Bermula 22 Oktober yang lalu, aku telah pun enroll dalam kelas bahasa jepon yang dianjurkan oleh pihak uni dan ditaja oleh Sakae-Lions-Club. Yuran pendaftarannya 10,500 yen sahaja. Kelas berlangsung setiap selasa dan khamis jam 10-11.30 pagi. Dia ada 4 kelas mengikut stage. Aku dah semestinya lah masuk kelas 1 sebab masih zero lagi. Maknanya makan 2 tahun jugak lah kalau nak sampai kelas 4 tu kan. Tengok lah dulu. Kalau takde pape nak buat, aku gi je lah kelas tu sampai habis ek? Senang sikit nak berurusan dengan orang jepun ni kalau pandai cakap bahasa dia.
So, hari pertama tu ada majlis perasmian sikit. Beberapa orang dari lions club tu turut hadir. Memula ucapan dari wakil persatuan pelajar antarabangsa.
Ni pengerusi persatuan pelajar antarabangsa rasanya. Lupa dah. NUFSA yang dia tulis tu ialah nama persatuan. Derang lah juga yang ajurkan autumn bazaar itu hari. |
Kendian encik ni pulak berucap. Akauntan dari lions club. Boss derang tak dapat datang, katanya. |
Pempuan kat sebelah dia tu translator dia. |
Kemudian, mereka pun balik. |
Pastu kami pun bayar yuran dan dibahagikan mengikut kelas.
Buku ni diberi percuma. Buku terpakai kot. |
Selepas belajar memperkenalkan diri, kelas pun tamat. Sekejap jer. Sejam setengah je kan. Insya Allah, aku akan kongsikan serba sedikit apa yang aku belajar dari semasa ke semasa.
Pelajaran hari ini :
Watashiwa Ashia desu. (desu tu sebut des je, u tu tak bunyi)
Saya Asia.
Malaysia kara kimashita.
Datang dari Malaysia.
Dozo yoroshiku onegaishimasu...
Terima kasih atas kesudian anda kot hahaha... hantam jer.
p/s derang banyak guna perkataan desu di hujung ayat. macam orang kelantan cakap deh ek? hihihi. aku rasa samada orang jepun terpengaruh dengan orang kelantan atau sebaliknya, masa derang masuk ke tanah melayu ikut kota bharu dulu kot hehehe.
9 komen:
blogwalking.. nice blog :)
visiting me back
hudakassim.blogspot.com
Bestnye dapat belajar bahasa jepun...nanti update lagi ek pasal kelas tu..boleh tumpang belaja..:)
nak tumpang belajar jugak :)
sis, kalo bleh nak mintak sis boh tulisan kanji die skali. sambil2 bljr sebutan ikut romaji tu..bleh bljr tulis kanji die jugak.hehehe
;)
Shila : sket2 boleh la... merangkak2 lagi ni ha.
nahchan : belum sampai ke kanji lagi. baru nak masuk katakana. hiragana pun tak pass lagi huhuhu. kiter belajar sama2 ek...
Bestnya belajar bahasa jepun,nanti klu dah pandai senanglah nak berkomunikasi dgn org2 jepun.
jepun dan kelantan ada kaitan kot
hahaha
Bestnyaaa. Dok bangkok dlu..x dan masuk kelas. Blaja dgn org2 kt pasar n husband je. Btw..nice blog sis :)
www.solusihat.com
khairiah hameed: best la tapi susah nyerrr bahasa jepun ni. poning!
awak adik daus ek?
Post a Comment