2 hari 2 malam aku tinggal kat umah tamu. Bila aku gi balik umah tu semalam, nampak ngeri je. Ari tu, aku duk situ, selamba aje, buat2 berani. Aku buking duk situ 2 hari, so, hari isnin tu, aku mesti keluar, what ever any how. Pagi, aku call sorang akak ni, tanya pasal umah sewa dia. Alhamdulillah, dia bagi duk umah dia sementara sebab 10 minit b4 aku call, dah ada sorang loyer dah buking nak duk next week. Aku cuma lambat 600 saat! Tengahari, aku balik umah tamu, angkut sume barang n gi bayar sewa, rm30 a day. OK la. Lepas ofis, aku ikut akak tu gi umah dia. Ok la umah dia, teres setingkat, 3 bilik. Bilik pun besar. Cuma takde furniture. Takpe lah. Kat opis dulu, tido atas ABC pun nyenyak jer. So, bermula lah aku duk kat umah tu malam tu. Sedih, pilu rasanya, macam masa kena hantar hostel masa form 4 dulu. Rasa nak balik jer. Lepas hampir seminggu, aku tanya balik pasal loyer tu, akak tu kata, dia dah kensel kan buking dia. Baik duk ngan rakan yg seperjuangan, daripada yang tak tau apa2. Walau pun aku tak kenal dia pd asalnya, kami satu tempat keje. Senang kira. Pastu, dia bagi aku duk free sampai hjg bulan. Maknanya aku cuma bayar start bulan 8. Time kasih Kak Yan! Sewa kat situ umah teres ke, semi d ke, banglo ke, area 350 onwards. Kalau kat Shah Alam, jgn harap! Walau pun mampu duk sorang, at least selamat sket kalau duk berdua.
"Kau tak pekena air jagung lagi, Asia. Kaualu kau da pekena, mesti kau suka duk sini."
Itu kata kawan2 aku kat sini. Diorang pun baru sebulan kat sini. Tapi, aku dah minum air jagung, bungkus bawak balik. Takde apa2 perubahan pun pada persepsi aku terhadap Dungu(n) ni?
" Itu kau minum sesorang. Cuba minum ngan kitorang."
Aku belum minum ngan diorang lagi setakat nih. Tapi aku rasa, air jagung takkan menjanjikan apa2 pada kebahagiaan aku kat sini. Kalau memang asasnya tak suka, sampai bebila tak akan suka punya lah. Aku bukan tak suka UiTM, atau Dungun, tapi negeri TERENGGANU secara keseluruhannya. Sebabnya, hanya aku, dia dan Dia aje yang tahu.
Dua perkara yang merunsingkan aku pada kali pertama sampai ke sini
i) Rumah sewa
ii) Subjek yg nak kena ajar
Masa diarahkan ke sini, Dekan kata aku kena ajar 2 kod. Tapi bila sampai sini, 3 kod. Tambah lak, jadi koordinator projek student. Kerja banyak, gaji sama jek! Kat Shah Alam, keje rilek, berbaloi gak. Eeeee tak best! Tak best!
Masalah pertama dah settle, masalah ke2, dah hampir settle. Ok lah...
Banyak lagi nak cite. Sambung lagi...
Monday, 2 August 2004
Hasil karya AyunasiA pada 4:31 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment