'Kau ada apa2 berita pasal tpm?
'xde
SMS dari kawan aku malam tadi betul betul mengganggu kotak pikiran aku. Lantas aku cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat yg boleh dari kengkawan yang lain. Respon yg diterima agak mengecewakan walau bukan aku sorang je yang tak dipanggil taklimat tu. Aku ada apply untuk biasiswa yg dipanggil tpm ni. Da inteviu pun bulan lepas. Tapi takkan kami2 yang sedia ada kat sini x dipanggil? Nape mesti kebanyakannya orang luar? Tidak!!! Bukan aku sorang...bukan aku sorang. Aku cuba menyedapkan ati. Isnin depan, beberapa orang yg da inteviu bulan lepas dipanggil untuk diberi taklimat tentang program master di German. Masa inteviu ari tu memang kecoh pasal ni. Semua calon ditanya pasal kesanggupan utk buat master di German. Kebanyakannya dgn paksa rela mengiyakan kecuali aku dan beberapa geng aku. Sebabnya, kalau buat master kat local u, setahun da abis. Paling lama 1 1/2 tahun. German nyer program 2 1/2 tahun. Nak belajar bahasa German je da satu keje. Balik balik, gaji sama je, cuma pengalaman yg berbeza. Aku tak harap sangat nak pegi ke sana. Besok2 kalau terpaksa buat PhD lak, aku buat la kat oversea. Kenapa German, tak UK, US or Australia? Alasannya, yuran kat sana da increase. Aku pasrah je lah. Ada rezeki, ada lah. Takde, bukan satu aje IPTA kat Malaysia ni. Tunggu biasiswa ngan tunggu offer master pun sama cam tunggu orang masuk meminang. Tensen!
Kementerian Kesihatan menetapkan tempoh rawatan di hospital kerajaan utk pesakit luar tak melebihi 1 1/2 jam. Aku tertarik ngan kata2 presiden FOMCA dalam MHI pagi tadik, doktor kat hospital tak cukup. Sekarang ni, UiTM nak keluarkan doktor, UKM, UM, USM, UIAM semua da keluar kan doktor. Mana pergi doktor2 nih? Sape telan?
Har har har cakap suka2 ati dia je. Tapi betul gak. Aku pun ada kengkawan yg da jadi doktor. Yang bakal jadik pun ada. Aku rasa, graduan medic ni, abis je belaja, komfem dapat keje kot? Tapi, aku takut gak nak dapatkan rawatan ngan kengkawan ni. Aku da kenal diorang masa sekolah dulu dan tau perangai memasing. Macam tak caya jer...
Ari tu aku dgr satu program radio. DJ ni tanya kat caller tu, dia keje apa? Caller tu kata, tak keje. Menganggur. Ada anak bini pun menganggur? DJ tu kata, Pendatang2 dari luar negara tu boleh dapat keje, napa awak tak dapat? Dia jawab, tgh tunggu la ni. Keje apa? DJ tu tanya. Driver, kata caller tu. Pastu dia tujukan lagu kat wife dia yg tgh berniaga kat gerai (masa tu malam).
Persoalannya, caller tu pemilih sangat ke? Macam graduan2 menganggur seperti yg diwar warkan selalu tu? Kalau driver (aku tak hina, tapi aku rasa keje ni takyah ada degree pun ble dapat) boleh memilih2 keje, graduan macamana plak? Baca kat paper kata negara memerlukan berpuluh ribu jurutera (contohnya) pada tahun sekian2. Tapi, masih ramai graduan engineering yg menganggur. Aku rasa bukan graduan je yg memilih sangat, mak bapak pun sama. Kononnya da 'antar' anak belajar tinggi2, malu la kat jiran n sedara mara kalau keje tak bergaji tinggi. Jgn lupa, anak2 jiran dan anak2 sedara tu pun belajar tinggi gak.
Persoalan kedua, kalau wife caller tu boleh berniaga sampai malam, takkan si suami nya duk umah, tunggu keje je datang melamar? Dunia dah terbalik...
Wednesday, 7 April 2004
Hasil karya AyunasiA pada 11:51 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment