Wa...double entry arini. Entah2 tripple. Aku da takde keje ni. Sejak duk kat Dungu* yang tak best ni, aku rasa terpisah dari dunia luar. Dahla TV cuma dpt TV1,2,3 je. Aku yang tak pernah tgk TV 1 ni pun dah terpaksa tengok gak. Sume keindahan menonton TV di tengahari dah aku terpaksa lupakan. Cuando Seas Mia kul 1.30 da tak tengok. Nak bc summaries, websitenya tgh under construction. Dapat tengok ari Jumaat and Khamis minggu ke 2,4,5 je lah. Aku selalu gak balik umah member waktu lunch hour, tapi umah dia lak duk bawah bukit. TV 3 je dapat. Pity me.
Satu lagi cite Thailand baru, The Princess. Yang bestnya heroin n hero dia dalam cite yang kau tgk dulu. Sape ntah nama dia. Yg hero tu yang berlakon Sugar n Ice cube. Aku ingat nama watak dia je, Kongphob n Namneng. Kalau tgk hero tu, cam tgk Shah Rukh Khan la. Romantik giler.
NT*7,8*V,Chan*el9... sume ada slot yg best. Tinggal kenangan je lah. Nak psg TV berbyr, tak mampu lak. Mengeluh je lah....
Radio pun sama hampeh. Nak dgr E*A, dlm kete je. Itu pun kat area umah je. Tgh jln tepi pantai mmg tak clear. Ada takde T*R je la. Tu pun radio kat umah pun tak dpt. Dgr dlm kete gak. Sibbaik ada T*R pantai timur. Tapinya, banyak lagu blah sini la plak. Aku ni da la 'alergik'. Da tak dpt le nak dgr Hindi Power kesukaan aku. Drpd dgr noise, baik takyah dgr terus.
Shopping lagi satu tak best. Aku ni bukan la jenis banyak duit n suka shopping. Mcm yang aku cite di awal2 dulu, aku ni kedekut sket. Tapi aku memang suka window. Dlu kat S Alam, tempat favourite aku Bukit Raja, Alam Sentral, Kompleks, Gia*t. Sebenarnya bukan aku suka sangat tempat tuh, tapi sebab takde pilihan lain. Lagipun, tmpt tu je yang ada tmpt parking atas tanah n open pada mata sume orang. At least aku rasa selamat, walau kete rasa tak selamat. Yang penting nyawa aku. Memang sejak kes Canny Ong aku da tak percaya pd parking basement kalau sesorang. Pegi ngan dia pun tak cukup selamat aku rasa. Tgk je kes yg baru hari Merdeka tu. Couple pun kena. Eeee ngerinya. Dunia ciptaan Tuhan ni dah tak selamat akibat perbuatan manusia, yang dicipta Tuhan juga.
Apa lagi aku nak komplen pasal daerah di mana buminya kupijak langitnya kujunjung ni?
Makan pun tak banyak pilihan yang best. Banyak pilihan, tapi tak best. Aku rindu car boot sale/pasar tani Shah Alam. Aku nak makan popiah basah SS A*i, laksa Penang n mi kari, char kuey tiow Sek 25 (da tutup tp ada branch kat Alam Sentral), Nasi Paprik Sek 2 (Seri B*nga), Nasi Lemak Sek 2, mi goreng mamak Khu*afa Sek 7, Ikan bakar, kerang bakar BBBangi (Sa*irah) dan banyak lagi. Kat sini susah nak jumpa ikan sungai. Takde ikan keli, sembilang dan ikan kesukaan aku, patin. Kalau ada pun, ikan patin masak asam. Aku da makan sekali, taknak lagi. Tak sedap. Tak rasa ikan air tawar. Mahal. Kalau kat SA aku akan beli ikan patin kat Gia*t tiap2 minggu. Sekor baru 3/4 inggit. Masak asam pedas. Ada tempoyak, lagi kick.
Pernah makan kerang goreng? Tiap kali gi B Pahat, aku mesti makan benda ni. Sedap wa cakap lu. Selalunya orang gi BP mesti mkn nasi beriyani, kan? Aku lak tak pernah lagi. Org kat sana mkn beriyani utk brunch la... Tengahari pun da abis. Muo lak memang terer ngan mi bandung nye. Hmm... nape Dungu* tak mcm tu??????????
Thursday, 16 September 2004
Hasil karya AyunasiA pada 1:04 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment