Wednesday, 8 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Bamboo Grove


Selepas solat, kami pun cuba mencari lagi. Kali ni gi tanya kat pakcik jaga parking tu. 

Sumimasen, chikurin wa doko desuka?

Wah! Terkesima i dengar encik suami tanya camtu hahaha. Sebenarnya dah gugel translate bamboo grove tu. Chikurin. Tak sia2 dapat markah 18/20 dalam ujian oral itu hari hihihi.

Pakcik tu pun tunjuk la. Hait hait arigatou gozaimasu. Ropanya bamboo grove tu kat seberang jambatan tu jer. Tapi kena jalan sikit la. Patut la ramai orang kat seberang jambatan tu.

Ok, nampak gambar daun buluh yang aku bulatkan tu? Bulatan kecik merah tu ialah jambatan tadi, dan kami park kete kat bulatan kuning. Takde kaitan tul.

Oh, aku tak pernah cerita pasal kedai makan kat sini yang display menu dia camni  kan? Nampak sedap jek. Dia awet kan kot sebab nampak macam betul.

Siap dengan kabinet khas lagi. 

Tengah aku setting2 kemre, lalu dua orang pompuan ni. Geisha! Maiko kot. Macam muda lagi. Alaaa terlepas pulak. Tak dapat ambik gambar dari depan.


Jauh gak la nak sampai ke bamboo path tu.

Kawasan rehat dia. Nanti aku tunjukkan apa ada kat dalam ni.

Ada servis ni kalau nak jenjalan kat bamboo grove tu tanpa berusaha. Sediakan duit je lah. 

Ramai je orang naik ni,

Sebelum sampai tu pun ada lalu kat satu temple.

Pondok telefon comel.

Ada garden jugak, tapi nak masuk kena bayar. Ok, abaikan. 

Macamana dia ambik pucuk ni ek? Kan pokok tu tinggi?

Untung la ada orang tarikkan


Akhirnya, kami pun sampai di bamboo grove tersebut.


Belum nampak pokok buluh lagi.


Dah nampak sikit2.

Yang best nya, baru je kami nak set up tripod, nak bergambar berdua kononnya, bateri kamera pun kong. Yeay! Best sangat, kan? Huh! So, takde lah aksi2 romantik di hutan buluh ini hahaha. Romantik ker...

Maka aku ambik gambo dia, dia ambik gambo aku. Malas nak mintak orang tangkapkan gambar. 


Susah betul nak suruh ambik gambar yang menepati spec aku. Aku nak pokok buluh tu nampak tinggi, dalam masa yang sama, aku pun nampak tinggi. Acaner tu?

Besar2 dan lurus2 betul buluh2 ni. Nampak klasik warnanya.






Ada satu scene memoir of a geisha kat sini hehe.




Okeh, itu jer gambar terbaik yang berjaya ditangkap dengan kemre henfon. Boleh pulak kemre compact aku tinggalkan dalam kete...? Selama ni tak pernah aku tinggalkan dia ke mana2 pun. Dusy dusy dusy!

Papan tanda arah ke bambbo path dan togetsu-kyo bridge.

Ini lah benda yang ada kat kawasan rehat tadi. Ada stesen tram. Baru aku perasan yang kat nagoya takde tram. Kat kyoto ni ada.

Ada kimono path juga. Cantik2 kain yang dibalut pada tiang2 ni.

Dapat idea nak hias rumah hehehe.



Selesai lawatan ke arashiyama, kami terus ke fushimi shrine. Ni pun lokasi penggambaran memoir of a geisha. Sampai2, dah pukul 8 lebih. Dah tutup. Singgah kombini, makan nasi dalam kete. Kendian kami pun cari hotel. Main redah je ni. Dah nak booking sebelum pergi pagi tadi, tapi credit card pulak problem. Call bank islam, rupanya dia belum open international transaction. Bukan kami dah buat ke sebelum pergi aritu? Hampagas tul.

Selepas berpusing2 dan bertanya kat beberapa hotel, akhirnya dapat juga hotel toyoko inn. Memang aku target nak duduk hotel ni pun. Ramai mesian yang rekmen hotel ni. Dia ada banyak kat seluruh jepun. Kat kyoto ni je pun ada 3-4 buah. Dan oleh kerana kami check in tu dekat2 pukul 11 malam, ada diskaun 2k. Hotel2 kat sini tak kira ikut bilik, sebaliknya ikut orang.

Sebelum sampai kat sini kami ada terjumpa satu hotel ni. Dia takde reception. Bangunannya macam chalet, tingkat bawah garaj kereta, bilik tingkat atas. Bila kereta kita masuk kawasan tu, satu pintu garaj kete akan terbuka. Kat situ dia ada tulis rate untuk bilik tu. Tah, aku pun tak faham kekdahnya. Tak berani lah nak masuk. Baca website pun tak faham. Aku agak2, dia bayar pakai mesin kot, macam bayar parking.

Derang citer hotel ni selesa dan bersih.

Cuma sempit je lah bilik dia. Biasa lah, jepun.



Toilet dia bersih sangat!

Bersih sangat macam dia baru install semalam. Boleh?


3 komen:

Shila said...

Nak pegi tgk pokok buluh jugak la nanti

AyunasiA said...

mesti pergi... kena kumpul stamina kena banyak berjalan. naik bukit lagik.

Etuza said...

menarik pengalaman anda di Jepun..saya ada ke Jepun namun gambar tak sehebat gambar Cik Puan ni terbaik lah..