Thursday, 23 February 2012
Samarinda Kain Samarinda
Apa Cer?
Wednesday, 22 February 2012
Apa Pun Tak Boleh : Episod 1 - Hahit Hihi, Mahkotaku Akan DiBongkar
salam dari Indonesia!
Root canal treatment kadang-kadang menyebabkan rasa sakit, terutama bila dilakukan pada gigi yang masih vital (jaringan pulpanya masih ada). Rasa sakit biasanya terjadi setelah jaringan pulpa diangkat. Rasa sakit juga bisa terjadi akibat iritasi obat-obatan yang dimasukkan ke dalam gigi selama root canal treatment.
Bila hal ini terjadi, penggunaan analgesik seperti parasetamol atau asam mefenamat dapat mengurangi rasa sakit. Rasa sakit hanya dapat dihilangkan bila sumber rasa sakit (obat-obatan dalam gigi) diangkat. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh dokter gigi
Friday, 17 February 2012
Lawak Jambu
Dulu, kat belakang plastik jajan, mesti ada gambar yang menerangkan 'jajan ini sesuai dimakan ketika... berkelah, parti dan sebagainya', kan? Tapi sekarang macam dah takde sangat. Maybe sebab derang terpaksa tulis fakta nutrisi kot, tu yang tak muat dah. Tapi, baru2 ni aku discover sesuatu seumpamanya pada plastik jambu kering. Alaaa yang brand gar'sva ke haper tah tu.
Masa mula2 baca tu, tidak lah aku perasan apa2 yang pelik. Ok, kita boleh makan ketika travelling, boleh makan dengan roti (celup dulu dalam air supaya lembut) dan sebagai pelawas. Bab roti tu memang aku pelik sikit. Macam tak pernah dibuat orang kot. Makan roti dengan jambu? Tapi kalau takmo takyah lah buat.
Dan gambarnya pulak mula2 anak dia nangis sebab sembelit, pastu dia kasi anak dia makan jambu ni, dan gambar yang dia gelak besar tu sebenarnya sebab dia dah senang 'beri' hihihi. Dan yang paling aku tak boleh tahan nak gelak ialah, dia siap taruk gambo stool tu lagi hikhikhik. Sibbaik aku tengok gambo ni time jambu ni dah nak abis. Kalo tak harus nak makan tu terbayang2 jer najis tersebut huhuhu.
Tuesday, 14 February 2012
Sambutan Maulud Nabi Yang Sebak
Pagi tadi telah berlangsung sambutan maulud nabi di tempat kerja ku. Sejak seminggu yang lalu, kami dah sibuk membuat persiapan. Bukan persiapan apa la. Buat banner ngan bunga manggar jek. Ada pertandingan. Tapi, bila tiba masa, tengok2, kami je bahagian yang sibuk membuat banner sendiri. Bahagian lain sumer tempah kedai punya. Tak best, kan? Kami je yang best hahaha.
Acara bermula dengan perarakan keliling institut. Oh, lupa lak. Warna tema kami ialah maroon/merah. Bagi perempuan, takde masalah nak cari baju kan. Cakap je nak kaler apa, semua pun ada. Kalau lelaki susah sikit. Baju melayu buat setahun sekali. Tu pun kalau dah kerja, dah kawin, mungkin lah, terpaksa gak ikut tema suami isteri. Cukup 12 tahun kawen, semua warna dalam set pencil color tu dia ada. Kalau macam students ni, warna pun terhad. So, redha je lah baju budak lelaki yang berwarna warni. Bagus jugak. Boleh dapat idea tahun depan nak buat baju raya kaler apa. Eh, tahun ni.
Selesai perarakan yang diiringi dengan selawat dan paluan kompang yang diketuai oleh rahim, kami terus masuk ke surau untuk acara selanjutnya.
Acara di surau dimulakan dengan bacaan berzanji oleh 4 orang staf iaitu ustaz, encik ibrahim, hj nord!n dan hj sujar!. Dan semasa bacaan berzanji nilah aku tiba2 berasa sebak. Dan mula bernostalgia.
Dulu, (tak lah dulu sangat. masa kecik2) kalau ada pengantin jek, mesti ada berzanji. Pengantin perempuan kira wajib lah berzanji ni. Selalunya, dulu, derang nikah malam, pastu terus berzanji (atau acara berinai sat, kendian berzanji). Kiranya, nak jadi pengantin ni, selain debaran semasa bernikah (lelaki la yang berdebar pon, pempuan debar sikit2 jek kot), terdapat satu lagi debaran iaitu berzanji dan khatam al-Quran. Kalau berzanji malam, khatam lak belah siang (hari langsung). Takde maknanya nak bersalin2 baju memalam tu der. Kalau ada pun belah petang, tu pun sensorang je la, lum nikah kan. Lagi pun, dulu2 kan mana boleh pengantin berposing2 sakan sebelum bersanding besar tu, kan?
Teringat aku masa kakak aku nak kawen dulu (1993). Kengkonon kami nak khatam sesama. Sekali sehari sebelum hari tu aku terpe'ot pulak. Sedih jek. Dah lah dah siap buat baju baru kaler putih. Tak dapat nak pakai.
Aku rasa ini satu lagi keistimewaan orang negeri johor. Pandai berzanji. Kalau tak sedap pun, lagu dia kita tau lah sikit2, ye dak?
Tapi sekarang, walau takde lagi acara berzanji dan khatam al-Quran, zaman sekarang ada kumpulan khaujakan (selalu sebut ujakan ujakan jek. contoh ayat, mak nak pergi mana? mak nak pergi ujakan. gitu). Kadang orang panggil kumpulan wirid. Ni pun popular di johor. Selalunya derang berujakan pada pagi hari langsung. Masa adik aku kawen tahun lepas pun mak panggil kumpulan ni. Agaknya pengantin2 johor zaman sekarang dah tak pandai berzanji kot, tu yang ditukarkan acara berzanji dengan ujakan. Errr tapi masa aku kawen pun takde berzanji dan khatam al-Quran. Bukan tak pandai, ok. In fact aku memang khatam pun masa tu, cuma tak dijadikan acara dalam majlis itu jek. Tak dapat aku menonjolkan bakat terpendam ku huhuhu. Aku rasa group ni wujud sejak zaman millenium ni kot. Sebab aku sedar benda ni masa lepas abis study dulu. Tapi kalau tengok sejarahnya, sejak 1915 lagi dah ada kat muo. Ke aku yang ketinggalan ketapi? Tapi rasanya dia popular kat muo kot. Lambat sikit sampai ke kota. Tengok senarai ajk pun ramai orang muo. Opisnya pun kat muo jua.
Apa2 pun, zaman berzanji dulu tetap best. Aku belajar berzanji ni dengan orang yang sama ajar mengaji yang nak masuk musabaqah tak jadi tu. Masa tu malam2 derang pasang pembesar suara lagi untuk berzanji. Tu yang pengantin berdebar tu. Satu kampung dengar hihihi. Cer tengok sekarang... malam2 lagi dah start karaoke. Isy isy isy... Hmmm tiba2 rasa macam nak beli kitab berzanji tu pulak.
Ya ampunnn dah melalut pulak.
Berbalik ke majlis maulud tadi. Selepas berzanji serta berselawat, acara diteruskan dengan ucapan pengarah dan seterusnya acara yang ditunggu2 iaitu ceramah. Eh, cop, sebelum tu ada bacaan ayat2 suci al-Quran dari surah ali imran oleh student. Pastu baru lah ceramah oleh imam masjid jamek labis yang juga ex-imam masjid bentara bp (masjid lama yang depan stadium/dataran tu kot ek?). Dan di sini aku kongsikan serba sedikit intipati ceramah beliau sebentar tadi.
Point pertama beliau menyentuh mengenai iktikaf di masjid. Pahala iktikaf di masjid adalah bersamaan dengan pahala memerdekakan seorang hamba. Walaupun sekadar tempoh memerah susu seekor kambing (lebih kurang 5/6 minit). Oleh kerana zaman sekarang dah takde hamba, perumpamaan memerdekakan seorang hamba ni sama lah seperti memberi hantaran kahwin bagi orang biasa. Lebih kurang rm5k - rm10k gitu. Purata. Tapi nak beriktikaf ni pun ada hukum2, adab dan amalannya. Sila tuntut ilmu tersebut.
Point seterusnya mengenai sunnah2 Rasulullah saw. Antaranya ialah mengenai tempat2 yang kita masuk kaki kiri, keluar kaki kanan. Selalu kita dengar, masuk toilet kaki kiri, keluar kaki kanan, kan? Sebenarnya ada satu lagi tempat yang disuruh kita masuk kaki kiri keluar kaki kanan. Iaitu pasar. Ni first time aku dengar hihi.
Kisahnya saidina abu bakar pernah bertanya kepada siti aisyah, ada tak amalan Rasulullah yang ayahanda tinggalkan? Memula aisyah cakap, takde, semua pun ayahanda dah lakukan. Pastu ayahanda bertanya lagi, cer pikir lagi. Kot2 ada yang tertinggal. Akhirnya aisyah pun dapat mengenalpasti satu amalan yang belum lagi ayahandanya ikut seperti Rasulullah. Amalan itu ialah, setiap pagi, Rasulullah akan ke pasar.
Haaa bukan bukan bukan. Bukan pergi pasar beli lauk untuk makan tengahari ya. Tetapi baginda memberi makan seorang lelaki tua yahudi yang buta. Lelaki ni duduk di pintu masuk pasar dan sepanjang masa di situ, dia mengutuk, menghina dan mencaci Rasulullah. Sungguh pun dihina, baginda tetap melakukan rutin hariannya memberi makan semangkuk kurma kepada lelaki tersebut.
Lalu, saidina abu bakar pun pergi ke pasar untuk melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah selama ini. Sesampai di sana, memang betul, ada seorang lelaki tua yahudi yang buta yang sepanjang masa mengutuk Rasulullah. Lalu saidina abu bakar pun mendekati lelaki itu dan menyuapkan kurma ke dalam mulutnya. Ptuih! Lelaki itu marah lalu membuang kurma yang disuapkan itu. Awat? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap kupas kulit keras kurma. Lalu abu bakar pun mengupas kulit kurma dan menyuapkan lagi ke mulut lelaki itu. Ptuih! Dia marah dan buang lagi. Awatnya? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap buangkan biji kurma sekali. Ok, abu bakar pun kupas kulit dan buang biji pula. Dia pun suap ke dalam mulut lelaki itu lagi. Ptuih! Lelaki itu marah dan buang sekali lagi. Kenapa pulak? Orang yang suapkan aku kurma sebelum ni tau aku dah tua, so dia siap lenyek2 kan kurma tu sebelum bagi aku makan. Pung pang pung pang selesai bagi makan, saidina abu bakar pun tanya, kau tau ke saper yang bagi kau makan selama ni? Tak tau. Itu lah Muhammad yang kau kutuk2 ni. Dia nak jumpa Rasulullah, tapi masa tu Rasulullah dah wafat. Last2 orang tua tu pun mengucap dua kalimah syahadah. Heh... aku tak pandai lah nak citer macam ustaz tu citer. Tapi lebih kurang cenggitulah.
Seterusnya mengenai solat berjemaah. Rasulullah menyatakan, sebaik2 solat bagi jiran masjid ialah solat di masjid. Jiran di sini bermaksud 40 buah rumah dari masjid. Pastu datang seorang buta ni kepada Rasulullah. Macamana aku nak ke masjid, aku kan buta, tak nampak jalan. Kalau macam tu, kamu solat lah di rumah. Apabila lelaki itu ingin melangkah keluar masjid, Rasulullah bertanya, kamu boleh dengar azan tak dari rumah mu? Boleh, katanya. Kalau macam tu, kamu kena datang solat berjemaah di masjid. Maknanya orang buta dan pekak je yang tak wajib solat berjemaah di masjid.
Balik rumah, lelaki itu (Abdullah namanya) pun bagitau kat isteri dia, Rasulullah suh aku solat berjemaah di masjid. But how? Lalu isterinya mengikat tali dari rumahnya ke masjid dan mengikat suaminya pada tali itu. Sedang abdullah berjalan, tetiba dia tersepak batu lalu jatuh. Wife dia kat rumah ni tau yang dia jatuh dan terus pergi mendapatkan suaminya. Alamak, baju abang kotor lah. Meh kita balik salin baju lain. Dah salin baju, abdullah berjalan lagi ke masjid. Dan dia terjatuh lagi sekali. Isterinya pergi lagi dan ajak balik salin baju. Kali ketiga abdullah pergi, dan dia nak jatuh lagi, tapi kali ni ada tangan yang membantu nya, tak jadi jatuh. Dan 'orang' itu pun memimpin abdullah ke masjid dan mengadapkan dia ke arah kiblat. Abdullah bertanya, saudara tak solat sekali? Tak. Kenapa? Sebab aku sebenarnya adalah iblis.
Eh, bukan salu iblis akan menghalang manusia melakukan ibadat ker? Iblis tu cakap, masa kau jatuh first time tadi, Allah mengampunkan semua dosa2mu. Kali kedua kau jatuh, Allah mengampunkan dosa isteri, anak2 dan keluarga mu. Kali ketiga kau jatuh, aku takut Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini. Sebab tu aku tolong kau supaya tak jatuh.
Moral of the story, balasan isteri yang membantu suaminya dalam beribadat ialah akan masuk syurga 10 ribu tahun (di akhirat = 1000 x 10k) lagi awal dari si suami. Dan solat lah berjemaah di mana tempat dilaungkan azan kerana jika tidak cukup 2/3 dari penduduk sesebuah kawasan yang solat di masjid, maka kita akan dilalaikan oleh iblis. Dan solatlah di awal waktu. Tempoh yang dimaksudkan awal ini ialah 45 minit dari masuk waktu.
Point seterusnya ialah mengenai 7 amalan rutin harian Rasulullah yang tidak pernah baginda tinggalkan. Ni mesti biasa dengar kan. Takper, aku nak share jugak.
- Solat berjemaah
- Solat tahajjud
- Solat dhuha
- Membaca al-Quran - lelaki at least 100 ayat/hari, perempuan at leasy 3x surah al-Ikhlas (bersamaan dengan khatam satu al-Quran)
- Sentiasa berwudhuk - tips caranya ialah dengan membawa al-Quran ke mana2 (sebab kita tak boleh menanggung al-Quran tanpa wudhuk, kan? So dengan membawa al-Quran sepanjang masa, kalau terbatal, kita mesti nak kena berwudhuk jugak)
- Sedekah
- Muliakan ayah dan ibu
Dan akhir sekali ialah 4 amalan yang patut diamalkan bagi perempuan setiap hari iaitu
- Baca al-Quran
- Selawat
- Maafkan orang
- Zikir - Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu akbar
Itu je yang sempat aku catitkan. Lelain tu citer2 semasa. Habis ceramah, kami pun makan. Nasi minyak ke beriani tah. Lauk ayam masak merah dan kambing. Bestnya kalau dapat makan dalam dulang, kan? Macam masa kecik2 dulu...
Ok, sekian. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah!
Monday, 13 February 2012
Takde Cerita Dah
Dalam pada sibuk bersenam untuk kesihatan tu, aku terpaksa akur dengan ketentuan olehNya. Aku tak boleh lasak2 sangat sebenarnya. Kalau terlalu penat aku mudah jatuh demam. Dan pada minggu lepas (cuti maulidurrasul), aku pun ditimpa virus high fever (tak tau nama virusnya, tapi bukan influenza la kot sebab takde selesema). Hari jumaat tu, pepagi dah rasa tekak lain macam. Belum sakit tekak, cuma asik nak telan liur je. Dah tau dah, tanda2 demam lah tu. Sampai di opis, duduk dalam ekon yang selalunya tak sejuk sangat tu pun rasa sejuk macam duk antartika. Siap sarung blazer 2, jaket 2 + baju kurung pun rasa sejuk. Pukul 11am, aku pun mintak balik. Mujur aku cepat balik sebab sesampai je aku di rumah, terus lemah segala otot. Lebih kurang jam 1pm, encik suami balik ajak gi klinik. Tapi hari jumaat, klinik kat pr ni mesti tutup punyer, sebab doktor dia lelaki. So, kami ke klinik yang komfem semua doktor pompuan. At least kalau tutup pun sekejap je kot.
Sampai klinik jam 1.30pm, sempat lah encik suami berkejar ke masjid peserai. Sekarang kan masuk waktu lambat? Tapi sempat register je lah. Doktor rehat 1.15-2pm. Ok lah jugak. Tak la lama sangat kena tunggu. By the time encik suami sampai, aku pun dapat ubat. Huuuuuu sakit sakit sakit (mengada2 mintak simpati hihi).
Dah, itu je lah cerita terbaru. Besok kang aku citer pasal sambutan maulud kami yang akan berlangsung esok. Chiow!
Friday, 10 February 2012
Busy Body!
Last 2 weeks (4 bulan kemudian) aku pergi lagi (dah macam rumah aku pulak. eh, tapi kalau rumah aku, maunya tetiap hari aku gi tengok). Dah siap plaster dan pasang bumbung. Kali ni aku masuk dalam sekali.
Like sangat beranda keliling cenggitu, tapi aku nak beranda yang tinggi sikit dari aras tanah. Ni kira inspirasi jugak ni.
Kat dalam, ada 5 bilik, 2 attached bathrooms (bathrooms nyer kat tengah2 antara 2 bilik, 1 untuk bilik ni, 1 untuk bilik tu), 1 separated bathroom and toilet. Bumbung dia pakai zink zaman sekarang. Siling pun dah pasang. Yang aku perasan, bilik2 dia agak kecil. Tapi hall dan dapur besar. Tak tau lah. Maybe sebab belum siap, tu yang nampak kecil. Yang aku suka, tang beranda kat keliling rumah nih. Sampai ke dapur beranda tu. Kira bentuk C. 10 kaki jugak lebarnya. Sebab tu kot bilik dia kecik. Dia lebihkan beranda ni.
Secara am nya, aku tak minat sangat design dalam rumah ni. Aku kan suka benda2 yang simetri. So, rumah aku nanti mestilah ada unsur simetri jua. Ni ada beberapa contoh rumah yang menangkap mata aku di sekitar bp-muo.
- Bumbung. Tinggi dan beranak2. Aku tak suka bumbung yang sekali harung jek. Pastu dia tutup penuh bumbung dia. Ala2 macam fringe rambut, tak nampak dahi. Kalau tengok rumah yang atas dia, bumbung nya nampak dahi hihihi (sila imagine).
- Tingkap. Aku suka design ala2 kain pelikat tu.
- Pintu. Cantik2 belaka.
- Batu kat tiang. Kreatif dan menonjol.
- Platform. Nak masuk rumah kena naik tangga sikit.
- Warna. Sekarang memang musim warna cenggini kan...
Okeh... dari nak citer pasal progress rumah orang, dah melalut2 ke komen juri pulak. Seperti biasa...

Thursday, 2 February 2012
Bot Karam
Wednesday, 1 February 2012
Sejati, Baik, Sabar
Apo ko bondo falun dafa ni? Ia juga dikenali sebagai falun gong, merupakan 5 set latihan qigong iaitu pergerakan perlahan dan mengajar prinsip alam semesta iaitu sejati, baik, sabar. Bermula di negara china pada tahun 1992, diasaskan oleh encik li hongzhi. Rasanya dia ala2 taichi bagai tu kot. Qigong tu kan macam taichi2 gitu kan? Untuk kesihatan. Aktiviti falun gong ni percuma, sukarela dan terbuka. Nak tahu lebih lanjut, sila kunjungi laman web mereka.



