Tuesday, 7 January 2014

TPO Abang Kepada JPO


Selepas agak konfiden dengan suasana trafik di nagoya, kami cuba pergi keluar sikit lagi. Kali ni ke gifu pulak. Sebelah daerah je. Kali ni nak ke toki-premium-outlet. Aku rasa betul lah, dia sama adik beradik ngan jpo sebab font papan tanda dia pun sama. Kalau ikut gps, dia suh lalu hiway. Tapi biasa lah, kami kan kedekut tol. So, kami ikut jalan biasa. Masa pergi tah ikut jalan mana tah. Siap lalu kampung2 lagi. Dah ler pergi tu petang, kul 5 je pun dah gelap. Akhirnya sampai juga di sana, lebih kurang pukul 6. Kot. Cepat tul lupa.

Pemandangan sepanjang perjalanan. Elok juga lalu jalan alternatif ni. Luas sikit pemandangan.



 
 

Terowong di mana2.
 
 


Errr tak nampak pape pun. Tapi binaan ni sama cam jpo, kan?

tpo ni kecik sikit banding ngan outlet yang kat nagashima tu. Setingkat jer. Aku pun tak tau nak cari apa kat sini. Memang tak terfikir nak beli baju ke haper. Last2 aku beli breadmaker t-fal. Dapat rege 10k. Tapi kat situ takde yang bleh cakap omputih. Tapi paham lah jugak dia terangkan cara nak guna. Pakai bahasa isyarat jer hihi.



Bersedialah untuk bersenam kalau dah start meroti nih. Harus badan pun naik macam roti jugak.

Pukul 8 malam, kami pun balik. Sampai rumah, terus kemas2 untuk perjalanan besok. Macam tak bersedia jer nak berjalan2. Aku ingat nak pergi lepas new year sebab banyak tempat tutup time new year nih. Tapi kalau gi lepas new year, dah nak abis cuti pulak. Redah je lah. Makanan pun tak sempat standby. 

Breadmaker pun tak sempat try. Cubaan pertama ni dibuat selepas balik dari bercuti. Kembang nyer doh itu!

Lain kali buat yang light sikit kot. Ni macam terlebih masak tepi dia.

Kalau uli sendiri macam susah nak dapat macam ni.

Tiba2 citer roti pulak. Balik tu kami ikut jalan lain, terus ke nagoya. Dekat jer rupanya dan jalan 4 lorong. Lain kali ingat, ikut jalan ke kasugai, kendian ke toki. Sekian.

0 komen: