Wednesday, 6 November 2013

Tiga Hari Tiga Stesen

Lepas habis bazaar, petangnya kami keluar pergi Yagoto. Memang takde mende kat situ, tapi ada aeon. Semua aeon aku nak try hihi. Kat sana lah aku terjumpa pencuci muka aku tu. Lupa lak apa yang aku beli kat situ. Bantal kot. Bantal tu ada 4 ketul asalnya. Memula aku ambik satu, kononnya encik suami takmo bantal la. Sanggup guna bantal seco'et tu. Sekali bila aku nak ambik lagi satu, ada satu couple pakcik makcik ni dah hangkut lagi 3 ketul. Ceh! Tapi takpe lah,mesti ada kat aeon yang lain kan. Mentara tu aku beli kain lagi sikit sebab yang beli semeter aritu tak cukup. Tapi tak jumpa corak yang sama. Beli je lah sipi2 pun. Bukan orang tengok pun. Lagi pun ok jugak campur2 corak.

Hari tu juga aku terlupa bawak beg shopping. Masak lah kena bahan. Nama pun terlupa, kan?

Besoknya pulak, kami keluar lagi. Kali ni ke nak ke sakae. Katanya tempat ni happening. Apa yang happening, aku pun tak tau. Ramai giler orang hari ni. Sampai nak beli tiket kat stesen medai ni pun kena beratur dekat 30 meter. Oleh kerana ni dah kali ketiga naik subway, kengkonon dah tak payah kira stesen dah. Bila dengar dia sebut sakae je, dengan kompidennya kami keluar. Sekali baca signboard, shinsakae la pulak. Aiyok... ada shin di depan shu pulak kat depan sakae tu. Nak masuk balik dah tak sempat. Eh, bukan tak sempat, tapi malu hahaha. Malu tak bertempat. Maka tunggu lah train seterusnya. Tah pape. Rupanya stesen sakae tu selepas stesen shinsakae ni jer. Kot jalan kaki pun boleh. 

Ini lah peta rangkaian subway di nagoya.

Keluar je dari stesen sakae, tah kami keluar pintu mana tah. Main terjah je. Alah, tak jauh beza pun kuar pintu mana pun. Kuar2, terus ternampak logo bookoff. Terus lah masuk kat situ. Berpusing2 jugak lah nak mencarinya. Agaknya bookoff ni asal kejadiannya kedai buku terpakai kot, tu yang nama nya 'book'off. Tapi lama kelamaan semua benda terpakai pun dia jual. Kat cawangan ni banyak handbag, buku, toys dan pakaian.

Shelf untuk buku je ada 5 rows kot. Banyak giler. (gambar blur sebab snap sambil pura2 guna henfon)

Sorga manga. 

Entah buku apa agaknya ek? Oh, baru terpikir, entah2 ada buku jahitan kot kat sini? Lenkali nak cari lah. Konon tak pandang la buku2 ni sebab bukan boleh baca pun. Tapi kalau buku jahitan, mesti banyak gambar kan. 


Bawah bookoff tu pulak ada daiso. Alaaa sama macam kat mesia jugak. Kedai 100yen la jugak. Cuma ada juga certain benda yang tak 100yen, tapi dia letak tanda harga. Kalau takde tanda tu maknanya 100yen la.

Keluar dari kedai2 tu, baru perasan yang kat tempat aku keluar dari stesen tadi rupanya ada shopping complex. Kebanyakannya designer boutique. Dan jalan kat sepanjang sakae ni ditutup pada hari ahad untuk memudahkan kiter shopping. Bukan aku lah tapi. Pengsan-bangun 10 kali pun belum tentu dapat beli. Takat cuci mata boleh lah.


Ada butik hermes.

Chanel.


Mereka bebas berjalan kerana jalan ditutup.

Lepak sekejap kat luar. 

Ada yang berfesyen.

Ramainya oranggg!



Sepanjang2 jalan ni ada butik2 designer.

Panorama.

Kat setiap stesen ada banyak majalah2 free. Biasanya iklan2 rumah sewa, jobs vacancy dll. Aku suka ambik yang sewa rumah sebab kertas dia glossy dan sesuai dijadikan alas kopek bawang hehe. 

Ada tv tower kat situ. Kot.

Ada yang open table lak kat tengah jalan tu.

Senang sikit nak melintas...




Jauh jugak lah kami berjalan tu. Time nak balik, dah kepenatan dan kelaparan. Kenapa lah susah sangat nak cari makan. Tak perasan lak kedai kebab kat sini.

Hari isnin pulak ada cuti sports day. Kalau ikutkan, derang takde lah cuti2 ni. Weekend pun kena pergi lab kalau kerja tak siap. Tapi sementara belum sibuk ni, kami mencutikan diri lah juga. Lagi pun sensei yang suruh jalan2 gi castle cuti 3 hari ni hihi. So, hari isnin tu kami keluar lagi. Kali ni kami ke aeon nagoya-dome lagi. Rasanya setakat ni aeon situ agak kena dengan citarasa aku hihi. Kalau dikira2, ada dekat RM100 kot tambang subway utuk 3 hari ni jer huhuhu. Boleh bankrupt!

Dah nak datang.

On the dot.


Kali ni jugak, kami lalu fly over untuk ke aeon. Lagi mudah, takyah lintas2. 



Ropanya kat sini baru nampak dome nya.



Aku dan nagoya-dome.

Dah, tu jer.

0 komen: