Tuesday, 6 April 2010

Down Memory Lane : Jalan2 Cari Pasal



Minggu lepas merupakan cuti pertengahan semester bagi pelatih2 ku. Menyedari hakikat bahawa cuti mereka ni cuma lah 1 minggu pada pertengahan semester dan 2 minggu pada akhir semester, aku pon mengambil kesempatan itu untuk bercuti. Bukan tak boleh cuti tengah2 kelas, tapi, memikirkan nak mencari pengganti kelas, membuatkan aku malas nak mintak cuti. Ini mungkin kerana aku sendiri tak suka mengganti kelas orang hihihi. Jadi, aku rasa tak syok nak bercuti2 sedangkan orang lain bersusah payah memenuhi jam aku. Perlu diingat, kelas aku seminggu 19.5 jam, ok. Sanggup ko nak ganti dengan kelas ko sendiri 18 jam? Memang boleh diagih2kan, tapi, kalau sampai peringkat mengagih2 tu, aku rasa macam eh, semua orang terlibat hanya kerana aku nak bercuti2 sakan di bali, contohnya. Me, don't like. Melainkan terpaksa. Mentang2 aku aku takde anak a.k.a takde alasan nak ambik EL, tidak bermakna aku sangat rajin. Ye lah, bila EL kan tak payah pikir pasal pengganti kelas. Jatuh kat bahu kb lak tukang cari pengganti. Boleh pulak ada tu, belum balik lagi keje hari nih, 'esok aku EL'. Pang! Hello E tu stand for emergency ok, bukan enjoy2. Dan emergency tu adalah perkara tak dirancang. Sibbaik aku bukan kb ek? hihihi. Belum2 dah nampak taring neh. Erkkk ini intro yea. Sabar je lah. Kalian patut gembira jika aku sudah membuat intro sepanjang ini kerana itu bermakna aku dah mula mendapat rentak semula. Are you ready tu blog???

Makanya aku telah memohon cuti selama 2 hari. Hikhikhik 2 ari je pon kecoh. Bukan apa, aku kena berjimat cermat dalam bercuti untuk bersaing dengan encik hairul. Kalau cuti aku abis, dan cuti dia banyak, tak ke akan menyusahkan aku dihujung tahun? Tak merasa lah aku jalan2 tak tentu hala menghabiskan cuti. Eh, tipu la. Tak pernah lagi cuti aku abis. Setakat ni masih lagi boleh bawak ke gcr sebanyak 15 hari. Yang penting lebihan selepas ditolak 15 hari itu kerana itu lah yang akan dibawak ke tahun depan. Kenapa nak bawak ke tahun depan sedangkan tahun ini pon tak puas bercuti? Itu dipanggil berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian. Oh, tak habis lagi intro ni ek? Ok, stop sekarang. Pointnya satu ayat pertama di perenggan kedua je. Selebihnya, mengeradau.

Balik dari melaka hari rabu tu, aku sampai malam. Jadi, kawan2 terpaksa lah menanti aku balik pada hari isnin untuk mendengar kisah lawatan cik kiah itu. Khamis tu, baru lah kami berkemas2. Padahal ada urusan yang perlu diselesaikan pagi tu. Lebih kurang pukul 11am, kami pun bertolak.

Mula2 sekali kami pergi ke hospital bp. Ada urusan sikit. Tak sampai 30 minit pon urusannya. Dari situ, kami terus pergi makan.
Nasi beriani pokok sena. Ok ok sahaja. Tak boleh lawan mat bond beriani (formerly known as beriani super) bukit pasir. Benchmark aku dalam bidang nasi beriani tu tau.

Dari situ, kami terus ke muar. Saje lalu jalan dalam je sebab takde nak kejar apa2. Tambahan pula, uncle masuk hospital. Boleh la singgah sekali.

Sampai muar, terus ke hospital. Memula katanya wad 8, sekali dah dibawa ke hemo pulak. Aku pon pikir, apa ke benda la hemo2 ni. Aku tau la hemo tu darah sebab, kan aku baru tengok citer daybreakers aritu kan. Hero tu kan pakar darah. Pastu aku pikir, dalam darah ada hemoglobin, kot2 dia ada rawatan darah ke haper2 la. Rupa2nya, hemo tu kependekan bagi hemodialisis. Oh alah! Pusat dialisis la tu kan hihihi. Kebetulan ternampak abang ngah udin (sepupu encik hairul) pon baru sampai, so kami ikut dia je. Ooo lain kali ingat yea, tempat dialisis spital muo ni terletak di depannn tepi jalan besar tu.

Lebih kurang pukul 2.30pm, kami pon meneruskan perjalanan. Singgah solat di surau tepi jalan, tak jauh dari fly over u-turn area kesang kot. Surau terletak betul2 di sebelah kuburan. Kebetulan pintu surau dikunci, jadi aku solat di koridor aje. Betul2 sebelah kubur huhuhu. Insaf okeh. Tapi, siang2 tu pon takut2 gak hihi. Tengah solat, tiba2 ada benda jatuh atas bumbung agaknya, terkezut i. Dah la tak berani sangat. Saspen je. Kemudian, kami terus ke melaka pula.

Singgah sekejap di kedai tepi lebuh amj yang warna pink tu. Alaaa faham2 je lah. Kemudian, singgah jasko meletup semata2 nak beli takoyaki hihihi. Dah ketagihan nampaknya. Sibbaik encik hairul tak berapa suka. Yes! Dari situ kami teruskan lagi ke alor gajah dan keluar di tol simpang 4.


Pastu pastu errr adakah aku tertido? Ermmm ye kot. Sebabnya, sado2, dah tiba tol sungai besi. Masuk jalan ke cheras dan terus melalui mrr2. Waktu maghrib, singgah makan di taman melati. Tah, kat mana tah. Wangsa2 gitu la. Kalo tak wangsa maju, setiawangsa. Ada restoran nasi lemak internasional gak kat situ. Kami makan ini.


25 cucuk je

Dan akhirnya, kami ke sini (gambar di atas). Di mana ya?



2 komen:

kakLuna said...

1st world genting..sbb aku pun penah bgambo kat situ

AyunasiA said...

hihi taste bergambo pon sama ek.