Lebih kurang jam 8.30pm, kami pon tiba dia genting. Kenapa genting? Nak buat apa kat situ? Nak kata nak bermain2 di taman tema, mustahil la kan. Tidak akan.
Sebenarnya, kami pergi ke sana untuk menelusuri jalan2 kenangan di sana. Kali terakhir aku pergi ke sana, lebih kurang 5 tahun yang lalu. Itu bermakna, sebelum tu aku pernah pergi la kan? Ada la beberapa kali masa jaman2 bercintan cintun. Boleh dikatakan kami kerap pergi waktu raya cina. Yang paling aku ingat masa musim wabak severe acute respiratory. Apa tuh? Alaaa wabak SAR yang dibawak dari cina tu. Haaa macam misi membunuh diri je kan? Tah apa2 la aku ni. Naik pakai skyway pernah, naik kete kancil pon pernah. Tapi bukan kancil yang ini lah. Kancil lama encik hairul.
Oleh kerana dah kepenatan amat, kami berjalan2 di sekitar 1st world aje malam tu. Kol 10 dah tido.
Esok pepagi baru lah kami explore (jenjalan di situ). Alahaiii, dulu rasanya aku pernah berjalan kaki sepanjang2 jalan sekitar tempat tu. Sekarang ni macam tak larat je. Tapi tetap la pergi fevret spot ku, tempat yang boleh nampak pemandangan di bawah (bukan yang nampak kl tu). Area hotel resort, genting dan highland tu.
Suhu tidak lah sejuk beku seperti dulu. Kabus pun tak berapa tebal. Bearable la gitu. Takat pakai tiset selai pon masih boleh tahan lagi. Eh, sebelum jalan2 tu kami makan di meribraun. Selain tak makan kehepsi dan mekdi, aku juga was2 nak makan kat tempat2 lain di sana. Rasanya meribraun ni je yang bersemangat kebangsaan sikit.
Kemudian, pusing2 kat hotel highland. Tiba2, eh, jom kita naik cable car. Kan aritu tak merasa naik kat langkawi. Ni kira gantian la ni.

2 komen:
dah lama tak sampai sini ....
:)
Post a Comment