BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 9 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Kiyomizudera & Higashiyama Walk.


Dari fushimi inari, kami terus ke kiyomizudera. Kiranya aku pergi tempat2 yang wajib pergi je lah kat kyoto ni. Ikut kan banyak je memacam jenis shrine, tapi encik suami dah bising, takde masjid ke? Erk... Nak kena jawab ke? Maka aku pilih yang top2 jer la. Kiyomizudera ni temple yang dibina di lereng bukit dan ada platform untuk lihat sekelilingnya. Memang cantik time autumn. Tapi mana2 gambar yang aku tengok, mesti diambil dari satu sudut ni. Bukan dari atas platform tu, tapi menunjukkan orang ramai kat platform tu. Gayat aku. Cer la korang google image, komfem akan keluar gambar dari sudut tersebut. So, tujuan aku pergi ni ialah untuk ambik gambar dari sudut tersebut la hahaha. Nak menambah koleksi yang sedia ada kat google tu hihi. Cuma time aku pergi ni takde lah cantik sangat pemandangannya sebab nampak ranting2 pokok jer.

Sampai di kiyomizudera, memula kami dah masuk kat parking lot 'rasmi' dia, tapi kami keluar balik sebab tak tau  berapa rate dia. Sibbaik tak kena bayar. Parking kat tepi jalan je senang, dah komfem tau berapa nak kena bayar. Lepas parking kami terus ikut orang. Tengok peta dia pun tak paham. Dah penat2 memanjat tangga, terjumpa temple lain pulak. Gi tanya kat kaunter tiket temple tu, dia kata kena turun bawah. Holohhh penat tau tak???

Dah nak turun baru nampak ramai orang kat situ. Naper tadi nampak ramai orang hala ke tempat lain? Oh, tapi dari sini baru aku tau yang laluan ini ialah higashiyama walk! Sebuah jalan yang menggambarkan kyoto pada zaman dahulu. Macam dalam memoir of a geisha tu (lagi???). Katanya tiang2 telefon dan letrik pun takde kat jalan ni. Maknanya kiter kena melalui higashiyama ni la untuk ke kiyomizudera tu. Bagus! 2 in 1.

Sepanjang jalan ialah kedai2 souvenir.

Manusia adalah sangat ramai.

Ramai wanita memakai kimono.

Belakang tu dah start mendaki bukit. Penat mendaki je lah keje nya. Patut lah derang yang datang melancong ke sini kata balik mesia derang demam penat. Banyak nor berjalan dan mendaki. Lagi lah naik public transport, kan...


Bekas air ke ni? Tak ingat dah citer oshin.



Nampak doraemon! Oh, tahun ni movie doraemon nak keluar tau. Tak tau biler. Sibbaik lah kiri kanan ni banyak kedai, tak lah terasa sangat mendaki tu.

Setelah tonggek mendaki, akhirnya sampai di pintu gerbang ini. Macam tak percaya jer temple tu kat sini. Tak nampak bayang pun?




Ok, sini nak masuk kena bayar. 300 yen seorang.


Pagoda ni pun femes kot. Ntah.



Masuk ikut sana tu.

Masuk2, terus jumpa benda ni. Selipar besi. Macam untuk hukuman jer ni?

Entah tak tau lah amende ni. Pasung ke?

Kat sana tu derang tengah beratur nak berdoa. Kekdahnya derang ketuk loceng, pastu berdoa. Macam chiyo dalam memoir... ok takyah sebut.

Ok, ni dari atas platform yang aku katakan itu. Takde mende pun, kan?

Memang biasa2 jer.

Pokok2 togel. :(


Eh, nampak tv tower!

Tv tower di tapak tangan ku.

Kad tahun baru kot. Tahun kuda.

Hah, tu dia! Ini lah dia sudut yang aku maksudkan hehehe.

Nah! Ini lah dia Kiyomizudera temple. Bayangkan la daun pokok2 tu warna merah ya.


I wuz here yor!



Tengok kaki platform tu, teringat library universitipetronas.

Yang belah kiri tu tengah renovate.



Turun sudah.


Kat bawah ada kedai makan. 

Kan? Macam library utp.





Aku pantang jumpa kolam.



Dalam perjalanan balik terjumpa kedai gula2. Cantik.






Ooo patut la ramai orang pakai kimono... Ada kedai sewa  kimono rupanya. Tapi arini dah fully booked.

Penutup cerita kiyomizudera dan higashiyama walk. Kami beli souvenir fridge magnet je seketul. Buat diri sendiri jek hahaha. Belum nak balik mesia lagi laaa...


2 komen:

yayu said...

berminatnya tgk gula-gula tu...

AyunasiA said...

Cantik, kan?