Kali pertama dan terakhir aku ditag ialah pada tahun 2008 oleh mak budak perak tu. Ni kira tag kedua in my life ler. Tanpa membuang masa, mari kita saksikan.
1. Copy award nie macam dapat grammy award - kalo macam grammy award, kena la kasik ucapan sket kan? terima kasih kepada telekom kerana menyediakan perkhidmatan internet di rumah dan opis saya, jadi saya boleh blogging di mana jua saya berada. tidak lupa kepada blogger2 yang menjadi pengunjung tetap blog ini sekaligus menambah trafik. takpe, smapai jam pun saya tak kisah. tidak lupa, terima kasih kepada suami tercinta kerana membuat saya keliru samada nak terus blogging atau tidak (sekejap marah aku blogging, sekejap suh selalu update). sibbaik ada alasan 'dah pasang strimiks tu, kalo tak guna kan membazir namanya?' akhir sekali, terima kasih kepada majikan saya, yang baik hati, tak block pun mana2 laman web, termasuk la fesbuk. Siap bagi sasaran 1000 friends untuk fesbuk @dtecbp dalam tahun ini lagi. PM pun suh kiter fesbuking aperrr. Dasar memaksimumkan komunikasi kekdahnya (kalau opis anda block aplikasi ini, boleh gunakan alasan ini kepada majikan anda juga yea). Errr apa relevannya ucapan ini dengan award nih ek?
2.Beri tahu siapa dan link pemberi award ini - Award nie diterima daripada erin, kawan sekolah ku. Okeh, mari kiter berkenalan dengan dak erin ni. Erin ialah kawan sekelasku semasa tingkatan 2 dan 3. Semasa form 3, aku selalu juga transit di rumahnya bila ada kelas 'mentor' pada waktu petang. Kelas tu kul 3 kot, so balik sekolah tu rehat2 makan2 kat rumah dia la. Rumah dia dekat je ngan sekolah kitorang. Sepelaung gitu. Kadang tu siap masak2 lagi kat rumah dia. Erkkk dia la yang masak kot. Sebab tu sekarang ni dia rajin masak. Selepas aku pindah dari sekolah tu, aku langsung tak pernah berjumpa dengannya sehingga lah sekarang. Kebetulan pulak, dia belajar dalam bidang accountancy di uum. Jadi, ter link la pulak dengan dak luna. Begitu lah kisahnya berkenaan pemberi award friendship ini.
3.Tajuk pos mesti ada 5 dan kena jawab 10 soalan dgn setiap 1 soalan mesti ada 5 jawapan - part ini aku kompius sekejap. Adakah tajuk post ini sepatutnya 'MESTI ADA 5?' Aku tak faham sebab dalam blog erin, dia tulis cenggini. Aku takmo la melangkaui seniority dengan menelek dari orang yang bagi dia award tu kan (padahal malas). Apa2 pun, aku berfikiran positif dan memandai2 kasi tajuk post yang sedemikian rupa.
4. 5 Nama panggilan orang panggil anda (five name that people call you) (macam pernah jawab dalam tag yang lepas)
*asiah - panggilan rasmi kawan2 seopis
*nga - panggilan keluarga
*enot - panggilan kawan2 sekolah. dah lama orang tak panggil cenggini. tapi, sejak berfesbuk, timbul balik nama nih.
*yang yang yok - hehehe
*siah/yah - panggilan mil. dulu dia guna 2-2 nama ni. tapi sejak dah bermenantu baru yang namanya yah jugak, dia panggil siah jek.
5. 5 tarikh penting dalam hidup i (five important dates in your life)
*5.2.1979 - birthday encik hairul
*12.6.1979 - syukur kerana aku dilahirkan ke dunia pada zaman ini, bukan zaman jepon dulu.
*22.7.1986 - mak meninggal dunia
*25.12.2004 - wehding anniversary
*25.4.setiap tahun - sepatutnya naik gaji hihihi
6. 5 perkara yg telah anda lakukan semalam
*pergi kerja awal buat persiapan perhimpunan bulanan staf (1 entry akan menyusul)
*petang wat penilaian presentation students
*kul 3.30 dengar ceramah bulanan (ada entry selepas ini kot)
*time punch card, ambik flyer jadual catuan air yang baru. huaaa catuan bersambung lagi lorrr.
*balik keje, pegi pasar malam taman u. beli nasi ambeng akak smiling face, spring potato, tongkeng dan drumstick honey bbq dan pedal goreng. akak smilling face dah kenal kami. tunjuk muka je, terus dia tanya, 'biasa? nak jalan2 dulu, pergi la. nanti datang ambik je.' jadi, pembeli lain jangan kecik ati yer. balik tu terus makan.
7. 5 cara untuk hepi..hepi..i like (five ways to be happy)
*solat berjemaah ngan husband di awal waktu. (sopan giler jawapan ni hahaha) sebab kalau tidak, selain kena bebel, dia juga akan bad mood. dengan aku2 jadi bad mood. pasal sembahyang pon boleh jadi gado wooo
*shopping!
*menyanyi lalalala
*blogging - harus la kan. lagi2 bila tengok kat list recent update tu berderet2. syok!
*tengok baki akaun bank hahahaha (time dah gaji la. dah hujung2 bulan tu, tengok akaun boleh nangis)
8. 5 cerita kegemaran (five favourite movies)
* Melayu - Mukhsin (nostalgia zaman kanak2), Gol dan Gincu (gedik2 pun suka hihi)
* Hindi - Devdas, Mohabbatein, Kabhi Khushi Kabhie Gham
* Cina - Infernal Affair, Fantasy Island, Happy Ghost (zaman kanak2)
* Oramputih - Banyak sangat lor. Antaranya, The Game (kot tajuknya. bukan yang the rock dengan budak2 tu. ni yang alaaa tak tau nak terangkan cemana. dia dapat hadiah di mana dia berada dalam satu game hehe aku pon tak paham), Minority Report, MI2, Notting Hill, Armageddon, The Core, LOTR, Da Vincci Code dll.
6. 5 hobi yg paling suka
*Membaca
*Menjahit
*Melayari Internet
*Menggosok baju
*Menonton tv
7. 5 orang yang anda suka (five favourite people)
* suami
* keluarga
* kawan2 JayPiKay
* kawan2 sekolah
* penceramah yang best. boleh?
8. 5 tempat yang disukai bila bercuti (five favourite places for vacation)
* Rumah ku
* Yang ada tempat shopping
* Air terjun
* Teringin nak pergi Beijing
* Balik kampung terutama bila adik beradik sumer balik sama
9. 5 sebab nape i jawab servey nie (five reason you answer the servey).
* friendship with erin
* tengah takde idea nak update
* dah lama teringin nak jawab tag, tapi takde sape yang tag huhuhu
* tanda sporting, walau pun tak suka teddy bear hehe.
* mengikut trend semasa (padahal dah lama dah trend tagging2 ni)
10.5 orang yang hendak anda tag (five person to tag)
* Kak Yus
* Kak Ajzie
* Ana
* Izan
* Luna (weiii update ler blog tu)
Pergh! Lega. Susah betul nak tag orang sebab jarang berhubung rapat dengan blogger.
Thursday, 29 April 2010
Mesti Ada 5 : Tag Yang Hadir Bersama Award
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 komen:
Alahai.....ni yg kering idea ni...hehe. Apapun thanks ler bg agak tag ni yer, tunggu dan lihat boleh ke idak akak menjawabnya..huhu.
oops, typing error agak=akak
heheheh yuss.. i pun sama nih.. insyallah akan cuba buat
kak yus n kak ajzie: drpd xde mende nak update kan...
sebenonya aku pun x faham sangat soalan yg suruh jawab lima soalan ngan jwpn pun lima tp apa psl diaorang pie buat soalan lbh lima...fenin2..x nak kecikan org yg tag so jwp je lah semua soalan..he..he
salam,
ya ampunnn..susahnya tag,
ni kalau aku kena tag ni, 2 minggu nak prepare jawapan ni..ihiksss.
selamat hari pekerja eh...dah lambat.
:).
:)
erin: kiter fhm maksud dia nak 5 jwpn. tp, tajuk tag ni 'mesti ada 5' ker?
catz: uiks nak jugak ke? nah! twit!
Post a Comment