Dah masuk 3 weeks aku kat cni. Dari satu sudut, aku rasa dah stable. Tapi dari sudut yang lain, perasaan tak senang masih menghantui. Dah lah urusan perpindahan aku tak settle2 lagi. Tak le nak buat claim lagi. Aku boleh buat claim perpindahan, mileage, lodging. Tapi kena kekal kat sini at least setahun. Aku pun tak kose nak pindah randah 2-3 kali. Duk lah selagi orang nak kite. Dah abis kontrak sok, aku pikir la lagi.
Hari Rabu, 28 Julai, dekan dan timbalan2 nya datang melawat kitorang. Diorang nak melawat kampus ni. Apa, diorang ingat, dengan mengunjungi kitorang kat cni, ble membahagiakan kitorang? Tidak bagi aku. Tak tau la orang lain. Kitorang 7 orang je kat sini. Permanent 2 orang, kontrak aku sorang, yg lain FTPT.
Masa perjumpaan dengan student, sorang student ni tanya dan bagi cadangan, kenapa tidak lecturer yang dihantar ke sini, lecturer yang berpengalaman? Yang ada sekarang ni, sumernya baru2 belaka. Bukan baru sebenarnya, muda2 belaka. Entah lah, kenapa aku rasa begitu kecewa dengan soalan tu. Aku tau la aku tak berpengalaman luas. Tapi setakat nak ajar diorang, boleh lah. Bukan aku tak pernah belajar cam diorang. Masa belajar dulu, tak kisah pun sape yang ajar. Boleh jer! Ni, nak komplen plak. Yang aku sedih sangat tu, pasal yang tanya tu student yang aku ajar pun. Eeee tak pasal2 aku dah aim je budak tu.
Tuesday, 3 August 2004
Hasil karya AyunasiA pada 11:07 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment