Semalam aku rasa tak selesa dgn mood aku. Akibatnya, aku dah mengecewakan seorang kawan yang menuntut pertolongan. Sorry kawan. Hari ni lebih segar. Tadi aku pegi ke menara. Kononnya nak ambik jubah untuk konvo ari sabtu nih, tapi orang kat sana tak bagi. 15hb ni ada konvo komemoratif yg memerlukan banyak jubah. Kena pegi ari lain. Buang masa tul.
Malam semalam aku mengulangbaca majalah2 yang ada kat umah, entah untuk keberapakali entah.
'Betul gak...
Bisik ati aku bila baca artikel dalam majalah tu. Apa kata aku kongsi sama apa yang aku baca...
Menjaga Keutuhan Cinta Jarak Jauh
Adakah anda sedang kerinduan kerana berjauhan dengan pasangan? Mungkin kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan, anda harus berjauhan ribuan kilometer dengan pasangan. Perasaan ingin bertemu terpaksa ditahan. Itu belum lagi memikirkan pasangan tersayang berada di tempat jauh dan terdedah dengan godaan orang lain.
Walaupun bersedih dengan keadaan begini, namun bukan bererti anda tidak boleh berbuat apa-apa. Jauh di mata tetapi dekat di hati. Ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan cinta jarak jauh.
Menjadi sebuah hubungan yang utuh apalagi jika pasangan yang berada jauh kedengarannya agak mencabar. Satu hal yang perlu anda ingati ialah hubungan jarak jauh adalah benar benar nyata.
Anda memiliki perasaan, emosi, saat indah dan saat getir yang sama dengan keluarga pada umumnya. Yang membezakan hanyalah bahagian fizikalnya shaja. Dan jika itu belum biasa bagi anda, mungkin anada memerlukan beberapa tips berikut:
Beri Sokongan Kepada Pasangan
Ketika tawaran itu datang, sama ada tawaran untuk bekerja atau untuk belajar, tenru anda berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman wanita atau isteri tersayang. Padahal pada masa yang sama juga, anda turut berkongsi kegembiraan dengan pasangan anda kerana kejayaannya. Keadaan ini memang merupakan satu dilema kepada anda. Pelbagai perassan muncul dikala ini terutamanya bagi mereka yang masih belum berkahwin. Mungkin bimbang kekasih hati akan dikebas orang.
Tetapi yang pasti anda tidak mungkin dapat mengikut ke mana sahaja teman wanita atau isteri anda akan pergi kerana anda juga terikat denga pekerjaan. Menjalani sebuah hubungan memang memerlukan pengorbanan yang besar. Bicarakanlah denga hati yang terbuka. Berilah sokongan kepada teman wanita atau isteri anda untuk menerima peluang yang di depanmatanya. Katakan juga kepadanya bahawa jika dia gagal, anda akan tetap mencintainya walau apa juga keadaan yang menimpa dirinya.
Saling Mempercayai Antara Satu Sama Lain
Saling percaya merupakan suatu keharusan dalam menjalin hubungan jarak jauh. Yakinlah kepada diri anda sendiri bahawa anda mampu menyelesaikan masalah keluarga sendirian dan percaya bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya ketika berjauhan dengan anda. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya akan hancur.
Mungkin ketakutan muncul bahawa teman wanita atau isteri anda akan menjalin hubungan dengan orang lain adalah wajar tetapi jangan terlalu berlebihan. Berfikirlah dengan positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama dengan anda. Kalau anda mengembangkan fikiran yang negatif ini hanya akan merugikan diri sendiri dan menimbulkan stress.
Peranan anda sebagai suami adalah menjaga pasangan agar teman wanita atau isteri tidak lupa diri dan menyingkirkan kepentingan anda dan keluarga. Pandai pandailah membawa diri, selalu memberi sokongan kepada teman wanita atau isteri yang akhirnya akan membuatkan suasana lebih mesra dan erat. Karier dan keluarga adalah satu kesatuan, dan bukan merupakan dua kutub yang berbeza berlawanan.
Cuba Untuk Menyibukkan Diri
Selama anda berjauhan dengan teman wanita atau isteri, anda harus membiasakan diri dengan bersendirian seperti menghadapi masalah seorang diri. Untuk membunuh perasaan sepi, carilah kesibukan seperti membuat kerja sambilan untuk memenuhi masa yang terluang.
Membiarkan kerinduan membelenggu diri anda akan membuatkan anda jadi ‘gila’ dan anda malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Cuba olah rutin seharian anda untuk menormalkan perasaan dan membuat waktu berlalu tanpa disedari.
Untuk urusan penting, anda tetap harus berbincang dengan teman wanita atau isteri menggunakan sumber telekomunikasi yang penting seperti telefon, surat, emal dan sebagainya agar kasih anda berdua tetap utuh dan mekar walaupun terpaksa berjauhan dari pandangan.
Hadirkan Si Dia Di Sisi Anda
Kesepian, ya pasti anda akaan rasa kesepian. Namun banyak lagi langkah untuk menghadirkan dirinya dalam kesibukan seharian anda. Misalnya mengingati teman wanita atau isteri dengan melihat dan membuka album foto atau menatap gambar yang sentiasa menjadi teman tidur anda. Namun ada pendapat seorang penulis, David Copeland, penulis How To Succed With Women, mengatakan bahawa jika anda ingin selalu dekat dengan pasangan anda, cubalah untuk mengenakan baju pasangan anda ketika anda merasakan terlalu rindu kepadanya. Kalau anda memakai pakaian pasangan anda, anda akan merasakan bahawa pasangan anda berada dekat dengan anda.
Tuesday, 13 April 2004
Hasil karya AyunasiA pada 11:05 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment