Aku dah abiskan silibus minggu ni. Maknanya aku dah ble cuti sebelum aku menyibukkan diri jaga student exam bermula 3 Oktober ni. Aku nak cuti next week. Ari Khamis aku nak ke Batu Pahat. Diam tak diam dah makin dekat hari keramat aku. Kalau kira hari ni, lagi 101 hari lagi. Banyak urusan nak kena buat mulai sekarang sebab aku ni jauh di perantauan. Bukan senang nak buat urusan waktu ofis hour. Apatah lagi benda tu takleh dibuat di cawangan lain.
Tapi, sebelum balik aku kena settle kan tests untuk student aku. Aku ingat, abiskan silibus, pastu ble buat revision ke. Tapi, student aku yang mcm terror ni lak yang kata nak study sendiri. " Nanti kitorang tak paham kitorang jumpa cik la..." Aku tak kisah kalau diorang ni ok-ok je cam aku waktu belajo course ni. Aku memang suka menghafal. So, memang aku langsung takde masalah nak score. Tapi diorang ni, dah la malas; datang kelas, baca, hafal, tanya. Apa boleh aku buat?
Pastu. aku kena antar statistik attendance diorang. Sape tak datang > 30% takleh ambik exam. Kejam ke aku nak biarkan je yang tak layak masuk exam tu? Yang pastinya diorang akan masuk kelas aku lagi semester depan. Hmmm... sepatutnya memang patut pun yang malas bangun pagi ni terima balasan yang setimpal. Kebetulan memang exam utk paper tu pagi 3hb. Dah kelas pagi pun malas datang, takyah lah datang exam gak. Ok la kan?
E'eh student ni. Dia jenguk bilik ni, tanya kawan aku sorang tu ada tak. Aku kata takde, dia melilau mata cari. " Awak ingat dia nak menyorok ke? Saya kata takde, takde la..." Eh, garang ke aku?
Ok la. Aku nak gi print soalan test la. Sabtu ni cuti. Kang tak sempat lak nak fotokopi. Yang tak best nya kat sini, takleh guna mesin xerox sendiri. Ada sorang pakcik ni yang ditugaskan buat keje ni. Tupun, untuk tujuan rasmi je. Nak potostet personalnyer, kena beli kad rm2 rege nya. Satu copy, 5sen. Cam SMS Ce*com. Kira mahal la kalau nak copy banyak, kan? Takle la orang suka2 copy kad jemputan kawin cam kat induk dulu.
Ok...
Thursday, 16 September 2004
Hasil karya AyunasiA pada 10:11 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment