Mimpi Hantu
Korang pernah mimpi antu? Aku pernah tapi masa dulu. Aku pun dah tak ingat jenis jenis antu. Tapi bebarapa ari lepas aku melalu satu pengalamn yang bagi aku ngeri lah. Aku tengah tido, tapi tak mimpi antu. Tapi.............
Aku memang suka tido sambil radio idup. Ari tu aku bukak rancangan Hindi Power cam biasa. Dengar punya dengar, aku pun tertido. AKu tersedar pada tengah malam sambil terdengar sayup2 suara mengilai plus bunyi2an yang mengerikan. Dah lah aku tinggal sesorang dalam bilik tu, dan bertiga dalam rumah tu. Dengar plak bunyik camtu. Saspen gak. Lalu aku beranikan diri membukak mata.
La...... antu kat radio ni ke? Memang sorang DJ radio ni suka buat segmen cite seram. Tak sangka lak arini aku ter 'dengar'. Sejak hari tu, aku akan off kan radio bila tido or, bukak stesen lain yang tak ngeri...
'Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya, bukan mengikut zaman kamu...'
Kat mana ek aku dengar ungkapan nih? Sebenarnya aku nak cite sket pasal zaman aku kecik kecik dulu. Aku mula sedar bahawa aku ni wujud pada sekitar 4 atau 5 tahun. Maknanya aku masih ingat apa yg berlaku masa tu. Contohnya, kameraman pernah datang umah aku, ambik gambar lepas Yasin pempuan (kenduri baca yasin untuk orang pempuan) kat umah aku. Bape ntah umur aku masa tu. 5 tahun kot?
Kata orang anak yang dilahirkan melalui pembedahan kurang pandai. Ke sebaliknya? Aku lahir melalui pembedahan. Rasanya aku sorang je yg lahir camtu dalam kuarge aku. Masa aku kecik, mak selalu sakit. Apa yang aku ingat, mak selalu balik kampung umah nenek dan bawa balik telur ayam kampung. Buat ubat. Masa aku masuk darjah satu, cikgu suka suruh aku mengajar kawan kawan depan kelas. Diorang akan tulis perkataan, pastu bila diorang kuar (baru aku sedar cikgu aku suka mengular...), aku yang akan eja kat depan. Kawan2 ikut la apa yang aku eja. Yang bestnya pernah cikgu Matematik panggil aku ajar kat kelas darjah dua. Seingat aku, masa darjah satu tak belajar lagi darab ngan bahagi. Kat kelas tu aku kena tunjukkan operasi bahagi. Masa tu ramai tengah berdiri atas kerusi. Cikgu tu kata, kalau 10 bahagi 2, lukis dua bulatan. Pastu, kira lah 1 lukis bentuk batang mancis dalam bulatan pertama, 2 dalam bulatan kedua, 3 dlm bulatan pertama lagik sampai 10. Jawapannya, kira ada berapa dalam satu bulatan tu. Kesian budak2 kelas tu kena berdiri atas kerusi pasal tak paham. Hm... jiwa pendidik dah diterapkan dalam diri aku sejak kecik rupanya.. hihi
Arwah mak meninggal masa aku darjah satu. Pada hari tu, aku bertiga ngan kakak aku balik sekolah jalan kaki sebab abah tak jemput. Selalunya abah ambik naik motor. Sampai2 kat umah, takde orang. Jiran kata diorang gi hospital, mak sakit. Memang selalu gak macam tu. Dan selalunya kitorang bertiga akan duk numpang umah jiran sebelah atau depan. Malam tu kitorang duk umah Mak Nah. Tengah malam, ada jiran tu datang beritau, mak dah takde. Al Fatihah...
Aku kecik lagi, tak rasa apa2 pun. Pastu sume orang sibuk2 pgi umah aku, baca Yasin, kuarkan kain batik lepas, (sampai sekarang aku takut nak pakai kain batik lepas kerana sebab nih) bakar kemenyan dan macam2 lah. Malam (agaknya?) tu gak ada yang pegi antar telegram kat kakak aku yg kat UPM dan abang2 aku yg kat asrama. Kata kakak aku tu, dia cuba gak balik malam tu tapi sampai tengah jalan, bas rosak. So, tak sempat sampai b4 pengebumian. Siang ari plak aku tengok ramai orang datang. Yang lain2 aku tak berapa ingat. Yang paling aku ingat bila ada sorang makcik ni panggil aku untuk cium arwah mak buat kali terakhir. Aku pun ikut je lah kakak aku buat. Seingat aku, aku tak de perasaan lagi masa tuh. Gitulah sebahagian kisah zaman kecik2 aku.
Lepas dari tu, Mak Busu yang jaga kitorang. Tu pun tak lama, mula2 je. Pastu, abah yang jaga kitorang bertiga sampai lah aku darjah enam.
Api
Tentu ramai yang lahir2 je dah terang benderang ngan lampu. Umah aku ada letrik masa aku darjah 3. Telefon lak masuk masa aku form 1. Sebelum tuh, umah aku guna lampu pam. Tiap petang kena pasang. Selain utk menerangi kegelapan malam, lampu tu jugak digunakan untuk mengeringkan kasut sekolah. Aku akan ingat sampai bila2 benda ni sebab kasut aku pernah terbakar sket terkena api lampu ni. Awal tahun lak tu. Dah aku kena pakai kasut cacat sepanjang tahun. Cakap pasal kasut, aku teringat camane abah belikan kasut untuk aku. Dia selalunya tak bawak aku gi kedai (takut aku demand kot?) tapi dia akan guna tali rafia dan ukur ikut kaki aku, termasuk kakak2 aku la sekali. Pastu dia belikan lah kasut pakai ukuran tuh. Masa tuh, jenama kasut yg ada macam Ozly, Pallas Jazz, Carefree, BM2000. Tapi selalu aku dpt Ozly je lah. Paling murah. Kalau kasut bm2000 tu kira mahal la, lebih rm20. Aku dapat merasa BM2000 pun masa form 3. Tupun aku guna duit biasiswa. Cikgu yg suruh keluarkan duit biasiswa tu. Dia kata kalau tak keluarkan langsung, kena tarik balik. So, aku apply la nak kuarkan rm25 dan beli kasut. Aku beli kasut tu masa akhir tahun. Masuk form 4 aku masuk asrama dan tak pakai kasut tu sebab kena pakai kasut itam. Akhirnya kasut tu jadi kasut sukan yang aku guna sampai abis sekolah.
Belanja sekolah aku masa sekolah rendah ialah 20sen sehari dan 10sen untuk sekolah ugama. Masa tuh, ada gak la kawan2 yang belanja singgit sehari. Tupun sebab bapak dia ada bisnes sampingan.
Bila mengingatkan kesusahan dulu, aku terpikir plak ungkapan tadi. Macamana aku nak didik anak aku nanti? Takkan masih nak bagi sehari doposen gak? Kena ikut zaman. Dulu air segelas seposen, skrg 50sen. Aku pernah mkn kat kantin sekolah rendah masa praktikal kat Telekom. Kebetulan exchange Telekom tu letaknya kat sebelah sekolah (sebelah Maju Junction sekarang nih) so, pengusaha kantin tu dapat untung lbih la jual mknn kat kitorang. Tapi aku suka gak makan kat situ. Selain murah, kuih donut dia sedap. Kan Min kan???
Tuesday, 13 April 2004
Hasil karya AyunasiA pada 12:13 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment