Sedih nye cite Sekeras Kerikil semalam. Mencurah curah air mata aku tgk cite tu sesorang. Pandai tul pelakon2 tu berlakon. Cam real je. Kira macam bleh masuk la dalam situasi tu.
MyKad aku da siap. Aku rasa aku tak terlambat. Yang penting tak kena denda. Yang bestnya buat kat sini, datang kul 8 pagi, 10 minit da settle. Bukan sebab stafnya cekap dan efektif, sebab takde orang. Aku assume, sume orang kat sini dah buat MyKad.
Sepanjang aku belajar, tak pernah aku jumpa lecturer minta tangguh kan test. Budak sekarang ni, ari Ahad aku nak buat test, ari Jumaat diorang mintak postpone. Baiknya lecturer...
Sunday, 19 September 2004
Thursday, 16 September 2004
Wa...double entry arini. Entah2 tripple. Aku da takde keje ni. Sejak duk kat Dungu* yang tak best ni, aku rasa terpisah dari dunia luar. Dahla TV cuma dpt TV1,2,3 je. Aku yang tak pernah tgk TV 1 ni pun dah terpaksa tengok gak. Sume keindahan menonton TV di tengahari dah aku terpaksa lupakan. Cuando Seas Mia kul 1.30 da tak tengok. Nak bc summaries, websitenya tgh under construction. Dapat tengok ari Jumaat and Khamis minggu ke 2,4,5 je lah. Aku selalu gak balik umah member waktu lunch hour, tapi umah dia lak duk bawah bukit. TV 3 je dapat. Pity me.
Satu lagi cite Thailand baru, The Princess. Yang bestnya heroin n hero dia dalam cite yang kau tgk dulu. Sape ntah nama dia. Yg hero tu yang berlakon Sugar n Ice cube. Aku ingat nama watak dia je, Kongphob n Namneng. Kalau tgk hero tu, cam tgk Shah Rukh Khan la. Romantik giler.
NT*7,8*V,Chan*el9... sume ada slot yg best. Tinggal kenangan je lah. Nak psg TV berbyr, tak mampu lak. Mengeluh je lah....
Radio pun sama hampeh. Nak dgr E*A, dlm kete je. Itu pun kat area umah je. Tgh jln tepi pantai mmg tak clear. Ada takde T*R je la. Tu pun radio kat umah pun tak dpt. Dgr dlm kete gak. Sibbaik ada T*R pantai timur. Tapinya, banyak lagu blah sini la plak. Aku ni da la 'alergik'. Da tak dpt le nak dgr Hindi Power kesukaan aku. Drpd dgr noise, baik takyah dgr terus.
Shopping lagi satu tak best. Aku ni bukan la jenis banyak duit n suka shopping. Mcm yang aku cite di awal2 dulu, aku ni kedekut sket. Tapi aku memang suka window. Dlu kat S Alam, tempat favourite aku Bukit Raja, Alam Sentral, Kompleks, Gia*t. Sebenarnya bukan aku suka sangat tempat tuh, tapi sebab takde pilihan lain. Lagipun, tmpt tu je yang ada tmpt parking atas tanah n open pada mata sume orang. At least aku rasa selamat, walau kete rasa tak selamat. Yang penting nyawa aku. Memang sejak kes Canny Ong aku da tak percaya pd parking basement kalau sesorang. Pegi ngan dia pun tak cukup selamat aku rasa. Tgk je kes yg baru hari Merdeka tu. Couple pun kena. Eeee ngerinya. Dunia ciptaan Tuhan ni dah tak selamat akibat perbuatan manusia, yang dicipta Tuhan juga.
Apa lagi aku nak komplen pasal daerah di mana buminya kupijak langitnya kujunjung ni?
Makan pun tak banyak pilihan yang best. Banyak pilihan, tapi tak best. Aku rindu car boot sale/pasar tani Shah Alam. Aku nak makan popiah basah SS A*i, laksa Penang n mi kari, char kuey tiow Sek 25 (da tutup tp ada branch kat Alam Sentral), Nasi Paprik Sek 2 (Seri B*nga), Nasi Lemak Sek 2, mi goreng mamak Khu*afa Sek 7, Ikan bakar, kerang bakar BBBangi (Sa*irah) dan banyak lagi. Kat sini susah nak jumpa ikan sungai. Takde ikan keli, sembilang dan ikan kesukaan aku, patin. Kalau ada pun, ikan patin masak asam. Aku da makan sekali, taknak lagi. Tak sedap. Tak rasa ikan air tawar. Mahal. Kalau kat SA aku akan beli ikan patin kat Gia*t tiap2 minggu. Sekor baru 3/4 inggit. Masak asam pedas. Ada tempoyak, lagi kick.
Pernah makan kerang goreng? Tiap kali gi B Pahat, aku mesti makan benda ni. Sedap wa cakap lu. Selalunya orang gi BP mesti mkn nasi beriyani, kan? Aku lak tak pernah lagi. Org kat sana mkn beriyani utk brunch la... Tengahari pun da abis. Muo lak memang terer ngan mi bandung nye. Hmm... nape Dungu* tak mcm tu??????????
Aku dah abiskan silibus minggu ni. Maknanya aku dah ble cuti sebelum aku menyibukkan diri jaga student exam bermula 3 Oktober ni. Aku nak cuti next week. Ari Khamis aku nak ke Batu Pahat. Diam tak diam dah makin dekat hari keramat aku. Kalau kira hari ni, lagi 101 hari lagi. Banyak urusan nak kena buat mulai sekarang sebab aku ni jauh di perantauan. Bukan senang nak buat urusan waktu ofis hour. Apatah lagi benda tu takleh dibuat di cawangan lain.
Tapi, sebelum balik aku kena settle kan tests untuk student aku. Aku ingat, abiskan silibus, pastu ble buat revision ke. Tapi, student aku yang mcm terror ni lak yang kata nak study sendiri. " Nanti kitorang tak paham kitorang jumpa cik la..." Aku tak kisah kalau diorang ni ok-ok je cam aku waktu belajo course ni. Aku memang suka menghafal. So, memang aku langsung takde masalah nak score. Tapi diorang ni, dah la malas; datang kelas, baca, hafal, tanya. Apa boleh aku buat?
Pastu. aku kena antar statistik attendance diorang. Sape tak datang > 30% takleh ambik exam. Kejam ke aku nak biarkan je yang tak layak masuk exam tu? Yang pastinya diorang akan masuk kelas aku lagi semester depan. Hmmm... sepatutnya memang patut pun yang malas bangun pagi ni terima balasan yang setimpal. Kebetulan memang exam utk paper tu pagi 3hb. Dah kelas pagi pun malas datang, takyah lah datang exam gak. Ok la kan?
E'eh student ni. Dia jenguk bilik ni, tanya kawan aku sorang tu ada tak. Aku kata takde, dia melilau mata cari. " Awak ingat dia nak menyorok ke? Saya kata takde, takde la..." Eh, garang ke aku?
Ok la. Aku nak gi print soalan test la. Sabtu ni cuti. Kang tak sempat lak nak fotokopi. Yang tak best nya kat sini, takleh guna mesin xerox sendiri. Ada sorang pakcik ni yang ditugaskan buat keje ni. Tupun, untuk tujuan rasmi je. Nak potostet personalnyer, kena beli kad rm2 rege nya. Satu copy, 5sen. Cam SMS Ce*com. Kira mahal la kalau nak copy banyak, kan? Takle la orang suka2 copy kad jemputan kawin cam kat induk dulu.
Ok...
Wednesday, 8 September 2004
1 SEPTEMBER 2004
Aku dah type entry utk hari ni, tapi xleh send lak. So aku terpaksa Ucap Happy Belated Anniversary to diri sendiri dan dia. 1 September dah kitorang declare sebagai anniversary kitorang sempena first time aku jumpa dia. Kami bertemu di bangku sekolah. Betul! Aku nampak dia first time masa dia tengah duduk atas kerusi kat sekolah aku dulu, Sekolah Menengah Semenchu. Terima kasih Cikgu Halim sebab masukkan aku dalam kelas 2 Falah, di mana di situ lah aku mengenalinya. Kiranya aku ni new student la. Pindah dari Sek. Men Bandar Mas. Takyah la aku citekan camne aku bleh pindah. Cukup lah kalau dikatakan, aku bersyukur dengan kepayahan yang aku lalui sehinggakan aku dipertemukan dengannya.
Thursday, 19 August 2004
Waaaa best nyer cuti seminggu. Sebenarnya, student yang cuti mid semester, tapi aku lak yang over cuti lebih dari diorang. Ari Khamis 5hb Ogos kul 7 pagi aku dah bergerak dari rumah. Sebenarnya aku plan nak gerak kul 6 pagi. Taknak layan lori yang banyak kat Kuantan. Tapi jam plak tak bunyik. So, terpaksalah jugak harung traffic orang nak gi keje, tapi takde la jammed. Cuma banyak kete je atas jalan. Dah dekat sampai Kuantan, jammed. Ingatkan jammed biasa, rupanya ada lori melintang kat tengah jalan. Cuba korang bayangkan, jalan dua hala. Satu lori treler yang panjang giler terlepas jln dari Kuantan nak masuk ke pelabuhan. So, dia cuba masuk ikut jalan dari arah bertentangan punyer susur masuk. Maknanya dia kena buat pusingan almost 225 degree. Makanya, maybe masa dia tgh buat stunt tu, tak lepas la pulak, so kena undur sket. Masa tu jugak la enjin dia mati dan takle idup balik. Maka, melintang la lori yang besar gabak tu kat tgh jalan. Sibbaik masa aku sampai situ, kejadian baru berlaku dan aku tak berapa jauh dari situ. So, aku ikut je la kat celah2 lori lalu bawah pokok. Beberapa org pemandu lori cuba mengawal trafik sementara menunggu polis sampai. Bila dah lepas tu, aku tengok kenderaan dari arah Kuantan tersangatlah panjang berbaris. Nak aje aku berenti bagitau, " Encik, janagn ikut jalan ni. Depan tu jammed. Baik encik masuk jalan bandar." Tapi aku tak lah se skema tu. Aku pun nak cepat gak.
Aku tak pernah lagi balik sejak sampai sini, so aku tak la ingat sgt jaln yg aku lalu ms datang. Lagi pun bukan aku yg drive aritu. Makanya, bila nampak kat batu jln tulis Kuala Lumpur sekian km, aku pun gabra la. Buatnya aku jalan terus sampai jumpa KL, takke naya. So, aku decide utk ikut jalan bandar. Aku da familiar skit jalan kat situ. Skit je. Da sampai bandar, lagi la kalut, takde signboard yang tnjk jalan ke Muadzam. Last2 aku turun tanya kat org jaga parking. Silapnya aku tertanya jalan ke Pekan, so dia tnjk jln g Pekan la. Aku pun....
Makanya, aku pun ikut la jln Pekan. Maknanya aku dah ikut jln jauh la. Sepatutnya aku ikut jln KL Gambang. Tiba Caltex, baru belok ke Muadzam. Oleh sebab dah dekat ngan Pekan, aku proceed je lah. Tiba Pekan baru aku masuk jln Paluh Hinai. Punye la sunyi jln tu. Bila dah agak2 20 minit jln tak jumpa eapa, aku pun berenti kat satu warung kopi, tanya kat sorang pakcik jln ke Muadzam. Betul lah ni, nak. Nanti jumpa simpang 4, belok kiri ke Muadzam. Jauh legi ke pakcik? Dalam 18 batu. Adush... AKu dah rasa nak patah pinggang da ni. Sabo... jalan terus.
Sampai Muadzam, aku berenti isi minyak n gi toilet. Punya la kotor n busuk. Da tiba situ, aku da lega la. Aku biasa sampai Muadzam je. Kakak aku ada duk kat situ. Sampai Segamat dah kul 12 lebih. Ingat nak singgah tgk kain kat Jak*l, sekalinya kena cari kupon parking. Ah... baik tak payah. So, aku pun terus ke Yong Peng. Jalan kat situ tgh renovate. So, banyak la rintangannya. Lambat gak aku samapai Yong Peng. Tiba situ, teringat Lu*ky Garden. Dulu kalau naik bas, mesti berenti kat ctu. Aku selalu beli naget ikan, tapi aku tgk dah banyak berubah. Da takde pun naget tu. Sampai BP lebih kurang kul 3. Fuh! 8 jam???
Tuesday, 3 August 2004
Dah masuk 3 weeks aku kat cni. Dari satu sudut, aku rasa dah stable. Tapi dari sudut yang lain, perasaan tak senang masih menghantui. Dah lah urusan perpindahan aku tak settle2 lagi. Tak le nak buat claim lagi. Aku boleh buat claim perpindahan, mileage, lodging. Tapi kena kekal kat sini at least setahun. Aku pun tak kose nak pindah randah 2-3 kali. Duk lah selagi orang nak kite. Dah abis kontrak sok, aku pikir la lagi.
Hari Rabu, 28 Julai, dekan dan timbalan2 nya datang melawat kitorang. Diorang nak melawat kampus ni. Apa, diorang ingat, dengan mengunjungi kitorang kat cni, ble membahagiakan kitorang? Tidak bagi aku. Tak tau la orang lain. Kitorang 7 orang je kat sini. Permanent 2 orang, kontrak aku sorang, yg lain FTPT.
Masa perjumpaan dengan student, sorang student ni tanya dan bagi cadangan, kenapa tidak lecturer yang dihantar ke sini, lecturer yang berpengalaman? Yang ada sekarang ni, sumernya baru2 belaka. Bukan baru sebenarnya, muda2 belaka. Entah lah, kenapa aku rasa begitu kecewa dengan soalan tu. Aku tau la aku tak berpengalaman luas. Tapi setakat nak ajar diorang, boleh lah. Bukan aku tak pernah belajar cam diorang. Masa belajar dulu, tak kisah pun sape yang ajar. Boleh jer! Ni, nak komplen plak. Yang aku sedih sangat tu, pasal yang tanya tu student yang aku ajar pun. Eeee tak pasal2 aku dah aim je budak tu.
Monday, 2 August 2004
2 hari 2 malam aku tinggal kat umah tamu. Bila aku gi balik umah tu semalam, nampak ngeri je. Ari tu, aku duk situ, selamba aje, buat2 berani. Aku buking duk situ 2 hari, so, hari isnin tu, aku mesti keluar, what ever any how. Pagi, aku call sorang akak ni, tanya pasal umah sewa dia. Alhamdulillah, dia bagi duk umah dia sementara sebab 10 minit b4 aku call, dah ada sorang loyer dah buking nak duk next week. Aku cuma lambat 600 saat! Tengahari, aku balik umah tamu, angkut sume barang n gi bayar sewa, rm30 a day. OK la. Lepas ofis, aku ikut akak tu gi umah dia. Ok la umah dia, teres setingkat, 3 bilik. Bilik pun besar. Cuma takde furniture. Takpe lah. Kat opis dulu, tido atas ABC pun nyenyak jer. So, bermula lah aku duk kat umah tu malam tu. Sedih, pilu rasanya, macam masa kena hantar hostel masa form 4 dulu. Rasa nak balik jer. Lepas hampir seminggu, aku tanya balik pasal loyer tu, akak tu kata, dia dah kensel kan buking dia. Baik duk ngan rakan yg seperjuangan, daripada yang tak tau apa2. Walau pun aku tak kenal dia pd asalnya, kami satu tempat keje. Senang kira. Pastu, dia bagi aku duk free sampai hjg bulan. Maknanya aku cuma bayar start bulan 8. Time kasih Kak Yan! Sewa kat situ umah teres ke, semi d ke, banglo ke, area 350 onwards. Kalau kat Shah Alam, jgn harap! Walau pun mampu duk sorang, at least selamat sket kalau duk berdua.
"Kau tak pekena air jagung lagi, Asia. Kaualu kau da pekena, mesti kau suka duk sini."
Itu kata kawan2 aku kat sini. Diorang pun baru sebulan kat sini. Tapi, aku dah minum air jagung, bungkus bawak balik. Takde apa2 perubahan pun pada persepsi aku terhadap Dungu(n) ni?
" Itu kau minum sesorang. Cuba minum ngan kitorang."
Aku belum minum ngan diorang lagi setakat nih. Tapi aku rasa, air jagung takkan menjanjikan apa2 pada kebahagiaan aku kat sini. Kalau memang asasnya tak suka, sampai bebila tak akan suka punya lah. Aku bukan tak suka UiTM, atau Dungun, tapi negeri TERENGGANU secara keseluruhannya. Sebabnya, hanya aku, dia dan Dia aje yang tahu.
Dua perkara yang merunsingkan aku pada kali pertama sampai ke sini
i) Rumah sewa
ii) Subjek yg nak kena ajar
Masa diarahkan ke sini, Dekan kata aku kena ajar 2 kod. Tapi bila sampai sini, 3 kod. Tambah lak, jadi koordinator projek student. Kerja banyak, gaji sama jek! Kat Shah Alam, keje rilek, berbaloi gak. Eeeee tak best! Tak best!
Masalah pertama dah settle, masalah ke2, dah hampir settle. Ok lah...
Banyak lagi nak cite. Sambung lagi...
Wednesday, 21 July 2004
Aku rasa macam alien di negeri asing ini. Sabtu, 17 Julai, aku bergerak dari Batu Pahat ke umah bakal mak mertua ku kerana ada kematian. Selesai semua, kul 12.20 tengahari, bertolak dari sana melalui Mersing, Endau, Rompin, Pekan, Kuantan, Dungun. Pukul 7 malam, sampai di rumah tamu UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.
Kenapa aku di sini?
Isnin, 12 Julai, aku dipanggil ke ofis dekan. Dup dap dup dap. Aku kena transfer ke sini. Tidak!
Takde mood!!!!
Wednesday, 21 April 2004
Busy Body
Ari Sabtu aku gi konvo. Boring giler. Balik tu, terus gi G**nt, beli lauk untuk beberapa hari sebelum gaji. Aku betul2 sengkek sekarang nih. Bayangkan kalau duit yang sepatutnya untuk sebulan, jadi setengah. Dan aku masih hidup, Alhamdulillah.
Ari Ahad, aku gi Alam Sentral. Roadtour AIM. Aku pegi sebab CT. Tapi, biasalah, dia mesti yg last sekali. Kul 6.30 baru CT kuar. Tu pun nyanyi lagu baru yang aku tak tau sebab takde duit lagi nak beli album baru dia. Esok... esok. Satu lagi lagu BCB. Penat sunguh.
Secreto De Amor
Sesiapa yang ikuti cite ni, samada baru tgk akhir2 ni atau ikut dari awal cam aku, PASTI akan memberi komen yang sama.
GERAM!!! Jahatnya Barbara!!! B**OH nye Carlos Raul!!!
Aku ikuti cerita ni sejak hari pertama lagi. Minggu depan ari Selasa cite ni abis. Aku dah tau endingnya, tapi tak tergamak nak baca summery nya dalam website. Tak surprise lak nanti. Aku tengok cite yang hero atau heroinnya cantik jer.
Semalam aku ke SMSAAS sebagai wakil Jawatankuasa Misi Akademik sempena Hari Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan sekolah nih. Datang kul 8, balik kul 2. Penat gak explain kat student2 tuh. Mana tak nya, aku wakil fakulti aku, student tanya fakulti lain yang langsung aku tak tau menahu. Selain kitorang, ada beberapa IPTS yang join. Yang best cuma makan. Mee hoon dia sedap nyer...
Esok banyak keje nak buat.
1. Antar application kat utk si dia (Bhgn Perjawatan)
2. Bayar kete (MA*BA*)
3. Tengok tepon yg direpair. Da 2 bulan x siap2? (Plant*onik, Sek 18)
4. Antar duit abah (MA*BA*K)
5. Cari zip baju (PKNS)
6. Cari kaset CT (PKNS)
Aku suka buat keje macam ni sebab aku boleh bergerak ke mana2 yang aku suka. Lebih2 lagi kalau sesorang cam skrg ni. Duk ofis pun tgk TV n tido je. Buang karen jer.
Thursday, 15 April 2004
Ngantuk sungguh. Malam tadik aku tido lambat sket sebab tgk tv, Explorace. Housemate aku kata dia dah tau sape yg menang sebab dah tunjuk dalam Melodi. Tapi aku taknak tanya sape. So, aku tengok lah. Selain tu, aku tengok sebab Rina, salah sorang finalis yg menang tu adalah senior aku masa kat semejay dulu. She deserve it. Kawan aku tanya, dia baik ke? Aku kata, baik je sebab dia tak pernah kacau buah pinggang aku. Selain ketua rumah Suria, memang dia aktif. Tak heran lah kalau dia larat buat sumer keje kat program tuh.
Sekarang aku sambil tengok video live konvo komemoratif. Kali ni Tun Dr Mahathir yang terpilih.
Selalunya, bila result exam kuar, ada student akan call, ucap time kasih or ngadu nape tak dapat A+. Kali ni tak de lak. Diorang nih ingat aku nih dapat sume A+ agaknya masa belajar dulu. Realistik la sket. Kalau dah tak study, takleh jawab masa test or exam, takkan aku nak bagi A+ kan? Apa yang aku tengok, student sekarang, especially diploma, sangat malas. Asyik nak membodek lecturer je. Kalau kita buat spot test ke, boleh la kata tak sempat study. Ni, dah bagitau sebulan sebelum test pun bagi alasan yang sama. Pastu, kata lah kat kita, banyak test la cik. Kita nak buat test esok, dia kata, mana boleh cik, arini ada 2 test la cik. Yang 2 test tu, boleh aje buat test, nape test yang kita nak buat nih takleh? Ingat takde credit hour ke subjek kita ni? Ingat kita ni nak sangat la bagi markah percuma kat dia. Sorry ler student2 ku. Aku pun pernah nyaris fail dulu. Nak markah banyak, study banyak, nak markah sket, study sket, taknak markah, takyah study.
'Baca banyak, lupa banyak, baca sikit, lupa sikit, tak baca, tak lupa...(tapi tak tau)'
Tuesday, 13 April 2004
Mimpi Hantu
Korang pernah mimpi antu? Aku pernah tapi masa dulu. Aku pun dah tak ingat jenis jenis antu. Tapi bebarapa ari lepas aku melalu satu pengalamn yang bagi aku ngeri lah. Aku tengah tido, tapi tak mimpi antu. Tapi.............
Aku memang suka tido sambil radio idup. Ari tu aku bukak rancangan Hindi Power cam biasa. Dengar punya dengar, aku pun tertido. AKu tersedar pada tengah malam sambil terdengar sayup2 suara mengilai plus bunyi2an yang mengerikan. Dah lah aku tinggal sesorang dalam bilik tu, dan bertiga dalam rumah tu. Dengar plak bunyik camtu. Saspen gak. Lalu aku beranikan diri membukak mata.
La...... antu kat radio ni ke? Memang sorang DJ radio ni suka buat segmen cite seram. Tak sangka lak arini aku ter 'dengar'. Sejak hari tu, aku akan off kan radio bila tido or, bukak stesen lain yang tak ngeri...
'Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya, bukan mengikut zaman kamu...'
Kat mana ek aku dengar ungkapan nih? Sebenarnya aku nak cite sket pasal zaman aku kecik kecik dulu. Aku mula sedar bahawa aku ni wujud pada sekitar 4 atau 5 tahun. Maknanya aku masih ingat apa yg berlaku masa tu. Contohnya, kameraman pernah datang umah aku, ambik gambar lepas Yasin pempuan (kenduri baca yasin untuk orang pempuan) kat umah aku. Bape ntah umur aku masa tu. 5 tahun kot?
Kata orang anak yang dilahirkan melalui pembedahan kurang pandai. Ke sebaliknya? Aku lahir melalui pembedahan. Rasanya aku sorang je yg lahir camtu dalam kuarge aku. Masa aku kecik, mak selalu sakit. Apa yang aku ingat, mak selalu balik kampung umah nenek dan bawa balik telur ayam kampung. Buat ubat. Masa aku masuk darjah satu, cikgu suka suruh aku mengajar kawan kawan depan kelas. Diorang akan tulis perkataan, pastu bila diorang kuar (baru aku sedar cikgu aku suka mengular...), aku yang akan eja kat depan. Kawan2 ikut la apa yang aku eja. Yang bestnya pernah cikgu Matematik panggil aku ajar kat kelas darjah dua. Seingat aku, masa darjah satu tak belajar lagi darab ngan bahagi. Kat kelas tu aku kena tunjukkan operasi bahagi. Masa tu ramai tengah berdiri atas kerusi. Cikgu tu kata, kalau 10 bahagi 2, lukis dua bulatan. Pastu, kira lah 1 lukis bentuk batang mancis dalam bulatan pertama, 2 dalam bulatan kedua, 3 dlm bulatan pertama lagik sampai 10. Jawapannya, kira ada berapa dalam satu bulatan tu. Kesian budak2 kelas tu kena berdiri atas kerusi pasal tak paham. Hm... jiwa pendidik dah diterapkan dalam diri aku sejak kecik rupanya.. hihi
Arwah mak meninggal masa aku darjah satu. Pada hari tu, aku bertiga ngan kakak aku balik sekolah jalan kaki sebab abah tak jemput. Selalunya abah ambik naik motor. Sampai2 kat umah, takde orang. Jiran kata diorang gi hospital, mak sakit. Memang selalu gak macam tu. Dan selalunya kitorang bertiga akan duk numpang umah jiran sebelah atau depan. Malam tu kitorang duk umah Mak Nah. Tengah malam, ada jiran tu datang beritau, mak dah takde. Al Fatihah...
Aku kecik lagi, tak rasa apa2 pun. Pastu sume orang sibuk2 pgi umah aku, baca Yasin, kuarkan kain batik lepas, (sampai sekarang aku takut nak pakai kain batik lepas kerana sebab nih) bakar kemenyan dan macam2 lah. Malam (agaknya?) tu gak ada yang pegi antar telegram kat kakak aku yg kat UPM dan abang2 aku yg kat asrama. Kata kakak aku tu, dia cuba gak balik malam tu tapi sampai tengah jalan, bas rosak. So, tak sempat sampai b4 pengebumian. Siang ari plak aku tengok ramai orang datang. Yang lain2 aku tak berapa ingat. Yang paling aku ingat bila ada sorang makcik ni panggil aku untuk cium arwah mak buat kali terakhir. Aku pun ikut je lah kakak aku buat. Seingat aku, aku tak de perasaan lagi masa tuh. Gitulah sebahagian kisah zaman kecik2 aku.
Lepas dari tu, Mak Busu yang jaga kitorang. Tu pun tak lama, mula2 je. Pastu, abah yang jaga kitorang bertiga sampai lah aku darjah enam.
Api
Tentu ramai yang lahir2 je dah terang benderang ngan lampu. Umah aku ada letrik masa aku darjah 3. Telefon lak masuk masa aku form 1. Sebelum tuh, umah aku guna lampu pam. Tiap petang kena pasang. Selain utk menerangi kegelapan malam, lampu tu jugak digunakan untuk mengeringkan kasut sekolah. Aku akan ingat sampai bila2 benda ni sebab kasut aku pernah terbakar sket terkena api lampu ni. Awal tahun lak tu. Dah aku kena pakai kasut cacat sepanjang tahun. Cakap pasal kasut, aku teringat camane abah belikan kasut untuk aku. Dia selalunya tak bawak aku gi kedai (takut aku demand kot?) tapi dia akan guna tali rafia dan ukur ikut kaki aku, termasuk kakak2 aku la sekali. Pastu dia belikan lah kasut pakai ukuran tuh. Masa tuh, jenama kasut yg ada macam Ozly, Pallas Jazz, Carefree, BM2000. Tapi selalu aku dpt Ozly je lah. Paling murah. Kalau kasut bm2000 tu kira mahal la, lebih rm20. Aku dapat merasa BM2000 pun masa form 3. Tupun aku guna duit biasiswa. Cikgu yg suruh keluarkan duit biasiswa tu. Dia kata kalau tak keluarkan langsung, kena tarik balik. So, aku apply la nak kuarkan rm25 dan beli kasut. Aku beli kasut tu masa akhir tahun. Masuk form 4 aku masuk asrama dan tak pakai kasut tu sebab kena pakai kasut itam. Akhirnya kasut tu jadi kasut sukan yang aku guna sampai abis sekolah.
Belanja sekolah aku masa sekolah rendah ialah 20sen sehari dan 10sen untuk sekolah ugama. Masa tuh, ada gak la kawan2 yang belanja singgit sehari. Tupun sebab bapak dia ada bisnes sampingan.
Bila mengingatkan kesusahan dulu, aku terpikir plak ungkapan tadi. Macamana aku nak didik anak aku nanti? Takkan masih nak bagi sehari doposen gak? Kena ikut zaman. Dulu air segelas seposen, skrg 50sen. Aku pernah mkn kat kantin sekolah rendah masa praktikal kat Telekom. Kebetulan exchange Telekom tu letaknya kat sebelah sekolah (sebelah Maju Junction sekarang nih) so, pengusaha kantin tu dapat untung lbih la jual mknn kat kitorang. Tapi aku suka gak makan kat situ. Selain murah, kuih donut dia sedap. Kan Min kan???
Semalam aku rasa tak selesa dgn mood aku. Akibatnya, aku dah mengecewakan seorang kawan yang menuntut pertolongan. Sorry kawan. Hari ni lebih segar. Tadi aku pegi ke menara. Kononnya nak ambik jubah untuk konvo ari sabtu nih, tapi orang kat sana tak bagi. 15hb ni ada konvo komemoratif yg memerlukan banyak jubah. Kena pegi ari lain. Buang masa tul.
Malam semalam aku mengulangbaca majalah2 yang ada kat umah, entah untuk keberapakali entah.
'Betul gak...
Bisik ati aku bila baca artikel dalam majalah tu. Apa kata aku kongsi sama apa yang aku baca...
Menjaga Keutuhan Cinta Jarak Jauh
Adakah anda sedang kerinduan kerana berjauhan dengan pasangan? Mungkin kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan, anda harus berjauhan ribuan kilometer dengan pasangan. Perasaan ingin bertemu terpaksa ditahan. Itu belum lagi memikirkan pasangan tersayang berada di tempat jauh dan terdedah dengan godaan orang lain.
Walaupun bersedih dengan keadaan begini, namun bukan bererti anda tidak boleh berbuat apa-apa. Jauh di mata tetapi dekat di hati. Ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan cinta jarak jauh.
Menjadi sebuah hubungan yang utuh apalagi jika pasangan yang berada jauh kedengarannya agak mencabar. Satu hal yang perlu anda ingati ialah hubungan jarak jauh adalah benar benar nyata.
Anda memiliki perasaan, emosi, saat indah dan saat getir yang sama dengan keluarga pada umumnya. Yang membezakan hanyalah bahagian fizikalnya shaja. Dan jika itu belum biasa bagi anda, mungkin anada memerlukan beberapa tips berikut:
Beri Sokongan Kepada Pasangan
Ketika tawaran itu datang, sama ada tawaran untuk bekerja atau untuk belajar, tenru anda berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman wanita atau isteri tersayang. Padahal pada masa yang sama juga, anda turut berkongsi kegembiraan dengan pasangan anda kerana kejayaannya. Keadaan ini memang merupakan satu dilema kepada anda. Pelbagai perassan muncul dikala ini terutamanya bagi mereka yang masih belum berkahwin. Mungkin bimbang kekasih hati akan dikebas orang.
Tetapi yang pasti anda tidak mungkin dapat mengikut ke mana sahaja teman wanita atau isteri anda akan pergi kerana anda juga terikat denga pekerjaan. Menjalani sebuah hubungan memang memerlukan pengorbanan yang besar. Bicarakanlah denga hati yang terbuka. Berilah sokongan kepada teman wanita atau isteri anda untuk menerima peluang yang di depanmatanya. Katakan juga kepadanya bahawa jika dia gagal, anda akan tetap mencintainya walau apa juga keadaan yang menimpa dirinya.
Saling Mempercayai Antara Satu Sama Lain
Saling percaya merupakan suatu keharusan dalam menjalin hubungan jarak jauh. Yakinlah kepada diri anda sendiri bahawa anda mampu menyelesaikan masalah keluarga sendirian dan percaya bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya ketika berjauhan dengan anda. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya akan hancur.
Mungkin ketakutan muncul bahawa teman wanita atau isteri anda akan menjalin hubungan dengan orang lain adalah wajar tetapi jangan terlalu berlebihan. Berfikirlah dengan positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama dengan anda. Kalau anda mengembangkan fikiran yang negatif ini hanya akan merugikan diri sendiri dan menimbulkan stress.
Peranan anda sebagai suami adalah menjaga pasangan agar teman wanita atau isteri tidak lupa diri dan menyingkirkan kepentingan anda dan keluarga. Pandai pandailah membawa diri, selalu memberi sokongan kepada teman wanita atau isteri yang akhirnya akan membuatkan suasana lebih mesra dan erat. Karier dan keluarga adalah satu kesatuan, dan bukan merupakan dua kutub yang berbeza berlawanan.
Cuba Untuk Menyibukkan Diri
Selama anda berjauhan dengan teman wanita atau isteri, anda harus membiasakan diri dengan bersendirian seperti menghadapi masalah seorang diri. Untuk membunuh perasaan sepi, carilah kesibukan seperti membuat kerja sambilan untuk memenuhi masa yang terluang.
Membiarkan kerinduan membelenggu diri anda akan membuatkan anda jadi ‘gila’ dan anda malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Cuba olah rutin seharian anda untuk menormalkan perasaan dan membuat waktu berlalu tanpa disedari.
Untuk urusan penting, anda tetap harus berbincang dengan teman wanita atau isteri menggunakan sumber telekomunikasi yang penting seperti telefon, surat, emal dan sebagainya agar kasih anda berdua tetap utuh dan mekar walaupun terpaksa berjauhan dari pandangan.
Hadirkan Si Dia Di Sisi Anda
Kesepian, ya pasti anda akaan rasa kesepian. Namun banyak lagi langkah untuk menghadirkan dirinya dalam kesibukan seharian anda. Misalnya mengingati teman wanita atau isteri dengan melihat dan membuka album foto atau menatap gambar yang sentiasa menjadi teman tidur anda. Namun ada pendapat seorang penulis, David Copeland, penulis How To Succed With Women, mengatakan bahawa jika anda ingin selalu dekat dengan pasangan anda, cubalah untuk mengenakan baju pasangan anda ketika anda merasakan terlalu rindu kepadanya. Kalau anda memakai pakaian pasangan anda, anda akan merasakan bahawa pasangan anda berada dekat dengan anda.
Monday, 12 April 2004
Ada orang bising bila aku tak update.Cam bagus.Sukati aku la nak update ke taknak.Walaupun aku takde keje,tak semestinya aku ada masa.Kalaupun aku ada masa,aku mesti kena ikut mood.Macam sekarang,aku takde keje,ada masa,ada idea,tapi takde mood.Makanya aku tak dapat tulis yg best2.Adios...
Wednesday, 7 April 2004
'Kau ada apa2 berita pasal tpm?
'xde
SMS dari kawan aku malam tadi betul betul mengganggu kotak pikiran aku. Lantas aku cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat yg boleh dari kengkawan yang lain. Respon yg diterima agak mengecewakan walau bukan aku sorang je yang tak dipanggil taklimat tu. Aku ada apply untuk biasiswa yg dipanggil tpm ni. Da inteviu pun bulan lepas. Tapi takkan kami2 yang sedia ada kat sini x dipanggil? Nape mesti kebanyakannya orang luar? Tidak!!! Bukan aku sorang...bukan aku sorang. Aku cuba menyedapkan ati. Isnin depan, beberapa orang yg da inteviu bulan lepas dipanggil untuk diberi taklimat tentang program master di German. Masa inteviu ari tu memang kecoh pasal ni. Semua calon ditanya pasal kesanggupan utk buat master di German. Kebanyakannya dgn paksa rela mengiyakan kecuali aku dan beberapa geng aku. Sebabnya, kalau buat master kat local u, setahun da abis. Paling lama 1 1/2 tahun. German nyer program 2 1/2 tahun. Nak belajar bahasa German je da satu keje. Balik balik, gaji sama je, cuma pengalaman yg berbeza. Aku tak harap sangat nak pegi ke sana. Besok2 kalau terpaksa buat PhD lak, aku buat la kat oversea. Kenapa German, tak UK, US or Australia? Alasannya, yuran kat sana da increase. Aku pasrah je lah. Ada rezeki, ada lah. Takde, bukan satu aje IPTA kat Malaysia ni. Tunggu biasiswa ngan tunggu offer master pun sama cam tunggu orang masuk meminang. Tensen!
Kementerian Kesihatan menetapkan tempoh rawatan di hospital kerajaan utk pesakit luar tak melebihi 1 1/2 jam. Aku tertarik ngan kata2 presiden FOMCA dalam MHI pagi tadik, doktor kat hospital tak cukup. Sekarang ni, UiTM nak keluarkan doktor, UKM, UM, USM, UIAM semua da keluar kan doktor. Mana pergi doktor2 nih? Sape telan?
Har har har cakap suka2 ati dia je. Tapi betul gak. Aku pun ada kengkawan yg da jadi doktor. Yang bakal jadik pun ada. Aku rasa, graduan medic ni, abis je belaja, komfem dapat keje kot? Tapi, aku takut gak nak dapatkan rawatan ngan kengkawan ni. Aku da kenal diorang masa sekolah dulu dan tau perangai memasing. Macam tak caya jer...
Ari tu aku dgr satu program radio. DJ ni tanya kat caller tu, dia keje apa? Caller tu kata, tak keje. Menganggur. Ada anak bini pun menganggur? DJ tu kata, Pendatang2 dari luar negara tu boleh dapat keje, napa awak tak dapat? Dia jawab, tgh tunggu la ni. Keje apa? DJ tu tanya. Driver, kata caller tu. Pastu dia tujukan lagu kat wife dia yg tgh berniaga kat gerai (masa tu malam).
Persoalannya, caller tu pemilih sangat ke? Macam graduan2 menganggur seperti yg diwar warkan selalu tu? Kalau driver (aku tak hina, tapi aku rasa keje ni takyah ada degree pun ble dapat) boleh memilih2 keje, graduan macamana plak? Baca kat paper kata negara memerlukan berpuluh ribu jurutera (contohnya) pada tahun sekian2. Tapi, masih ramai graduan engineering yg menganggur. Aku rasa bukan graduan je yg memilih sangat, mak bapak pun sama. Kononnya da 'antar' anak belajar tinggi2, malu la kat jiran n sedara mara kalau keje tak bergaji tinggi. Jgn lupa, anak2 jiran dan anak2 sedara tu pun belajar tinggi gak.
Persoalan kedua, kalau wife caller tu boleh berniaga sampai malam, takkan si suami nya duk umah, tunggu keje je datang melamar? Dunia dah terbalik...
Tuesday, 6 April 2004
Keje untuk bayar utang?
Aku pernah melalui situasi ni waktu mula2 bekerja setahun yg lalu. Aku grad satu semester awal dari boifren aku. Bukannya dia extend ke hapa ke, memang aku yang masuk dulu, so aku abis dulu la. Waktu tu aku bekeje secara kontrak. Maknanya setiap semester kena renew kontrak, bergantung pada keperluan. kalau da cukup kakitangan, aku tak de keje, balik kampung tanam anggur la. Di awal bekeje tu, biasa la, takde duit langsung. Mana nak ada, idup masa belaja pun bergantung pada P*ptpu sepenuhnya. abis semester bermakna abis lah duit. Camtu lah juga ngan boifren aku ni. So, masa tu, dia yg still "ditanggung" (buka kena bayar balik ke?) lah yang menanggung makan minum pakai aku sementara dapat gaji pertama. Masa tu tak terasa sangat sebab bukan duit sendiri yang kluar. Bila da mula bergaji, sebulan, dua bulan, tiga bulan, abis la duit loan si dia. Bermakna giliran aku plak yang menyumbang demi ke'hidup'an kami. Masa tu aku da stat takeover kete kakak aku. Aku cuma sambung bayar je. Tapi, masa tu memang tak cukup untuk buat saving. BIla ditambah tolak, cukup2 makan je. Masa tu lah aku rasa give up. Baik takyah keje camni. Dapat gaji abis gitu aje. Marah kat boifren yang baru nak grad sebab kena support dia plak. Lupa daratan tul. Teruk betul aku ni. Bila boifren da grad, aku tinggal sesorang kat sini, maknanya da kurang la belanja untuk orang lain, baru rasa bernafas sikit. Tu pun selalu ikat perut. Sume orang marah kat aku, nape paksa diri tak makan (makan, tapi tak mewah) semata2 nak ada duit dalam simpanan. Aku pun tak tau nape aku berperangai mcm tu. In fact, ada sorang wakil insuran tu datang cite pasal budjet, kita patutnya simpan 10% dr gaji kita. (tak termasuk insurans yang cuba dia jual tu lah) Yang aku ni, sanggup tak ganti baju, pakai baju yang sama masa study dulu utk gi keje. Orang lain bertukar2 handphone. Kalau boleh nak yg tercanggih di dunia. Aku tak kisah, asal ada, boleh dgr suara, boleh antar sms, cukup lah. Aku seronok tgk balance dalam buku akaun!
Sambung lagik. Lepas lebih kurang 10 bln keje, aku dapat offer menaikkan status keje aku kepada kontrak. Kali ni bukan untuk mencukupkan staf. Kontrak aku selama 2 tahun. Dalam tempoh tu aku kena buat master untuk diserap ke jawatan tetap. Tak kisah lah. Apa2 status pun, asalkan aku tak kena balik kampung tanam anggur dalam tempoh 2 tahun tu. Sampai lah sekarang aku kekal ngan status tu, dan aku da bleh bernafas lega sket. Bukan sebab da mampu makan mewah2 atau dapat tukar kete baru atau apa2 la yg upgrade kehidupan aku. Tapi sebab aku seronok tgk balance dalam buku akaun! Aku masih seperti setahun yg lalu, fikir 88x sebelum nak membeli sesuatu. Kedekut! Memang aku kedekut pun. Kalau tak buat camtu, camne aku nak buat master dalam tempoh 2 tahun ni?????
Monday, 5 April 2004
Tak sampai berapa jam, aku da ada gesbuk. Tengkiu pd cik kayusakti yg bagi idea. Arini aku pose. Taknak jadi cam tahun lepas. Lagi bape minggu nak masuk Ramadhan baru nak ganti. Insaf lah... Tapi aku tetap ganti Insya Allah.
Kali ni aku nak cite sikit pasal background aku yang tak berapa nak best nih.
Umur aku akan menjangkau 25 tahun pada 12 Jun 2004. Still single, but not available. Tanah tumpah darahku ialah Kota Tinggi, Johor dimana aku layak mengundi, tapi tak mengundi pada pilihanraya lepas. Aku tak bersalah! Parlimen dan DUN menang tanpa bertanding. Aku confuse gak bila satu stesen TV mengatakan, 'bagi yg tempat mengundinya telah menang tanpa bertanding, anda tetap perlu keluar mengundi'. Maybe dia ingat kalau Parlimen da menang, still kena undi DUN or da menang DUN, undi Parlimen. Tapi aku? Terpaksalah tunggu 5 tahun lagi...
Aku bekerja di salah sebuah IPTA. Keje kontrek buat bangunan tempat letak kereta bertingkat. Aku jadi tukang bancuh simen. Eh, tak de la. Aku ni Timbalan naib Canselor jer...
Opsss...aku da rasa pusing. Sori, got to go...
+Cik! Cik! Cik!
-Eh, korang watpe kat sini?
+Cik dengar la apa kitorang nak terangkan ni.
-Tak nak, tak nak. Saya da tau dah. Pasal melancong cuti cuti Malaysia, kan?
+Ha, betul la. Dengar la cik
-Takpe la... takpe la...
Kelakar lak pengalaman yg aku lalui last week. Ingat time cuti 3 bulan ni, tak yah jumpa student. Rupanya, tak jumpa kat fakulti, jumpa kat Alam Sentral. Kalau tak salah aku, sume student tu dah grad sem ni. Mmm susah gaknya nak carik keje yg sesuai ngan kelayakan diorang waktu ni, sampai kena jadi promoter cuti cuti Malaysia kat situ. Memang aku dah terbiasa buat camtu pada sesape yg try promote eápa kat aku terutama sekali promoter belajar bahasa. Memang la benda tu bagus, tapi bagi aku, macam tak logik aje, belajar 100 hari, boleh fluent. Aku belajar English sejak darjah 1 pun tak terer lagi. Lagi pun, belajar melalui phone ni bagi aku ikut pada diri sendiri la. Nak pandai, dengar la 24 jam sehari. Kalau x terdesak, aku pun tak kose nak belajar.
Sape yek yg ble ajar aku buat guest book. Tolong la email aku kat ayunasia@yahoo.com
Petang semalam, aku buat operasi pd bilik aku. Roomate aku baru je kluar dr rumah tu, nak kawin. Senang je dia nak kawin, student tu. Asal llaki da keje, cuci kaki je lah. Selamat berbahagia lah.
Dah tinggal sesorang dalam bilik, bleh la susun ikut apa yg aku suka. Nape masa dia ada aku x terpikir nak susun balik katil tu ek? Rela aje duk dalam sempit. Tapi skang da ok sket. Walau pun masih kekal dengan perabot yg sedia ada, ada gak ruang untuk solat dan potong baju yg lebih luas. Kalau sblum ni, bila sorang solat, sorang lagi xleh gi memana. Skang da bleh nak berjemaah 3 orang.
Pagi semalam lak, aku gi ofis. Orang lain lepak kat umah ari Ahad, tapi aku sukarela gi ofis. Aku bukannya workholic ke hapa ke. Bukannya kau datang wat keje pun. Malah, weekdays pun aku xde keje kat ofis. Student cuti 3 bulan tuk bagi ruang tuk Khidmat Negara. Kalau ada research, ble gak bertungkus lumus menyiapkan.
Kat ofis pun aku ubah susunatur perabot. Aku rasa, dalam setahun ni, aku dah ubah lebih 10 kali. Kekadang, dalam seminggu 2 kali aku ubah. Bukan susah pun, furniturenya sumenya moveable. Ada roda. Aku pun da bawak radio balik rumah. Roomate aku da angkut sume rete benda dia. radio lak benda yg wajib ada pada malam hari utk aku dgr Hindi Power. Bior lah tak dengar radio kat ofis. TV pun da ckp ok apa. Sampai tak tertengok. Kul 12.30 Asean Delight, 1.30 Cuando Seas Mia, 2.30 Wanita hari ini, 3.30 Edisi Siasat ulangan, 4.00 Opposite Attracts. Tu pun aku dah cukup rasa bersalah menyalahgunakan kemudahan kerajaan. Menghabihkan boreh.
Friday, 2 April 2004
Ari ni bangun mcm biasa. 20 minit da siap2 nak gi keje. Tit tut, aku bukak pintu kete, bukak gear lock dan start. Alamak, x idup! X pe, bukan x pernah jadik. Ari tu ada sekali x idup sbb terminal bateri pecah.Cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi. Memang x leh idup. Mesti terminal negative plak yg pecah ni. Ari tu ganti terminal positif aje. Aku check bateri. Ok aje. Radio idup, lampu idup, wiper idup. Ah sudah! Ari tu sume x idup.
'Sarah, tolong bleh? Kete aku x leh idup la
Tit tit tit Aku bukak msg box.
'Kita x gi ofis. cirit birit
Aduh, selalu sihat je. Time ni lah dia nak cirit plak.Camne nak buat nih. X pe mintak tolong Min plak. Merah pun merah la.
Tepon sana sini mintak tolong, akhirnya housemate aku bagi kad pomen kat Pdg Jawa. Tapi pagi sgt, sure x bukak lagi. Aku naik rumah balik dan sambung tido.
Kul 10am
'Élo yang, apa nama jalan umah tu?
'Jalan ...
'Sib baik x tepon pomen lagi. Kalau x, tak tau nak ckp kat mana umah.
Kul 10.10am
'Tunggu je lah kat umah, jap lagi pomen dtg.
Memang la kena tunggu je, nak kuar ke mana plak, naik apa?
Kul 10.45am
'Élo a, tadi ada itu org telefon kata itu kete xle idup. Macamana?
'Ha, bila stat dia bunyik ketik ketik je.
'Ok, nanti sekejap saya dtg, lu itu seksyen 7 duduk ha. Saya cari la. Kalau x jumpa nanti saya tepon balik.
'Ok ok
Kul 11am
Mana lak pomen ni x sampai2. Mesti sesat nih.
'Elo, lu itu jalan 7/19 a ke 7/14a?
'Alamak, dua2 salah la. 7/xxa la.
'Aiya, itu org tulis salah la. Xpe2 saya cari ha.
Aduh...sesat plak. Buat nya dia charge lebih, naya aje.
Kul 11.15am, lelaki yg terpaksa diundang tu pun sampai. Sempat tepon dulu tu walau aku da terpacak betul2 sblh kete dia. Nak komfem.
Dia pun try start.
'Ini bateri problem ni. Kasi saya check
La... ye ke. ingat kalau radio idup, sume idup, bateri ok lagi. Sejak beli mmg x pernah tukar. Adala dalam 3 1/2 tahun. Kena ganti la tu. Seratus lebih la tu. Mmmm terpaksa lah korban duit belanja mkn. tulah, sape suruh simpan duit bebanyak. Skrg, nak mkn apa? Makan loti lo...
'Tukar bateri bape kena?
'Lu mau bateri macamana? isi air ke, x isi air?
'Ha? Ada gak yg tak isi air? Abis tu isi apa?
'Itu bateri xpayah isi air la, lu x payah jaga.
Wah, best tu. Xyah pikir pasal bateri. Electrical graduate x tau psl bateri??? Tak pernah dgr plak bateri kete yg x pyh isi air. Setau aku, bateri kete mesti yg cam bateri tv zaman aku kecik2 dulu. masa tu tv itam putih yg cam akuarium tu. Bila 'abis bateri' nanti abah antar kedai Hj Rahmat (masa tu x haji lagi) cas bateri.
'Bape harga bateri tu?
'Kalau biasa punye 105 ada, 125 ada. Yg x isi air 140.
'Jap, saya nak tepon dulu.
Nape mesti tepon dia? Bukan dia yg bagi duit? Duit aku, mesti aku nak yg murah nyer. Tapi,...
'Camne ni, nak bateri camne ni. Isi air ke x isi air. Yg x isi air mhl sket, 140.
'Ambik yg x isi air la. Senang.
'Ok la.
Kenapa mesti tanya walau sebenarnya da buat keputusan dulu? Kalau pilih 2 baju, mesti nak tanay, yg mana satu yg cantik. Padahal da buat plhn dlm ati. Kalau dia pilih yg lain, nanti ckp, bukan yg ni lagi cantik ke? Mmmm
'Ok la saya angkat yg 140 punya lah.
'Lu tunggu sini a. Saya dtg dlm 20 minit lagi angkat itu bateri.
Sorang lagi suruh aku yg kete xle idup ni tunggu.
Kul 12 baru sumer settle. Sib baik pomen tu charge sekali arung 140. Tq
Pastu aku sambung tgk tv cite yg da byk kali aku tgk pasal Benjy cacat lepas mak dia mkn ubat2 untuk gugurkan, tapi x gugur. Sedih gak walau da tgk byk kali.
Kul 1pm baru aku gi ofis.
Uh! Penatnya gi keje
Thursday, 1 April 2004
Aku ingat susah la nak buat blog ni.Rupanya cuma memerlukan sedikit kewarasan fikiran aje. Buktinya, aku dah quite berjaya meng'create' benda ni tanpa ada satu hape knowledge pun pasal coding nya. Try n error kata orang. Tapi satu benda yang aku blum berjaya buat masa ni is nak buat link ke page lain. Tengah godeh la ni. Kenapa la aircond kat sini cam x bagi a ku duk lelama. Sejuk cam kat uk. Ceh! Aku x pernah gi uk pun, tp org kata sejuk cam ni lah.
This entry aku dedicate khusus utk 'kawan serasi'aku yg berada kat bp. See!!! I'm not IT blind anymore.