Tuesday, 7 January 2014

Kain Cotton Special Edition Hello Kitty


Selingan iklan.

Kain cotton batch kedua telah aku pos ke malaysia. Maybe ambil masa 2 minggu baru sampai. Aku lambat pos sebab tunggu musim tengkujuh tamat hihihi. Oleh kerana lambat, sempat lah aku top up kain tu lagi 7 lai. Kali ni aku ambik kain yang dalam koleksi yang sama. Kualiti dia memang tip top. Warna tak luntur ok... Sila lah tengok yea kawan2 ku... email ayunasia@yahoo.com untuk maklumat lanjut. 

Sementara itu, aku nak tunjukkan korang akan kain cotton yang sangat comel. Aku tak jual sebab mahal lor... Semeter je dah seratus lebih. Ringgit ya, bukan yen. So, buat cuci2 mata boleh lah kan. 

Yang ini kain dia macam licin sikit dan agak nipis. Tak macam kain baju sekolah sangat. Tapi mahal ok. Kat 0tsukaya pun dia selevel ngan cotton italy. Aku rasa kain ni mesti sejuk bila dipakai.

Corak dia pun comel2. Cuma kain ni cycle dia agak lambat la sebab tak ramai orang beli. Kalau yang aku jual tu, beli minggu ni, minggu depan belum tentu ada lagi.

Yang ni lah corak hellokitty tu. Memula aku tak perasan. Dah banyak kali lalu baru perasan. Tu pun sebab aku belek sebab curious apasal mahal sangat haha.

Cute nyer kitty...

Tengok ler regenya tu. Dah macam sutera.

Ni semua corak kitty. Geram comel2.

Aku berkenan yang 5 dan 6 dari kiri tu. Kenapa lah comel sangat ni?

Ok, itu jer. Chow!


5 komen:

Unknown said...

Ni tingkat 2/3 eh??? Huhu penah gi skali je lvl yg mhl2 ni tgu nk blk bole la beli pakai sndiri...

AyunasiA said...

tingkat 2. mmg selalu bypass je level 2 ni.

Shila said...

comelnye yg ada hello kitty tu...:)

AyunasiA said...

shila, kitty tu dah mmg comel, buat apa pun jadi comel.

Anonymous said...

Liberty punye keluaran of coz mhal lagi2 sanrio