Ini lah matlamat aku pergi ke kl sebenarnya, melawat budak yang baru melihat dunia ini, Al-Anis Maisara ada 'h' tak ek? lupa). Pergi genting, soping2, buang2 duit tu semua cuma sampingan je. Ada cerita lawak nipis tentang dak anis nih.
Gini, sejak dia lahir, aku tak pernah lagi telefon mak nya. Jadi, pada suatu hari, aku tanya la kat yayu kat fb, saper nama anak eita ek? Dia jawab,
Elena amenda tah, akak pun lupa.
Aku pon, wah! Class gitu. Macam ala2 mat salleh pulak nama nya kan? ELENA AMENDA.
Selepas itu baru aku perasan.
Eh, elena amenda tu maksudnya elena APA KE BENDA ker?
Kuang kuang kuang...
Rupa2nya, yayu nak bagitau 'elena apa ke benda tah, akak pun lupa.' Dan yang tambah tragis, elena tu pun salah jugak huahuahua. Yang sebenarnya, Al-Anis Maisara (ala2 alanis morrisette kan?). Class anak buah acik.
Maka, ari ahad tu, kami pon balik. Mengikut perancangan aku, nak balik pepagi supaya sampai rumah siang2 dan sempat berehat. Tapi, kita hanya merancang. Akhirnya, pukul 12pm baru kuar rumah.
Kali ni lalu jalan semalam. Jimat tol. Dah terlanjur lalu jalan tu, baik la terus ke shah alam. Boleh nostalgia2. Tu pun rugi jugak sebab kuar dah tengahari. Kalau pepagi leh pegi pasar tani.
Apa nak buat kat shah alam?
Rumah aku yang atas sekali atas 7E tu. Aku mula duduk sini masa part 2 sampai la part 5/abis. Atau dengan kata lain, sejak encik hairul masuk uitm dan duduk di rumah di atas tu tadi. Jarak rumah ni dengan rumah dia lebih kurang 500 meter kot. Kat sini dulu ada restoran khalifah, khulafa, hakim dan belanga. Memang port lepak2 la. Kat sebelah kiri yang kaler biru tu dulu ada restoran jugak. Masa musim worldcup 2002, derang tengok bola kat atas tu. So, kira berlawan2 la bersorak rumah aku ngan restoran sebelah tu. Eh, macam gadis2 gedik je bunyiknye ek? Takde lah, kami semua sopan2 je. Mak orang pun ada 2 orang tau. Salute ar derang. Tinggalkan suami dan anak2 yang masih kecil demi menuntut ilmu di dada. Orang kedah lagi tau.
Kat 7E tu, dulunya ada kedai barang basah kat belah belakang. . Tiap2 ari la aku beli ikan sayur kat situ. Siap ada bilik sejuk lagi untuk sayur2an. Bila aku grad, ada kedai jahit baru bukak kat belah depan kedai tu. Pernah la aku jahit tepi kain kat kedai jahit tu.
Kat pasar mini fathima tu dulunya kedai maria. Budak2 uitm mesti kenal la kedai maria ni. Ada satu lagi kat seksyen 2. Kedai cina. Yang tukang jaga kedai ni biasanya lelaki (anak dia kot) yang memandu kete honda. Kedai ni ada jual majalah juga. Selalu la juga, balik kelas, sebelum naik rumah aku baca sotkabo kat bawah nih hihi. Antara berita yang aku ingat time tu ialah berita abby ngan norman bertunang belah siang dan malamnya terus nikah. Pelik betul. Wartawan pon tau yang derang menikah tu minggu depannya kot. Pastu tu macam2 la speku kononnya derang kena tangkap wet wet wet. Sebelah kedai maria tu memang kedai motor sejak awal. Sebelah nya baru restoran khalifah.
Tetiap malam, without fail, encik hairul akan datang ambik aku dan kami pergi makan kat seri bunga. Almost every day jugak kami makan nasi pataya dan nasi paprik kat situ. Yang bestnya, nak jimat punya pasal, tetiap ari aku akan buat air oren sunquick satu tumbler dan simpan dalam peti ais (ada pulak peti ais?) dan bawak ke kedai makan ni. Sampai la budak engine corner tu pun dah paham dah, tak ambik order air kat kami. Setiap ahad pulak, aku belanja dia makan kehepsi. Begitu la rutinnya, sampai la encik hairul grad dan balik kampung. Alahaiii... nostalgik sungguh.
Masuk semester baru, kami semua pindah dari rumah ni sebab rumah ni terlalu banyak cikti mondok. Besssar punyer! Abis semua benda nak digigitnya. Simpan biskut dalam tapewer pon dia gigit tapewer. Simpan kain baju dalam beg pon dia gigit beg. Mimpi ngeri betul.
