Hari jumaat seminggu kemudian, kami dijemput menghadiri welcome party. Alorrr kena pergi ke? Aku ingat party untuk encik suami jer. Lemah betul aku bab2 nak bersosial nih. Tapi dah namanya pun party untuk meraikan kedatangan kami, takkan lah pulak kami yang takde, ye tak? Kalau kat tempat kiter, yang nak pergi tu yang diraikan. Ini terbalik kot pulak. Tapi takpe jer. Dah budaya kiter camtu. Best jugak. Dapat makan nasi arab hehe.
Sebelum majlis, sensei dah interview encik suami, apa yang boleh dan tak boleh makan. Susah jugak nak jawab sebab musabab tokleh makan dan minum. Tambah menyulitkan keadaan ialah bila mamat turki tu selamba je makan dan 'minum'. Siap derang tanya, kenapa mamat turki tu boleh minum, tapi kami tak boleh? Hah! Sebenarnya nak jawab, itu bergantung kepada sekuat mana pegangan agama masing-masing. Sekuat mana kita mengamalkan Islam tu. Tapi tak tau nak terangkan macamana hahaha. Haih... agak kesal jugak lah aku sebab dia mamat turki. Bumi Sultan Muhamad Al-Fateh! Tiba2.
So, petang tu lepas isyak, aku pergi sendiri ke lab. Party tu dibuat di lab derang. Tempat derang present hari sabtu aritu. Encik suami tunggu kat sana jer. Ok, tengok gambo je lah. Citer melalui gambo lagi senang.
|
Nak masuk, kena tanggalkan kasut, pakai selipar. Rasanya kat mana2 tempat di jepun pun macamana ni kot. Ye lah, nak masuk fitting room pun kena bukak kasut ok. Very the pembersih derang nih. Tapi bagus jugak, kompiden sket nak solat kat dalam tu hihi. |
|
Mamat tutor yang blur itu. Aku ingat dia cakap english jer slow, rupanya cakap jepun pun slow jugak. Haih... master student nih tau. |
|
Haaa yang baju biru tu lah mamat turki tu. Henskem tak? hahaha. |
|
Untuk kami air oren dan teh. Aku tengok air derang je pun aku dah pening2. |
|
Menu nya ialah sushi. Belasah je lah. |
|
Awek tu tengah demo kekdah menggulung sushi. |
|
Tapi nasi dia sedap, manis2 gitu. |
|
Tekun belajar makan sushi. |
|
Cer cer cer. |
|
Ni pulak derang menghadiahkan 'minuman' yang derang beli dari okinawa. Derang gi melancong ke sana masa cuti sem aritu. Terus aku teringat citer meteor garden hihi. |
|
Sensei suruh terangkan pasal 'minuman' tu. Sorang pun tak geti cakap omputih. |
|
Yang ni pulak kena terangkan. Yang baju hitam belakang tu dari china. Husband dia phd student jugak kat sini, tapi lab mechanical. Dia ada baby umur 5 bulan. Bersalin kat sini. Semua orang tak tau dia pregnant masa tu. Sekarang baby tu kat china, parents dia jaga. Next year baru nak bawak sini dengan parents2 sekali. Bila ditanya, tak sedih ker baby takde? Dia kata masa baby tu dibawa ke china tu, kecik lagi, so tak sempat nak feeling2 sangat. Boleh? Sibuk sangat kat sini kot, tu yang tak sempat nak layan perasaan ke haper. |
|
Merah padam dah muka derang ni. |
|
Kami dan sensei (sv encik suami) dan labmate yang agal metrosexual kikiki. Baru dapat promotion ke AP tu. |
|
Melayan gambar2 yang ditangkap malam tu. |
|
Ucapan dari encik suami. Cakap jer broken2 pun, bukan derang faham pun hahaha. |
|
Sensei memaksa si kito ke hadapan untuk bercakap. |
|
Closing speech. Pemalu ke haper tah mamat ni. Aku pulak yang risau hahaha. |
|
Eh, untuk aku ke tu? |
Dan party pun tamat. Sekian.
5 komen:
hahaha.. ingtkn buat parti taperware..
Simple je mkn2 party diorg nie yea....
susah jugak nak menerangkan 'halal haram' bila depan mata ada Islam yang main belasah je
nazayiena: a'ah... takde lah kekok sgt.
irfa: tapi dia mcm segan2 jugak lah hihi
Post a Comment