut, milo dan kacang. Selain tu, dia jugak berbisnes kacang pedas. Sedap ar kacang ko Mas. Pernah sekali kami suh abah buat kacang pedas ni, sekali abah buat sambal kacang. Sedih nyer... kesian abah. :( Kadang2 Mas jugak menjual kerepek pedas.

Ok, itu bisnes Mas masa sekolah rendah. Kami selalu pergi sekolah agama bersama2. Kalau sekolah pagi masuk pukul 9 tu, kekadang dia yang kejutkan aku dari tingkap bilik bila abah dah pergi ladang pagi2. Kami juga selalu mandi paya selepas balik sekolah agama. Semasa sekolah menengah, aku selalu tumpang mesin jahit kat rumah dia atau rumah wak Ru untuk menyiapkan projek Kemahiran Hidup. Rumah dia pulak dah ada VCD player awal2 zaman VCD dulu. Pernah gak aku lepak rumah dia tengok VCD tapi tak ingat pulak, bukan ke time tu dia dah kawin? Betul tak ingat.

Bila aku pindah SMBM, aku dah tak rapat ngan dia. Yayu pulak yang rapat ngan dia. Bila abis SPM, aku balik dari asrama. Dia ajak aku kerja kilang ngan dia. Pekerjaan pertama aku di mana di situ lah aku buka akaun KWSP. Ya, kilang VS Industry Senai. Bila aku masuk ITM, dia pun kawin. Dia kawin selang seminggu lepas abang TP kawin. Jadi memang time tu aku baru masuk ITM. Kemudian dari tu dia dah ada femli sendiri, anak sorang, jadi aku dah tak ambik pot pasal dia. Kemudian dia ada masalah sikit. Tapi masa nak raya aku selalu hantar jahit baju kebaya ngan dia. Kira lepas kawin, ada anak, berenti kerja, baru dia aktif menjahit. Yayu lah yang banyak cite pasal dia sebab Yayu je yang duk kat rumah tu paling lama.

Lepas abis degree, aku balik kampung, cari kerja. Dari bulan Oktober sampai Disember 2002 aku menganggur. Sekejap je. Time tu pulak dekat nak raya. Jadi, aku ditawarkan membantu Mas menjahit. Dia upah aku jahit leher baju. Selai RM5. Orait lah jugak. Ada gak aku duit raya sikit. Boleh tahan banyak gak tempahan dia ambik.

Sekarang ni, Mas duk kat kuarters (ke di sebut apa ek?) estet kat Kota. Apa ke nama estet tu. Pernah pergi sekali je masa Yayu nak antar ke ambik baju dia. Terbaru, dia dah ada 2 anak. Anak kedua dia lahir beberapa hari sebelum kenduri kawin kami. Saing2 Jana gak. Jadik dia tak dapat lah datang memeriahkan majlis kami.

Aduh, dah panjang ni. Baru 2 orang kawan. Lum cite kawan sekolah rendah lagi. Akan datang; In, Sidah, Nonon, Rapiah, Ijah.

2 komen:

aNIe said...

Norasiah...salam kenal dari kak lady...terima kasih melawat blog akak...akak rasa dulu blog ni lain rupanya kan? Rajin benar menjahit...kak lady ni pandai menjahit tapi ade penyakit...penyakit malas...

Orang johor memang terkenal rajin menjahit baju kurang sembat tangan...betul tak? halus betul jahitan mereka....

MMemang seronok bila mengenangkan kawan2 lama kan?

AyunasiA said...

kaklady: aritu guna template blogger je, ni dah try dari link kak sya, baru lah ada rupa sikit blog ni.
dah lama tak sembat baju keliling. last rasanya 6-7 tahun lepas.
rindu ngan kengkawan tapi kalau jumpa pun dah tak mesre cam dulu la...