Wednesday 21 April 2010

Tudung Favourite




Tak tau lah aku aje ke, atau orang lain pun sama. Tapi, aku dah buat observation dan mendapati, ada 2 orang lagi yang serupa dengan ku. Yeyay!

Aku ada sehelai tudung. Aku panggil tudung tu, 'tudung fevret'. Kalau kat rumah, encik hairul dah tau dah. Asal kuar makan jek, mesti aku akan sarungkan tudung tu. Tah lah. Tudung tu takde lah cantik mana, tapi, sangat convenient. Tak perlu digosok, tak perlu dijaga. Berlari pun boleh pakai. Kalau tudung awning kan kiter nak kena jaga awning tu jangan sampai terkelepet, kan. Tapi, tudung ni, ko sumbat la keronyok la macam mana pon, dia tetap menten begitu. Memang dia tak renyuk kot.

Aku beli tudung ni pada tahun 1998/99 gitu. Masa tu tengah musim tudung cenggini. Kalau nak diikutkan, aku ada 3 lagi tudung yang sejenis dengan ni. Tapi, yang satu ni jer yang ok. Yang lain tu nampak renyuk dan tak sefleksibel yang ini.

Aku beli tudung tu dulu untuk dipadankan dengan baju raya. Biasa la. Aku beli baju baru pun time nak raya. Baju tu aku beli kat kl, tapi tudung ni aku beli kat kota. Kat kedai kemboja. Masa tu aku belum pandai lagi bab menyesuaikan baju dengan tudung ni. Asal warna sedondon je, dah kira ok bagi aku. Belum tau lagi yang baju bunga2 sepatutnya dipadankan dengan tudung polos, dan begitu sebaliknya. Jadi, tudung ni memang bunga2 dan baju tu pun bunga2 lah juga.

2 orang yang aku dapati mempunyai 'tudung fevret' ialah kak onnie dan kak ngah (biras). Tudung kak onnie kaler merah. Tudung kenis skaf. Manakala tudung kak ngah pula, corak kotak2. Ala2 tudung pakistan ke haper namanya tah. Kenapa aku berani mengatakan itu tudung fevret mereka? Kerana aku pernah tengok mereka memakai tudung itu semasa zaman anak dara lagi, sehingga lah kini. Kira sekarang ni dah jadi tudung basahan ar gitu kot. Aku rasa, mesti mereka juga merasa yang sama terhadap tudung itu. Tak renyuk dan tak payah gosok pon boleh pakai.

Gambar di atas ialah gambar aku memakai tudung itu. See! Aku memakainya di mana2. Sebab aku akan sumbat tudung ni ke dalam beg, setiap kali aku pergi ke mana2.

Ini lah tudung fevret ku.


0 komen: