Thursday, 7 November 2013

Kisah Pertama Kali : Memasak Di Hostel


Ekceli bukan lah masakan pertama jer. Kalau masakan pertama jer, sebaris ni je lah entry aku. Sekian. Tapi ni aku masukkan sekali masakan2 yang pertama kali. Ada beza ker...? Maknanya kalau asam pedas tu, yang pertama kali aku masak kat sini je lah aku citer. Yang kali  ke-2 sampai 10 dah takyah lah citer. Sebenarnya sama jer dengan masakan aku kat mesia, tapi eh, sukati lah aku  nak citer. Blog aku. 

Ni bukan masakan pertama tapi ini lah jemput2 yang pertama kali aku masak kat sini. Pagi sabtu tu (semalamnya sampai) encik suami kena pergi lab sebab derang ada monthly report presentation dari pagi sampai lah ke malam. So, aku masakkan meehun goreng, terlupa nak ambik gambo. Alah, meehun goreng bodoh je. Tu pun aku guna serbuk cili jer. Pertama kali gak tu.

Malangnya jemput2 ni keras lah pulak. Tak tau salah siapa. Tepung atau minyak? Maklum lah, tak pernah pakai  minyak bunga kan. Tapi untuk yang kali ke-2 dan seterusnya elok pulak gebu jemput2nya. Whatever.

Masak jemput2 pun nak citer hihihi. Kena citer sebab kat mesia tersangat lah jarang aku buat jejemput ni.

Tiba2 jemput2 menjadi menu of the day pulak kan. 


Masakan lauk pertamaku ialah asam pedas ayam menggunakan pes ini. Masa ni belum beli blender lagi. Ok la, boleh tahan sedap jugak asam pedas ni. Jenama oli collection. Pes ni opismate encik suami yang bagi.

Sangat mudah. Hanya tambah air dan campakkan ayam. Siap!

Nampak sedap, kan? Aku memang peminat asam pedas ayam.

Dimakan bersama beras wangi bird of paradise yang aku bawak sekilo hehe. Tapi sebenarnya aku dah beli beras siam kat kedai halal hari tu. Belum berani mencuba beras jepon.

Sayur pun takde masa ni sebab belum tau kedai.

Selepas beli blender, benda pertama yang aku buat semestinya lah blender lada kan. Dan semestinya juga lah aku masak asam pedas hihi. Lagi. Tapi yang ni original asam pedas, bukan segera.

My signature hehe. Aku rasa ini lah asam pedas ayam tersedap yang pernah aku buat huhuhu. Masak dengan kasih sayang katanya.

Besoknya aku buat puri, cicah dengan kuah ni. Oishi!

Next, sambal udang. Entah sejak bila, aku tak boleh makan udang lagi dah. Gatal kaki. Alergik kot. So, sekarang ni kalau masak sambal udang, aku akan rebus telur untuk aku. Kengkonon sambal telur. Boleh pulak tipu menu camtu.

Punya lah hepi sebab jumpa kacang buncis. Sekali tu je lah tapi. Pastu dah tak jumpa lagi dah.

Dan ini pula ialah masakan pada pagi raya haji. Pada hari tersebut, encik suami pergi lab macam biasa. Kawan2 lain semua ada kelas atau pegi lab. So, tak dapat lah solat sunat aildiladha. Kami pun tak tau nak pergi tempat solat tu macamana. Katanya kat hall, dekat2 NIT. Jadi, pagi tu aku kuarkan daging dan masak lah sedikit menu hari raya iaitu rendang dan lodeh. Tapi ada kekurangan lah pulak. Aku terlupa nak bawak kerisik dan tahu kering n su'un. Asalnya aku plan nak buat kerisik sendiri sebelum pergi tu. Tapi last2 tak sempat. Lupa pulak nak beli yang siap punya. Takde rezeki lah tu kan. 

Rendang daging dan loden in the making.

Ada sambal kacang segera dan nasi impit. Ni memang betul2 nasi impit di mana aku masak nasi lembik sikit dan menghimpitnya. Dulu masa zaman baru2 kawen selalu juga buat camtu. 

Satu lagi menu yang amat jarang aku masak di mesia, tapi kat sini kalau masak ni selalu pun takpe. Senang banget!

Lebih daging lepas buat rendang aritu, ku masak kicap. 

Ok, kuih keria memang tak pernah aku buat, tapi masa form 3 masa zaman mak berniaga sarapan kat depan rumah, tetiap malam kami akan ditugaskan membentuk kuih keria ni. Tapi aku memang suka kuih keria pun. Sebenarnya semua kuih2 manis aku suka. Oh, sedapnya kuih gegetas. Tak jumpa lak tepung pulut kat sini. Kena import nampaknya.


Tada! Siap sudah. Sukanya sayaaa... Eh, boleh ke buat keria ni pakai keledek pepel tu ek? Susah la nak dapat keledek kuning ni. Ni pun jumpa kat jusco.

Okeh, setakat ini dulu. Buat masa ni aku belum nak menulis resepi lagi sebab semua yang aku masak setakat ni semua yang biasa2. Siap lah besok kalo aku dah masak nasik beriani, nasik mandy, kek pintal karamel berlapis gulung stroberi bagai, haaa masa tu baru boleh tulis resepi, okeh?


9 komen:

Irfa said...

x tahu apa citer awalnya
ko kat jepun ye?
okey..kena baca dr awal ;)

AyunasiA said...

ko bukan jer tertinggal ketapi dari tokyo ke nagoya, tapi juga katebang dari mesia ke toktyo. lain kali lambai aku kat anjung tinjau tu ok...

nohas said...

dah kat japan...enjoy your life there, memang best tinggal di negara maju ni..

Shila said...

Terus terasa lapar tengok menu2 yg dipertontonkan..huhu lapar..kat dlm library lak tu tokleh nak mkn...

AyunasiA said...

thanks nohas...

AyunasiA said...

shila : rajin nyer dok library. ke mmg keje library?

Shila said...

Saya masih berstatus pelajar tua..tu yg dok kat library...huhu...terpaksa merajinkan diri...

Hanisumayyah said...

Tak pernah masak ayam asam pedas....boleh dicuba nanti, ada bahan tambahan atau sama macam asam pedas ikan?

AyunasiA said...

hanisumayyah: sy tambah lada hitam (tumbuk sket) sesudu.