Fakta. Tahukah anda bahawa saya memiliki sebatang gincu sahaja? Unbelievable? Believe it.
Seumur hidup saya, saya pernah membeli 3 batang gincu. Yang pertama ialah gincu maybelline yang casingnya berwarna coklat. Saya membeli gincu tersebut sebelum millenium. Gincu tersebut tidak sempat habis sebelum dibuang. Saya buang pun kerana bimbang ia sudah tamat tempoh dan berkemungkinan akan merosakkan bibir mungil saya. Saya suka gincu tersebut kerana warnanya sangat natural.
Gincu saya yang kedua ialah gincu maybelline juga, tetapi casingnya kurus berwarna putih. Gincu ini tidak glossy. Gincu ini juga tidak sempat habis dengan alasan yang sama seperti di atas. Akan tetapi, saya kurang gemar dengan gincu tersebut kerana warnanya adalah shocking pink. Saya bimbang jika saya memakainya, orang ramai akan tertarik untuk melihat bibir saya. Lebih membimbangkan, jika orang itu ialah teman lelaki saya. Takut2 saya akan diciumnya hikhikhik.
Dan gincu terakhir saya ialah seperti gambar di atas dan di bawah.
Saya membeli gincu ini pada tahun 2006. Saya ingat lagi kerana saya membelinya kerana kononnya saya bercita2 untuk memakai gincu apabila memulakan alam pekerjaan dengan kerajaan malay5ia. Saya suka warna pink gincu ini kerana apabila memakainya, seolah2 saya tidak memakainya. Jadi, kenapa perlu saya pakai? Entah? Membazir sahaja. Oh, gincu ini glossy. Jadi ia kelihatan berkilat di bibir saya. Bersama-sama dengan gincu ini, saya juga membeli bedak asas jenis cecair dari jenama yang sama. Sebabnya juga sama. Saya begitu bersemangat untuk bekerja, tetapi rupanya saya tidak ditawarkan bekerja pun. Dan, gincu inilah yang masih tinggal dan kadangkala saya gunakan. Setahun, ada lah dalam 10 kali kut saya memakai gincu ini.
Saya tidak suka memakai gincu kerana saya rasa rimas. Tambahan pula, bibir saya akan terkopek selepas menanggalkan gincu ini. Kalau hendak memakai gincu, saya perlu memakai lipbalm terlebih dahulu supaya bibir saya selamat. Tetapi, lipbalm saya sudah lama habis (>5 tahun) dan tidak pernah terfikir untuk saya beli lagi kerana saya merasakan adalah leceh untuk memakai lipbalm dan diikuti dengan gincu pula. Tak kosser!
Jadi, setakat hari ini, saya hanya memiliki gincu ini di rumah. Ya, saya tidak membawanya ke tempat kerja. Sedangkan bedak pun saya tidak tepekkan ke muka selepas solat zuhur, ini kan pula gincu. Jadi, tiada sebab untuk saya membawanya. Sesekali, bila saya memakai gincu, pasti ada yang menegur, 'lainnya.' Dan itu telah menyebabkan saya semakin tidak ingin memakainya lagi.
Itulah kisah saya dan lipstik.
Friday, 16 April 2010
Lipstik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
saya paling tak suka bila lipstik saya melekat pada gigi kemudian ditegur oleh anak saya. Oh! sungguh memilukan (bkn memalukan) kekeke
ya, memang memilukan. mujur juga anak, kalau org lain?
aku suka karangan kau....nostalgik...
Post a Comment