Waaaa best nyer cuti seminggu. Sebenarnya, student yang cuti mid semester, tapi aku lak yang over cuti lebih dari diorang. Ari Khamis 5hb Ogos kul 7 pagi aku dah bergerak dari rumah. Sebenarnya aku plan nak gerak kul 6 pagi. Taknak layan lori yang banyak kat Kuantan. Tapi jam plak tak bunyik. So, terpaksalah jugak harung traffic orang nak gi keje, tapi takde la jammed. Cuma banyak kete je atas jalan. Dah dekat sampai Kuantan, jammed. Ingatkan jammed biasa, rupanya ada lori melintang kat tengah jalan. Cuba korang bayangkan, jalan dua hala. Satu lori treler yang panjang giler terlepas jln dari Kuantan nak masuk ke pelabuhan. So, dia cuba masuk ikut jalan dari arah bertentangan punyer susur masuk. Maknanya dia kena buat pusingan almost 225 degree. Makanya, maybe masa dia tgh buat stunt tu, tak lepas la pulak, so kena undur sket. Masa tu jugak la enjin dia mati dan takle idup balik. Maka, melintang la lori yang besar gabak tu kat tgh jalan. Sibbaik masa aku sampai situ, kejadian baru berlaku dan aku tak berapa jauh dari situ. So, aku ikut je la kat celah2 lori lalu bawah pokok. Beberapa org pemandu lori cuba mengawal trafik sementara menunggu polis sampai. Bila dah lepas tu, aku tengok kenderaan dari arah Kuantan tersangatlah panjang berbaris. Nak aje aku berenti bagitau, " Encik, janagn ikut jalan ni. Depan tu jammed. Baik encik masuk jalan bandar." Tapi aku tak lah se skema tu. Aku pun nak cepat gak.
Aku tak pernah lagi balik sejak sampai sini, so aku tak la ingat sgt jaln yg aku lalu ms datang. Lagi pun bukan aku yg drive aritu. Makanya, bila nampak kat batu jln tulis Kuala Lumpur sekian km, aku pun gabra la. Buatnya aku jalan terus sampai jumpa KL, takke naya. So, aku decide utk ikut jalan bandar. Aku da familiar skit jalan kat situ. Skit je. Da sampai bandar, lagi la kalut, takde signboard yang tnjk jalan ke Muadzam. Last2 aku turun tanya kat org jaga parking. Silapnya aku tertanya jalan ke Pekan, so dia tnjk jln g Pekan la. Aku pun....
Makanya, aku pun ikut la jln Pekan. Maknanya aku dah ikut jln jauh la. Sepatutnya aku ikut jln KL Gambang. Tiba Caltex, baru belok ke Muadzam. Oleh sebab dah dekat ngan Pekan, aku proceed je lah. Tiba Pekan baru aku masuk jln Paluh Hinai. Punye la sunyi jln tu. Bila dah agak2 20 minit jln tak jumpa eapa, aku pun berenti kat satu warung kopi, tanya kat sorang pakcik jln ke Muadzam. Betul lah ni, nak. Nanti jumpa simpang 4, belok kiri ke Muadzam. Jauh legi ke pakcik? Dalam 18 batu. Adush... AKu dah rasa nak patah pinggang da ni. Sabo... jalan terus.
Sampai Muadzam, aku berenti isi minyak n gi toilet. Punya la kotor n busuk. Da tiba situ, aku da lega la. Aku biasa sampai Muadzam je. Kakak aku ada duk kat situ. Sampai Segamat dah kul 12 lebih. Ingat nak singgah tgk kain kat Jak*l, sekalinya kena cari kupon parking. Ah... baik tak payah. So, aku pun terus ke Yong Peng. Jalan kat situ tgh renovate. So, banyak la rintangannya. Lambat gak aku samapai Yong Peng. Tiba situ, teringat Lu*ky Garden. Dulu kalau naik bas, mesti berenti kat ctu. Aku selalu beli naget ikan, tapi aku tgk dah banyak berubah. Da takde pun naget tu. Sampai BP lebih kurang kul 3. Fuh! 8 jam???
Thursday, 19 August 2004
Hasil karya AyunasiA pada 4:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment