Wednesday, 20 November 2013

Ke 0tsukaya Lagi Walaupun Tak Kaya


Ok lah, aku tunjuk gambo kedai kain la. Kali ni aku berani ambik gambo sebab aku ada beli kain. Takde lah rasa bersalah sangat. Eh, ke memang tak salah ek? Lantak lah. Oh, dan kain2 yang aku beli tu telah pun selamat sampai ke yayu. So, sesiapa yang nak tengok2, windows-vista shopping, sila email aku untuk aku bagi link blog lagi satu tu. Ya, blog batik aku dah defrost yor! Tapi aku dah tukar url nyer. So, sila email ok? ayunasia@yahoo.com. Tiba2 promote kan...

Eh, aku pernah cakap, kan, yang aku tak suka pakai baju kurung cotton? Ya, aku nak cakap sekarang. Aku memang tak pernah beli baju kurung cotton. Tak kira lah cotton jepun ke, vietnam ke, english ke, itali ke, perancis ke, china ke, timbaktu ke, yugoslavia ke, buenos aries ke, santa monica ke (tiba2 sampai santa monica sebab aritu BK baru je ber roadtrip ke sinun hihi). Ok, maknanya aku tak kenal sangat la kain cotton ni. Yang aku tau, dia macam baju sekolah. Fullstop. Tapi bukan sebab baju sekolah tu yang aku tak suka pakai, tapi sebab dia keras dan melekap2 kat badan. Ko tak rasa cenggitu ker? Aku salu tengok orang pakai melekap2 ni. Aku lak yang rasa macam nak tolong tarikkan baju tu kat badan dia. Kalau kain licin kan dia elok je jatuh kan. Ni selagi kita tak turun kan, selagi tu dia cenggitu. Ok, itu satu persepsi negatif yang agak melampau. Semoga Japanese Cotton akan merubah segalanya hehehe. Jadi, buat masa ni aku tolong belikan untuk korang je lah ek. Itupun pun kalau korang percaya taste aku. Sebab masa pilih kain tu pun, ada yang aku tak berapa berkenan, tapi encik suami kata cantik. Dan ternyata, kain tu laku! Ok, citarasa orang berbeza2 kan. Sebab itu, berdua lebih baik. Pui!

Eh, ni dah melalut dah ni. Nak citer pasal kunjungan ke 0tsukaya kan? Ermmm bila aku pergi ni ek? Hari sabtu rasanya. Sabtu minggu yang sama ngan kunjungan pertama tu jugak. Tak sabo2. Mula tu ingat nak pergi hari ahad je, sebab encik suami ada presentation hari sabtu. Sekali dia habis awal, dalam kul 1pm gitu. So, terus lah kami pergi.

Dedaunan dah mula bertukar warna.

Ni kali pertama aku menjejakkan kaki di padang ni. Best!


Hiijau, merah, kuning. Macam traffic light!

Yang ada papan tanda biru tu lah stesen subway exit 2 kegemaran ku. Apasal nak kena ada kegemaran tah.

Dah sampai di kurumamichi. Oh, kuruma tu maknanya kereta. Aritu konon nak ambik gambar kat sini masa balik. Sekali balik tu masuk ikut pintu lain, terus terlupa. Ini pintu 4, terus jumpa pintu 0tsukaya.

Kali ni aku dah tau nak pergi tingkat mana. Tingkat satu (ikkai) dan tingkat empat (yon kai). Sekali tiba tingkat 3 (san gai), eh, dah takde eskareta (eskalator)? Encik suami kata, mana ada tingkat 4? Aku rasa macam ada??? Aku dah hafal dah, basement (chika ikkai); barang2 aksesori jahitan, ikkai; kain buat beg, baju, baju baby, fleace dan kain tebal2, nikai; kain buat baju mahal, san gai; langsir, yonkai; kain buat baju dan barang kraftangan, gokai & rokkai office. Tapi kenapa takde eskalator? Sibbaik aku ingat ada erebeta (elevator bahasa jepun ni semua e pepet). Naik lif, baru lah ada tingkat 4 hehehe. Bikin saspen je tau. Dah sampai tingkat empat tu, aku pun belek lah satu persatu kain kat situ. Dari yang mahal, sampai lah yang murah. Geramnyaaa... macam nak beli semua. Reminder; aku tak suka pakai kain cotton. Tapi aku suka corak2 dia. Shantek!!! Especially yang mahal2 tu huhuhu. Ok, mari cuci mata...

Antara yang aku beli. Banyak lagi stok tu. Boleh pre-order hehe.

Yang ni kain branded, mahal sikit la. Tapi kalau untuk aku kira murah sebab boleh jahit sendiri hehe.

English roses... Tak boleh tahan!!!

Ini langsir yang menangkap mata aku. Kawai!!!

Corak alphabet, sesuai untuk bilik gegirl. Ada 2 warna. Kain jenis blackout. Tetiba rasa macam nak buat langsir.

Yang ni kat tingkat satu. Polkadot! Dah tak musim ek? Tapi semua kaler ada!!! Nak bulat kecik, bulat besar, bulat sedang, negatif-positif, sumer ada.

Dari sekecik2 polkadot, sampai ke gabak2 polkadot.

Polkadot lagi.

Eee geramnya tengok. Tapi ni kalau nak buat kraftangan pun comel jek.

Tingkat satu ni banyak kain tebal jenis2 buat beg punya. Tapi kain nipis biasa pun ada. Tapi motifnya kebanyakannya untuk wat kraf la, bukan wat baju. Macam2 karakter kartun ada. Comel2. Corak kereta paling kiut.

Alah, blur pulak. Depan tu corak kereta dan ketapi. Belakang tu corak buah epal, stoberi dll.

Last sekali, sebelum balik, aku turun ke basement. Macam2 benda ada. Aku ada terjumpa orang jual benda alah ni. So, aku pun nak jugak hehe.

Pemotong kain bentuk bulat, macam jangka lukis tu... Aku tau, kalau ikut skema, kena potong leher baju kurung bentuk buah epal. Tapi selama ni aku tebuk bentuk bulat, ok jer?

Yang ni cutter, ada beberapa jenis. Yang ini jenis kena kepit pemegang dia, baru dia gerak. Jenis lain ada yang lock macam pisau (gambar atas). Tapi aku lum beli lagi sebab belum memerlukan. Lagi pun kalau nak guna ni kena ada papan pemotong tu. Tu pun aku belum beli. Tak jumpa yang besar punya lagi. So, yang ni hold dulu. Lagi pun, aku mana ada mesin jahit lagi oi!

Ok, dah, jom balik. Lain kali kena bawak beg tarik tu kalau gi sini. Takde la senget bahu mengangkat kain2 ni.

Hari jumaat depannya, aku pun pos kain ni guna pos biasa yang tak laju sangat, tak slow sangat. Dan hari isnin lepas, dia pun dah sampai. Kiranya seminggu je lah ek? Bagus! Sibbaik tak pos guna ems yang laju dan mahal macam poslaju tu. Memula dah hangin dah sebab encik suami memandai je pos guna pos slow tu. Aku suh guna ems, cepat sikit sampai. Rupanya, tak lah slow sangat hehehe. Tapi sekejap je lah hangin nya sebab aku pikir, nanti kain ni sampai, orang gomen dah gaji. Hehehe... Rupanya belum gaji pun dia dah sampai dulu. Ok, itu jer citernya. See you!


Pelajaran hari ini, mari mengira 0 - 10;

Zero, Ichi, Ni, San, Yon, Go, Roku, Nana, Hachi, Kyu, Juu.

Kalau mandarin;

Ling, Yi, Er, San, Si, Wu, Liu, Chi, Ba, Jiu, Shi.

Ada yang sama kan? Tiga.

11 komen:

nazayiena said...

Cantik2 semuanya kain cotton tu...

Shila said...

Serius cantik..yg kain langsir tu...kalau nak jual say ammg nak beli huhu..geram tgk..serius kalau jual saya nak kirim beli..

hanisumayyah@hotmail.com said...

Cutter dgn papan pemotong tu boleh kirim ker. Ker besar sgt?

Unknown said...

Wah tokey kain jugak ni hehe.. Siap hapal dah level2 kt pun xingt lg huhuhu

AyunasiA said...

hanisumayyah: cutter tu kecik je, saiz tangan jer. kalau nak nanti kiter pos sekali ngan kain.

papan pemotong tu byk je kat mesia... yang kaler hijau, getah, salu ada kat office2 tu.

AyunasiA said...

Shila: nanti kiter tengok kan, ada ke tak stoknya ek.

AyunasiA said...

azira: market segment lain2, takpe kot hihi.

tu pun tak habis belek lagi. yang cantik2 sumer mahal huhuhu

AyunasiA said...

nazayiena: tu belum sampai ke nippori tokyo lagi tu. org lain gi tokyo nak gi disneyland, kiter lak gi tengok kain hihuhihu.

Irfa said...

aku ada emel ko
nnt baca ye

AyunasiA said...

irfa: patut takde, masuk spam rupanya huhuhu.

Shila said...

Selain langsir...yang kain buat baju pun cantik2..boleh bisnes cotton online dah ni hehehe...suka hati saya je...saya mmg minat cotton jepun...suami selalu je gi Tokyo..tapi tak penah nak belikan..lagipun sy x kirim kat dia sebab taste dia dgn saya lain...selalu je kecewa kalau dia yg belikan...lagipun dia malas nak layan saya kirim benda kat sana...huhu...penah kawan dia kirim Yukata anak saya dari Sapporo..cantik..tapi dia dah balik mesia..huhu