Saturday, 2 November 2013

Blender dan Roti


Lepas berjaya membeli dengan jimat di kedai 100yen dekat jusco aritu, langsung aku terlupa tujuan asal nak beli blender. Dah lah dah nak raya haji kan. Caner la aku nak masak rendang kalo takde blender. Tapi masa aku tengok blender sebelum hakak tu muncul, aku dah berkenan kat satu blender bertajuk topvalu ni. Topvalu ni kira brand jusco la. Tapi model yang aku nak tu takde stok pulak. Ada yang serupa, tapi lagi mahal 1000yen. Pelik jugak aku, apa bezanya sampai berbeza sampai 1000yen? Tapi oleh sebab tak jadi beli, malas lah aku nak siasat sampai habis.

Sekali petang jumaat tu, (hari yang ada party tu), encik suami balik membawa blender. Yeay! Beliau beli yang rege lagi mahal 1000yen. Rupanya memang lah sama sebijik sebijon jer dua2 tu. Bezanya cuma yang murah tu takde blender kering. Laaa itu lah yang penting sekali. Kan aku takde lesung kan. Maka blender kering lah yang paling berjasa sekali. Okeh, dah ada blender ni, boleh lah aku masak asam pedas dengan jayanya.

Kat jusco je aku jumpa telur kulit ceklat. Tempat lain sumer telur kulit putih. Tapi aku suka la telur kat sini. Tak tau kenapa. Sebab telur kuning dia besar kot hihihi. Susu coklat van houten tu sedap. Rasa coklat van houten la.

Blender ku. Kat sini kebanyakan blender dibuat dari kaca. Nak jumpa yang plastik memang payah. Rasionalnya kaca tak meninggalkan bau. Kata hakak jepun aritu. Betul jugak ek?

Roti yang boleh dimakan. Tapi sebungkus ni ada 8 keping jek, tapi besar dan tebal. Memang kenyang makan 2 keping je pun. Tapi roti dia tak tahan lama. 2-3 hari dah expired.


Dan roti ni. Tu pun jenis yang kosong je boleh makan. Yang inti2 krim sedap2 sumer tokleh. Kena buat krim sendiri lah yea... A'ah ek, kan senang je buat krim tu kan? Bila la aku nak beli oven...



6 komen:

Anonymous said...

Teringin jugak guna blender kaca...

-Saya Anon haritu yg first time bg komen haritu..nama saya Shila..tapi saya takde blog yg aktif ...insyaAllah dah ada blog nant sy inform...

AyunasiA said...

shila: kena berhati2 nak basuh yang kaca sebab takut terlepas dan pecah. tapi bagusnya warna dan bau tak melekat.

lenkali sebelum post komen, kat choose identity tu pilih Nama/URL. boleh tulis nama kat situ. tak perlu pun bagi url.

Shila said...

oo ok Asia..tq..saya ni mmg tak reti pasal blog ni..hehe..

betul tu...itu la kelebihan blender kaca..:)

Irfa said...

dulu aku ada satu blender kaca
sayang sangat..jenama panasonic kalau x silap..blender kering dia bgus sgt.tp itulah, buatan kaca
akhirnya 'arwah' dlm majlis knduri
banyak sgt tangan

AyunasiA said...

shila: good girl hehe

AyunasiA said...

irfa: setakat ni mmg berhati2 menggunakannya. tapi mmg best kan?