Thursday, 9 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Fushimi Inari Shrine Dan Torii Gate - Torii Gate Nyer


Aku ni beriya cakap pasal tempat penggambaran memoir of a geisha, padahal sebenarnya aku belum pernah tengok pun cerita tu. Sebelum pergi ni lah. Balik tu terus aku download dan tengok. Best tengok sebab dah pergi ke tempat2 tu. Sama suasananya. Tapi memang citer tu best pun, kan. Dah keluar dari nagoya ni baru lah aku rasa macam duduk kat jepon sket. Dah, sepanjang perjalanan dengar radio jepun. Sampaikan aku dah tersuka satu lagu jepun ni. Pernah dengar time soping  kat aeon. Tapi tak tau tajuk dan nama penyanyi nya pulak.

So, hari kedua, kami check out pukul 10 pagi. Memang waktu check out dia pun. Memula pusing2 sekitar kyoto station dulu sebab nak cari tv tower.



Ada sebuah temple besar kat situ. Ni temple yang hidup rasanya.

Stesen (eki) ketapi kyoto. Sebelah dia ada post office.

Tv tower ni  kat depan eki jer. Salu dengar derang citer, kuar2 je stesen, terus nampak tower ni. 




Elok je cover construction site dia.

Seterusnya kami teruskan misi ke fushimi yang tergendala semalam. Kali ni kami park kt 7E hehehe. Malam tadi ternampak 7E dekat dengan tempat tu. Jimat sket. Tapi nak elak rasa bersalah, beli lah sebotol air mineral kat situ. Suka suki je nak parking free.

Fushimi ni sebenarnya shrine jugak, cuma specialnya kat sini dia ada torii gate (gate yang besar2 kaler oren tu) yang berderet2 macam dalam citer memoir of a geisha tu hehehe. Lagi2 memoir. Padahal 2 kali jer scene kat situ. Tapi scene tu obvious sangat nampak tempat ni. Scene chiyo tu berlari ke temple selepas berjumpa ngan chairman pertama kali. Oh, my chairman. Jatuh cinta pandang pertama gitu.

So, dari 7E tu kami menapak la sikit ke tempat ni. Kat sini ada JR line yang berenti betul2 kat depan pintu masuk dia. So, kalo pelancong nak pergi ke sini senang la. Turun kat stesen Inari, okeh? Tempat ni juga ada banyak kedai cenderamata dan makanan. Tapi masa aku sampai tu banyak lum bukak. Awal sangat ke eh? Dah kul 11 kot.

Kat lorong ni banyak kedai cenderamata.

Aku masuk ikut gate ni. Besarrr kan gate tu? Lorong ni banyak jual makanan. Telan ailioq je tengok takoyaki.

Sumer gerai tutup jek. Dah cuti new year kot. Oi! New year la ramai pelancong. 

Belum masuk pun dah jumpa 2 gate.

Di depan pintu masuk. Masuk adalah percuma.


Semua tempat pun ada kolah camni.





Ni gate yang besar2.

Dengar citer setiap gate ni ada sponsor dia.


Yang ada tulisan ni boleh dilihat dari arah berlawanan (hala balik).

Yang ni gate kecik2. Scene memoir tu kt sini rasanya.





Haaa ni dia... sama kan?

Jenuh tunggu takde orang nak tangkap gambar ni.



Dah takde orang, lama lah pulak. Terpaksa wat gaya pun tah pape.




Abaikan...







Cukup2 lah tu. Sila lah balik.








Dah. Itu jer citer kat fushimi ni. Next, kami ke kiyomizudera. Tempat pelancong wajib pergi jugak ni.


3 komen:

Shila said...

So kalau dari Osaka naik train ke Kyoto turun kat Inari kalau nak gi Fushimi tu kan? takot salah faham huhu..

berguna entry ni sebagai rujukan hehe

AyunasiA said...

errr rasanya train ni local train kot. biasa panggil JR line. dia mcm komuter, jalan area kyoto jer. ala2 subway jugak, tapi atas tanah. dah sampai kyoto baru cari train ni. biasa ada jual daily pass untuk train+bus+subway. yang dr osaka tu train nasional.

Unknown said...

Kalau pelancong dari msia/outside leh beli pass jr utk seminggu harge die lbh krg 900 kot.. So nnti sng travel naik jr lines sbb jr ni melalui satu jepun line die dan jugak shinkasen pun include jugak... Sbgi tourist mmg berbaloi2 la nnti trn naik shinkasen pun tada hal pnye... Yela kan shinkasen kalau dr ngo ke tokyo je dah 10k yen one way.. Kan brrbaloi2 kli ade jr pass hehee... Tp tok tourist jela kt yg kat sini tok leh huhuhu