Akhirnya, nanang update jugak akaun aku. Nyaris2 aku nak boikot. Dah, kalau dah sebulan naik 30 sen je, adalah tidak patut yea. Eh, sejak bila pulak aku jadi mata duitan nih?
Selepas diterbitkan, barulah aku perasan yang previous entry tu teramat lah panjang nya. Bila lah nak dapat macam tu selalu2, kan? Tahniah! Cehhh tiba2. Ohhh aku dah tau dah tips, bagaimana nak memanjangkan entry. Tulis cerita2 nostalgia, komfem panjang punya. Tapi valid untuk aku je kot.
Selepas diterbitkan, barulah aku perasan yang previous entry tu teramat lah panjang nya. Bila lah nak dapat macam tu selalu2, kan? Tahniah! Cehhh tiba2. Ohhh aku dah tau dah tips, bagaimana nak memanjangkan entry. Tulis cerita2 nostalgia, komfem panjang punya. Tapi valid untuk aku je kot.
Eh, tiba2 teringat ceramah aritu (yang aku cerita separuh jalan tu). Ustaz tu cakap, kenapa lah kita nak baca surat khabar tuh. Paling kuat pun dia tulis pasal semalam. Mana ada dia tulis pasal besok. Ada? Berita tu cakap, esok ada eksiden di depan @dtec? Takde kan? Tapi, kalau kita baca Al-Quran, cerita dulu2, hari ini dan esok2 sampai kiamat pon ada. Jadi, sendiri mau ingat lahhh.
Best nya, dah bulan april. Sebab apa aku suka? Sebab bulan depan ada piala th0mas dan bulan 6 ada w0rldcup. Yeay! Dan yang lagi best, budak2 dah nak exam. Fuh! Sedar tak sedar, dah banyak jugak task yang dah settle. Kiranya, datang keje tu dah lapang la sikit kepala otaknya. Kalau tak tu, tengah drive tu pon pikir, apa aku nak ajar arini? Memang dah tau nak ajar apa, tapi, bab nak menggoreng tu yang kritikal. Ajar subjek management, memang la kena banyak elaborate. Kena pandai sembang. Kalau baca je slides tu, alamat ko cakap dengan dinding je la. Tapi, aku kan pendiam dan tak peramah? Camne tu? Hahaha itu hanya aku dan student ku je yang tau. Kadang2, bila abis kelas, aku tersenyum sensorang. 3 jam kelas tu aku boleh bercakap tanpa henti. Kalau derang tak cakap 'take 5' agaknya, aku pun tak perasan masa dah berlalu.
Malam minggu lepas, lepas tengok af, aku tengok bola. Lagi 5 minit nak abis 90 minit. Bersambung ke masa tambahan, sebelum penalti dan sudden death. Seingat aku, last time aku tengok sudden death, derang main lagi sampai sesiapa gol. Ek? Ke memang tendang penalti je? Sebabnya, aku pernah tengok filem sudden death yang sangat best dan derang bermain untuk sudden death. Bezanya dalam filem tu derang main hockey ice kot. Tapi, kalau main sampai sesiapa gol, buatnya tak gol2, sampai gol la semua pemain tu main sampai besok pagi kihkihkih.
Sambil2 tengok bola tu, tetiba je aku tersokong n9. Nape eh? Musykil betul. Adakah kerana aidil dan adha ituh? Hahaha. Apa2 pon, tahniah kepada n9. Sian kedah. Last aku tengok fa cup ni rasanya tahun 2008. Masa tu aku induksi kat intur@ sungai petani. Dan pada malam final tu, kami beramai2 pergi ke rumah course manager kami untuk makan durian. Pergh! Yang pempuan pulun duren, yang laki tengok bola kedah lawan selangor kot masa tu. Dan kedah menang.
Ok, itu je untuk warm up sebab ada satu entry marathon pasnih.
0 komen:
Post a Comment