BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 1 November 2013

Autumn Bazaar


Hari sabtunya pulak, ada bazaar jualan barang2 terpakai yang dianjurkan oleh persatuan pelajar antarabangsa. Setahun 2 kali derang buat bazaar ni. Lagi satu masa spring kot. Antara barang yang dijual ialah perabot, barang elektrik, pinggan mangkuk dan basikal. Tapi kali ni ada 2 biji jer basikal. Tu pun dia buat cabutan bertuah. Saper yang terpilih akan dapat beli basikal tu dengan rege 1000yen = rm34. 

Malam sebelum masa balik dari party aku dah nampak perabot2 yang nak dijual, diletak kat bawah bilik aku. Ada kabinet, meja, rak, gitu je lah. Cantik jugak kabinet tu, dalam 1000yen jugak regenya. Tapi aku belum memerlukan lagi. Nanti bila nak pindah rumah baru beli lah kot.  

Pagi tu encik suami turun beli tiket nak masuk yang berharga 300yen. Sekali tengok... nah ko! Sikit punya panjang.


Dah tau barisan panjang, aku pun malas nak turun. Dah dekat baru aku turun hihi.





Dah beli tiket, kena beratur nak masuk pulak. Tiba giliran masuk, barang pun dah habis huhuhu. Ingat nak beli barang elektrik ker. Takde rezeki lah nampaknya. Pastu encik suami ajak beratur kat tempat pinggan mangkuk sebab derang nak bagi free beberapa benda. Beratur lah lagi.

Memula kami ambik pinggan2 gelas2. Orang lain ambik satu dua jer, tapi aku, asal cantik je aku ambik. Kata free kan... Ini lah hasilnya. Satu persatu dia balut dengan kertas. Lenkali aku tunjukkan yang siap disertu.

Kendian turun tingkat bawah, ada futon. Dia suh ambik jer. Aku pun ambik je lah ngan selimut2 nipis sumer. Siap dia cakap, yang ni untuk summer, yang ni untuk winter, yang ni untuk spring. Sudahnya, hah, semua aku ambik. Pastu dia tolong ikatkan. Elok lah tu, boleh aku buat ampai tali tu huhuhu. Sekarang tengah pikir, cemana nak basuh??????????????

Yang corak ni aku ambik dua. Sorang satu sebab kecik je futon ni.


Yang ni dapat satu jer. Cantik pulak tengok dalam gambar ni.

Ok, itu je hasil dari jualan autumn bazaar kali ini. Selain ini, kami juga ambik sekaki payung. Tu pun nyaris nak ambik carpet, tapi pikir2 tak tau nak letak kat mana, tak jadik lah. Lenkali lah yea... Time balik tu, tengok derang dah umumkan pembeli basikal bertuah. Jelesnyaaa...


6 komen:

Nazayiena Ayiena said...

Bestnya ada jualan camtu kat sana....

azira aziz said...

Futon tu slalu dobi je basuh.. Kalau xmau hntr dobi buatla sarung futon.. Hehe asia kan pandai jahit.. Ktorang balik msia aritu tmph kat tangkak sarung2 futon semua...

AyunasiA said...

nazayiena: best nyer awal dan akhir. awal sebab dpt beli macam2. akhir sebab ada freegift hihi

AyunasiA said...

azira: tak jumpa lagi dobi kat mana. buat sarung macam menarik, tapi... nak jahit pakai apa??? kena cari mesin jahit dgn segera ni. baru pun baru lah...

azira aziz said...

Nampak gaya nye gitu la kena beli baru jugaka tu huhu.. Takpo nnti kalo tanak bwk balik leh jual balik kat kedai ke online ke... Nnti da de mesin jahit leh bisnes jahitan huhuhu 😁

AyunasiA said...

zira: tapi nanti mesti sayang nak jual. sentimental kunun. takpe lah, mmg takde mesin portable pon. tak pikir lagi nak bisnes jahitan sbb tak geti jahit benda lain selain baju huhuhu.