BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 7 January 2014

Bila Kami Mendapat Kaki


Hola! Lama tak aku menghilang? Ada seminggu? Lebih kurang la. Aku tak ke mana2 pun. Cuma ke kyoto dan osaka jer. Eceh... macam kat belakang rumah je kyoto tu boleh pergi hari2 kan. Nak kata perjalanan yang dirancang sangat tu, tidak lah. Separuh terancang gitu. Tapi aku dah study la sesikit pasal kedua2 tempat ni. Study tempat2 yang orang mesia biasa pergi bila ke situ. Kan AA dah lama sampai ke osaka kan. Tu yang ramai jer orang mesia cuti2 ke sinun. Tengok derang redah2 je pun ok je, takkan lah aku yang dah ada kat sini tak boleh, kan. 

Sebelum pergi tu, kami dah pinjam kete member kat sini. Beliau balik mesia. Tapi aku takut nak ke mana2 sebab tak geti isi minyak huhuhu. Tapi encik suami berani je nak redah. Tak geti, tanya. Ok, jadi sebelum kiter berperjalanan jauh, kiter prektis jalan dekat2 dulu. So, pada hari sabtu sebelum new year tu, kami pergi soping dekat2 area imigresen. Dekat2 nagoyaport la kot. Memula pergi aeon. Tak sudah2 dengan aeon nya. Masa dah nak sampai aeon tu, ternampak pulak dengan nitori. Nitori ni kedai ala2 ikea, tapi kecik la. Minggu lepas kami ada pergi nitori dekat ozone, area nagoyadome. Beli sarung futon kat situ. Sekarang ni dah selesa lah tido malam sebab bleh pakai futon yang dapat free kat autumn bazaar tu hari. Selesa dan jimat, takyah bukak heater.

So, lepas gi aeon, kami singgah di nitori tu pulak. Dah park kat situ, baru perasan, laaa depan dia tu lah kedai sushi(ro) yang kami makan mula2 dulu. Sebelahnya pulak ada tachiya. Laaa kat sini rupanya kami sampai. Tak beli pape pun kat nitori tu. Takde mood.

Balik tu kami singgah kedai halal yang kami pergi pada hari pertama sampai di sini. Rupa2nya kami dah lalu tempat tu masa menapak ke aeon dari stesen kanayama masa jemput orang uthm datang itu hari. Ingat jauh sangat la kedai tu sebab bila derang bawak macam berbelit2 jalannya. Kiranya kalau naik subway pun senang je nak pergi. 

Dari kedai halal, kami pergi makan kat kedai kashmir, pun dekat kanayama. Makan menu yang sama dengan kedai2 makan yang lain. Nasi beriani dan cheese nan. Kat sini barulah dapat dengar lagu hindustan yang kiter pernah dengar hehe.

Takde ke menu yang lain sikit eh? Semua menu kedai mamak.



Decoration pun sama lebih kurang.

Cheese nan dia agak gebus.

Spoil di situ. Nasi beriani pakai beras jepun. Terbantut selera ku. Rasa dah sedap dah.

Kari ayam.



Baru aku nak gerak balik, dia serve air pulak sorang segelas. Orang dah tak tahan nak terkucil ni lah dia nak bagi air free.

Pastu kami pun balik. Selama ni naik subway, beli pun berpada2 ikut kemampuan bahu. Ni sekali dapat naik kete, siap pakai troli nak naik bilik hihi.

Oh, pasal isi minyak tu, kami tanya orang sebelah yang nak isi minyak jugak. Sibbaik dia leh cakap english.

0 komen: