Monday, 11 November 2013

Bab Ini Bagi Membincangkan Tajuk Toharoh


Ok ni entry pantas. Ingat lagi pinggan mangkuk yang aku dapat dari autumn bazaar aritu? Haaa dah siap sertu barulah aku boleh tayang. Kang ada yang skeptikal kata aku tak mengamalkan toharoh pulak kan. :-p

Maka ini lah dia bendanya yang berjaya aku kutip. Encik suami yang suh ambik bebanyak ni, padahal tak guna pun. Belum berguna. Sajer nak bagi gerobok tu konon penuh dan berkilau.

Sebahagian daripadanya. Bayangkan lah berapa kali 1,2,3,4,5,6, 6 lagi aku kena kira...

Tadaaa... Benda alah macam bakul tu pun termasuk tau. 

Semua gelas2 ni berat dan tebal. Aku suka yang leper tu, konon nak buat puding dalam tu hihi.

Dua jenis piring fevret ku sebab dia berkilauan.

Tetiba ada satu piring yang kekuningan. Encik suami yang beria suh ambik. Macam berlumut je aku tengok. Tapi maybe memang kalernya cenggitu.

Dah, itu jer. Benda free, kiter ambik je lah kan. Kalau kena bayar memang tak pasal la aku nak beli. Tapi kebanyakan benda ni harga asalnya sebelum di let go ialah dalam 20-50 yen sahaja. Tapi kalau dah darab 30 ketul, jadi banyak lah jugak kot. Sekian.

3 komen:

eita said...

Diaorg mmg jenis pakai kaca eh? Bestnya! Plastik byk digunakan tak?

AyunasiA said...

tak jugak. ada je plastik... tp tak jumpa lagi plastik tauhu panas. bungkusan mcm polisterin tu pun jenis plastik. tp kalo bungkus ikan kat supa tu ada la tapak polisterin.

Shila said...

cantiknya...suka