Petang Rabu, sepatutnya aku ada kelas 2 slot. Tapi, separuh jalan, ada ceramah agama pulak. Eh, tulis 'pulak' macam mengeluh je ek. Takde lah. Sila baca dengan tonasi mendatar.
Sebelum aku berkongsi ilmu yang aku dapati dari ceramah tersebut, marilah kita bersama2 membacakan ummul kitab al-Fatihah.
Heee bagus tak i? Sebenarnya aku nak mulakan dengan satu kejadian yang berlaku sebelum berlakunya aku mendengar ceramah tu tadi. Tapi, dah terlanjur baca surah al-Fatihah tu, amin kan je la ek. Amin...
Kisahnya gini. Hari khamis minggu lepas, aku ada request to add seorang kawan nih. Tah, nak kata kawan, tak pernah pulak aku berkawan2 dengan dia. Sebelum tu, aku ada accept seorang kawan jugak. Kawan kepada kawan yang aku nak add tu tadi. Kalau tak salah aku pernah sebut nama derang dalam blog aku nih. Derang ni sebenarnya sahabat pena aka penpal ku suatu ketika dulu.
Masa sekolah rendah dulu, aku suka gak berkenal-kenalan nih. Terikut2 la dengan kakak2 yang berkenalan dari majalah urtvi tu. Cumanya, aku berkenalan melalui majalah kanak2 la. Tah, apa ke nama majalah zaman tu tah. Takkan bujal kot? Majalah peneroka pun boleh jadi jugak. Pernah gak dapat reply, tapi, komunikasinya agak lembab la. Selain medium 'snail mail' yang memang sedia lembab, faktor ekonomi juga turut menyumbang ke arah itu. Ye lah, nak kena beli sampul surat ngan setem lagi kan. Last2, penpal ke mana, aku ke mana. Yang penting, kalau nak berkenalan tu, kena tengok hobi derang tu. Kalau hobi 'berkenalan' baru boleh request to add as friends hehehe. Eh, ingat tak, dulu2 ada jual sampul surat yang siap gam, ada corak bunga2 warna warni, kan? Hahaha. ni semua pengaruh grup ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an . Nak nangis pun ada bila masuk group tu.
Ok, sambung balik. Macam tak kena je cerita penpal tu ngan kawan yang aku maksudkan nih. Sebabnya, derang bukannya kawan yang aku kenal melalui majalah. Tetapi kami berkenalan secara direct. Dulu2, kalau kiter berpeluang pergi ke sekolah lain (untuk sukan atau kuiz ke pertandingan ker) atau budak sekolah lain datang sekolah aku (untuk tujuan yang sama), aku dan sorang kawan aku ni, suka berkenal-kenalan.
Kawan yang aku maksudkan ni aku kenali semasa kami pergi ke sekolah at2 untuk menyokong pasukan bola sepak sekolah kami yang berjaya masuk final dalam kejohanan... entah? Sukan peringkat daerah kot. Ke peringkat zon? Tak pasti at2 masuk zon air tawar ke zon bandar. Kalau at3 memang zon bandar. Tak kisah lah tu. Yang pasti, masa berkenalan tu, kami saling berdua. Nama aku dekat2 sama ngan nama kawan aku, nama derangpun dekat2 sama gak. Selepas itu, aku tak ingat laaa. Rasanya kami ada berutus surat. Tah, dah lupa la pulak. Bila naik sekolah menengah, kawan aku sekolah kat sekolah arab. Dan kebetulan pulak, salah seorang dari kawan tu pun sekolah di sekolah arab. Selepas itu, kira abis begitu saje kot.
Dan pada bulan ini, kawan yang tak sekolah arab tu add aku. Tengok je nama, aku dah teka, mesti dia. Rupanya betul. Dari dia aku pun request kawan yang sekolah arab. Sebenarnya aku tak tau nama bapa2 derang. Muka pun aku tak ingat hehehe. Jumpa sekali masa berkenalan tu je, mana la nak cam kan. Tapi, kawan aku cakap, yang satu sekolah ngan dia tu cantik, macam sheila majid (itu lah relevannya gambo di atas hihihi). Eh, perasan tak? Aku berkenalan dengan perempuan je kan? Bagus betul.
Jadi, mungkin selepas mendapat recommendation daripada kawannya, pada hari Jumaat minggu lepas, kawan yang sekolah arab tu pun accept lah diriku, seperti dia menyambut salam perkenalan ku 17/18 tahun dulu.
Sebelum balik kerja hari jumaat tu, kawan tu update statusnya. Katanya, suaminya akan muncul dalam al-kul1yyah petang itu, langsung dari dang@ b@y. So, balik keje tu, cecepat aku bukak tv. Ooo itu suaminya. Katanya ustaz tu selalu muncul di tvsembilan juga.
Dan petang rabu tu, semasa ustaz kami menyebut nama penceramah yang diundang, e'eh, macam nama ustaz tu jer? Sekali tengok muka. Lorrr memang betul pun. See! Aku tak pernah jumpa kawan tu, tapi diberi peluang bertemu dengan suaminya. Alah! Lupa pulak kau nak kirim salam kat kawan tu. Isyyy cemana boleh tak terfikir ek?
Jadi, begitulah kejadian tak terduga yang berlaku. Selalunya, penceramah yang dijemput ialah kawan2 ustaz kami, sekitar kluang bp jer. Tiba2 je datang dari jauh (tak lah jauh sangat kota/jb tu kan). Cuma tak terfikir jer. Kebetulan, esok tu anak nya menyertai perujian hafazan peringkat negeri di bp. Mungkin beliau mengambil kesempatan memberi ceramah tersebut sambil2 membawa anaknya ke pertandingan tersebut.
Baik lah, sekarang masanya untuk bercakap tentang ceramah tersebut. Tajuk yang diberi ialah amal ma'aruf, nahi mungkar.
Mula2 sekali ustaz menyebut tentang maksud al-ardh. Biasanya kita faham sebagai 'bumi'. Tetapi, tafsiran yang lebih mendalam bermaksud, 'tempat cari makan.' Sesungguhnya Allah swt telah meyuruh kita mencari makan di mana kita ditempatkan. Maksudnya, kita ditempatkan di planet bumi ni kan. So, tak perlu lah kita mencari makan sampai ke planet pluto sana. Kerana rezeki di muka bumi dah cukup dah. Makan tak abis gitu.
Tetapi, kenapa ada yang tak cukup makan? Ini mungkin kerana Allah swt menutup pintu rezekinya. Atau belum bertemu dengan rezeki itu.
Oleh itu, kita perlu lah sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang kita terima. Apakah maksud bersyukur? Ada 3 definisi diberi. Menghargai, memanfaatkan dan tidak menyalahgunakan. Antara contoh tidak bersyukur ialah pembaziran. Mungkin kita tidak menyedari bahawa kita kerap melakukan pembaziran. Contoh paling senang, pembaziran air. Rasanya semua orang selalu melakukanya. Pembaziran adalah pemusnah bagi kemewahan. Apabila berlaku pembaziran, itulah tanda2 Allah swt akan menghilangkan nikmat kemewahan. Tengok lah sekarang nih. Allah swt turunkan kemarau, sampai bekalan air pun dicatu. Kalau kita masih membazir juga, tak mustahil kalau musim kemarau yang diramal berakhir pada bulan mei, akan dilanjutkan selama beberapa bulan lagi. Siapa kita nak melawan kuasa Allah swt?
Tengok saja pemain2 bola tu. Terror macamana pun, kalau Allah swt tak izinkan, takkan menang punyer. Dia cuma letuskan gunung berapi jer. Akibatnya, kapal terbang takleh bawa derang ke tempat perlawanan. Jadi, terpaksa lah naik bas. Bila tak menang, boleh la bagi alasan, penat naik bas berjam2.
Akhir kata, aku masukkan sedikit kisah di luar tajuk. Pernah dengar tak cerita pasal 2 tempat di malaysia yang dikatakan berada di bawah paras laut? Satu di bp dan satu lagi di kelantan. Pantai saba ke haper tah namanya. Menurut ustaz ni (ustaz ni juga ahli falaq yea), kawasan yang dimaksudkan di bp tu ialah bermula dari sunga1 lurus (tempat kerang goreng tu) sampailah 14 km menghala ke sengg@rang. Mendengar je cerita tu, kawan aku terus saspen, rumah aku masuk ker? Rumah dia kat taman j@sa. Kalau ikut kalkulator aku, sunga1 lurus tu 2-3 km je dari sengg@rang. Siap dia cakap, 'aku nak jual la rumah aku' huhuhu. Dan2. Padahal baru setahun masuk rumah tu. Tapi, aku tak berani lah nak komfemkan. Cubalah korang wat research ek.
Satu lagi kisah, mengenai 300 pemilik tanah di r1mba terjun p0ntian. Katanya, mereka ni semua ada geran tanah, tapi tanahnya, nun kat dasar laut tu ha. Camner tuh? Memang kita sedia maklum, paras air laut semakin meningkat kerana pencairan ais di kutub. Tak mustahil lah kalau orang kata, s1ngap0re pon bakal tenggelam satu hari nanti. Semua ini kuasa yang Maha Esa. Jadi kesimpulannya, marilah kita bersyukur dengan cara menghargai, memanfaatkan dan tidak menyalahgunakan kurniaan Ilahi serta elakkan pembaziran. Wallahua'lam.
Uh! Tak layak rasanya aku nak bercakap pasal nih. Tapi, kita sama2 belajar dan saling berpesan2 kepada kebaikan.
2 komen:
pantai sabak dekat je umah saya
takde plak bawah paras laut...hehe
dlm keadaan biasa mmg la takde mende. katanya, 2 tmpt ni umpama mangkuk dan paras air laut umpama di bibir mangkuk tu. jd, bila air psg terlebih kot baru dia masuk dlm mgkuk tu.
Post a Comment