Kemudian kami terus la nak balik. Masuk jalan belakang anggerik mall tu, nak ke cia5t. Sekali ada jalan baru nak ke hiway laksa. Gelabah2 takut termasuk hiway. Rupanya jalan biasa tu je, cuma dah diturap cantik2. Hiway laksa tu kalau naik kat roundabout seksyen 24 tu la.
Dari sini, kami keluar ke tol hikom. Dah dekat2 nilai, encik hairul ajak gi nilai 3. Aiyok! Saje nak perabis duit aku, kan? Kebetulan minyak pun nak abis, so, ikut kan je lah. Tapi? Selamat, tak beli apa2 pon. Fuh!
Dah dekat2 melaka pulak, encik hairul sebut2 pasal tako la, char kuey tiow la, mee bandung la. Akhirnya, terpedaya jugak aku. Masuk kat ayer keroh, konon nak beli tako kat jasko lama. Sekali dah masuk, takde pon. Lorrr dia ada kat jasko2 baru je kot. Tengok2, jaskokad dah expired 31hb mac. Ingat kena bayar parking. Aku pon pergi la kat jaskokad centre tu nak renew. Tapi, orang nya pulak takde. Dapat la ceramah free pasal kad aeyon tu. Sampai aku naik menyampah pulak dengar. Last2 aku ajak dia balik je. Tak kisah la bayar parking singgit. Sekali baru teringat, sejam pertama free kalo takde kad. Jaskokad holder 2 jam pertama free. Selamat singgit. Dah la tako tak dapat, kan?
Makanya, oleh kerana aku dah terliur dengan tako tu, kami pergi la pulak jasko meletup. Hihihi senang nak address kedua2 jasko melaka tu ek? 1 jasko lama, 1 jasko meletup. Kali ni dengan tamaknya aku beli dua. Ingat encik hairul tak suka, boleh la baham sensorang. Sekali aku suap kat dia, eh eh macam sedap. Pulak? Huaaaa!!! Dah tak best lor. Dia pon dah suka jugak. Memang takkan cukup satu la pasni, kan? Dusy dusy dusy! Terpaksa cari resepi tako pulak pasnih. dah jumpa, tapi pelik2 la pulak bahannya. Maybe ada jual kat jasko or sogo kot.
Kemudian, aku makan tako cepat2 sebab pasni nak singgah makan mee bandung pulak. Tu pun terpaksa memilih, ckt atau mee bandung. Oleh kerana baru je aritu makan ckt, aku pilih mee bandung. Lagi pun, dah lama giler tak makan mee bandung abang sayang (AS) tu. Tahun lepas dalam bulan 4 gitu ada aku pergi ngan kengkawan, balik dari sukan kat selandar. Tapi kami datang tu awal sangat, derang belum siapkan bahan. Pastu pergi time raya tahun lepas, kami datang waktu senja, derang dah tutup sebab ada baraan malam tu. Memang takde rezeki aku nak makan mee bandung AS tahun lepas.
Sampai2 je kat bas stand muo, tengok2, kedai bukak. Bukak tak menjamin mee bandung ada yea. Sebelum order air, tanya dulu. Kadang tu dah abis. Mujur lah kali ni aku tak kempunan. Fuh! Puas ati dapat makan mee bandung yang rasa mee bandung yang sebenar.
Dah abis makan, erkkk bungkus satu lagi. Tamak. Lepas makan, kami pon meneruskan perjalanan. Singgah solat kat surau parittttt jap jap, lupa lak. Parit kodhi la kot, dekat2 je. Masuk2 je, tengok, erm tak de orang. Bila pegi tempat ambik wudhuk, mak oi! Abang!!! Teman! Padahal sebelah2 je tempat wudhuk lelaki ngan pompuan, tapi nak jugak nampak dia depan mata. Nak tutup mata pun takut hihihi. Sebabnya? Sama la ngan surau masa pergi aritu. Betul2 sebelah kubur. Heee orang sekarang takut kat manusia yang bernyawa ni ha. Ramai orang jahat. Orang dah meninggal tu nak takut apa. Ey, jangan cakap besar.
Akhirnya, kami sampai di rumah lebih kurang jam 9.15pm. Cecepat mandi sebelum air berenti jam 10pm. Ni lah yang aku tak suka nya bila berjalan2 bercuti2. Jalan2 tu seronok, tapi bila dah sampai rumah, ... Tapi, sekurang2nya, aku dah merasai perasaan seronok ketika hendak memulakan perjalanan pada hari khamis lepas. Itu lah saat2 yang paling best ketika bercuti.
Sekian, The End, Tamat.
p/s dan untuk ini semua, berat aku naik 2kg.

0 komen:
Post a Comment