Wednesday, 14 April 2010

Kenduri Kawen Delly



Di mana ada kemahuan di situ ada baju. A'ah. Ada baju. Aku memang tengah takde mood nak menjahit. Selalu aku tengok orang buat baju baru bila ada kenduri kawen. Teringin la pulak. Jadi, minggu lepas, aku pon pulun menjahit baju ni. Actually aku dah cantum dah. Tinggal jahit kain ngan kelim2 dan leher jek. Tu pon, kalau tak kuat semangat, takde nya siap. Mana la pergi angin tukang jahit tu. Please please please sila lah datang.

Tak jadilah aku nak biat entry marathon. Sebabnya, aku dah terkesan daripada aktiviti berjalan2 aritu. Demam. Tak habis lagi penat berjalan minggu lepas, weekend lepas, aku sibuk lagi. Memang 3 minggu berturut2 aku tak jumpa weekend. Atau dengan kata lain, 3 minggu berturut2 tak pegi bpmol huhuhu. Minggu ni ada aktiviti taman pulak. Adeh! Tapi bagus jugak. Jimat!

Hari jumaat malam, mulanya kami kena pegi parit yus0f dan bawak rombongan perantin
lelaki. Tiba2 waktu maghrib, ngah udin call bagitau yang kete dah cukup. So, kami terus je pergi ke rumah perantin pompuan. Feh! Lega.

Lebih kurang pukul 8pm, kami pun kuar rumah. Gi jemput nana kat bus stand. Datang bawak kawan. Aku lemah betul la kalau adik2 bawak kawan pompuan nih. Ye lah, tak pepasal suami ku dapat dosa free bila kawan tu tak menutup aurat di dalam rumah ku. Huh! Alasan terbaek hehehe.

Lepas tu, kami pi makan kat sup sitam. Aku makan mihun singgit je. Spare perut. Lebih kurang pukul 9, kami terus ke rumah pompuan. Elok2 saing ngan tok kadi dan cameraman.


Sampai di sana, pompuan2 duk kat dalam. Lelaki2 duk kat beranda/porch iaitu lokasi akad nikah. Gambar di atas ialah adik beradik nenek encik hairul kecuali yang 2 dari kiri tu. Nenek betul yang 2 dari kanan.

Selesai nikah, makan ler, apa lagi. Kemudian, kami pon balik ke par1t raja semula.

Hari sabtu pulak, pagi tu encik hairul ada keje. Fil singgah sekejap ngan ila. Abang epet pon datang sorang. Tu pon sekejap jek. Dah pukul 1, encik hairul tak balik2 lagi. Eh, ni nak hantar pengantin ke tak? Last2 kami pergi time pengantin dah kompang2. Sampai2 je, derang tengah sesi tol bukak kipas. Ermmm ada gimik pulak time nak bayar tol tu. Siap derang bawak smart tag lagik.



Actually, perantin ngan bestman nya tu twin, dell dan delly. Yang kawen ni kira si bongsu la. Ada sorang lagi abang yang lom kawen. Kiranya langkah 2 bendul ar nih. Dalam hantaran pompuan pon ada baju 3 helai dan jam 3 utas. Takyah letak gambar perantin lelebih la kan? Bukan blog dia.

Kek dan kapkek.




Rombongan ari ni tak seramai malam nikah sebab esok dah kenduri belah lelaki.

Time nak makan, ngah baru sampai dari kontan. So, macam datang kenduri je lah, terus makan. Selesai semua, kami pon terus ke parit yus0f. On the way, singgah kat sini. Nak tau apa ada kat sini.










Sampai kat sana, takde lah rewang2 ke hape. Waktu maghrib, kami mandi kat rumah mak long. Malam tu pulak, encik hairul ada meeting taman. Aku adalah suka. Sebab boleh balik rumah hehe. Boleh tak kita salahkan orang2 tua kalau anak2 zaman sekarang tak betah tido di rumah sedara mara? Ye lah, kan orang tua2 ni, bukan nyer nak tinggal ngan anak2. Hidup mati aku, biarlah di rumah ni. Gitu, kan? Jadi, anak2 pon mengikut la juga.

Kalau kami ada alasan meeting, macamana pulak dengan ngah and co? Sama seperti dulu, derang guna alasan belum beli hadiah perantin. Dah terlanjur pegi bp tu, baik terus ke parit raja je hahaha. Padahal kalu pergi parit raja, lagi lah jauh, kan? Padahal kalau pergi muar pon boleh sebab parit yus0f letaknya kat tengah2 antara muo dan bp. Rumah adik beradik gak yang selesa. Walau pun air tak kuar.

Esok pagi, sarapan pon beli je. Alasan lagi. Takde air. Takkan nak tunggu pukul 10, kan? Lebih kurang pukul 10.30 kot, baru lah kami pergi.

Ewah ewah, macam kawan pengantin pulak ek. Datang tinggal makan jek.

Dengan sedara mara. Yang tengah2 2 orang tu sedara yang dok bukit beruntung yang kitorang nak pergi tapi tak jadi time pergi sabak bernam tahun lepas lepas kot. Bulan depan derang pulak wat kenduri kawen. Aku dah siang2 surrender takmo ikot.

Pengantin dah sampai.

Flower girl yang belah kanan tu kemain excited, tapi yang belah kiri pulak sakit perut. Masam je muka dia.

Masa ni bapak perantin dah sound, kat sini tutup mulut. Takmo nampak gigi. Setakat ni gambar semua senyum2 sengih2 nampak gigi. Tak tau lah gurau2 ke serius. Terus terkatup mulut perantin hihi. Zaman dulu kan, mana ada perantin menyeringai atas pelamin, kan? Senyum pon mengulum je. Tapi tetap berseri2, kan? Perantin sekarang, dah macam iklan keju dah.

Oh, pengapit pompuan tu bakal menantu juga, tapi bukan pengapit lelaki punyer hihi.

Ok dah. Aku rasa macam nak pitam.

2 komen:

Acik Erna said...

salam ayu..meriahnya..
pengantin pun sama cantik padan...

AyunasiA said...

salam. a'ah, cantik manis orangnya.