Dari golden pavilion, kami terus ke osaka. Sebenarnya macam awal lagi, tapi macam dah tak kosser nak pergi tempat lain, yang dah tentu2 shrine belaka. Aku tak pergi kyoto castle sebab tutup new year. Spare yang tu untuk pergi lain kali lah. Muzium pun tak pergi lagi, kan. Kiranya ada lah alasan untuk pergi lagi. Sebab nak naik romantic train tu. Kalau tak pergi takut 'habis' stok2 romantik dalam badan hahaha.
Kami gi osaka lalu jalan biasa. Lebih kurang 40+ km. Jalan 4 lorong, tapi biasa lah, banyak trafik lite. Cuma tidak lah rapat2. Sampai di osaka, dah malam. Maksud aku, dah gelap. Oh, lupa nak citer. Malam semalam, kami dah booking toyoko inn kat osaka ni. Mintak je ngan orang front desk tu booking kan. Kengkawan dia jugak, kan. Senang sikit dah ada buku panduan dia, senang nak booking lain kali. Kat osaka ni ada 5 kot branch dia. Dekat2 je. Kira line-of-sight antara satu sama lain. Dan kami pilih yang paling murah la semestinya hehe. Kengkonon pilih tu yang ada parking punya. Sampai2, parking dah penuh. Hello... 2 ketul je parking lot dia, ok. Hampeh je. Sia2 je pilih yang paling murah. Kena jugak bayar parking kat luar. Tapi demi nak menyedapkan hati, kan pagi tadi dah parking free kat 7E? Tak ingat?
Oleh kerana masih awal malam, lepas check in, kami terus keluar jenjalan. Nak cari ketam besar dan poster orang berlari. Apa kebenda tu? Entah, aku tengok sumer orang tayang gambar tu, aku pun nak tau jugak hehehe. Dah macam kucing yang ingin tahu dah aku ni. So, kami pun pergi ke satu tempat yang bernama namba. Eh tak, aku search dotonbori, tapi dua2 pun tempat yang sama. Bezanya maybe namba tu banyak kedai2 high end, dotonbori tu kedai2 rakyat marhaen kot. Dotonbori macam osu kannon? Kot. Namba macam sakae. Kalo kat nagoya ni. Kan sama, pun dekat2 jugak.
|
Suasana malam di osaka. |
|
Apakala terlihat je kelibat orang berlari, cecepat aku suh berenti. Nampak tak kelibat orang berlari??? |
|
Ni lah dia. Aku pun tak tau apa motif nya. Oh, ok dah google. Company pengeluar makanan. Dia ada buat jajan biskut jejari celup ceklat brand pocky. Salu nampak kat supa. |
|
Layan je lah, biskut jejari pun biskut jejari lah. Kat jambatan depan tu ada jalan. Situ lah area namba kot. Jalan tu ditutup, so manusia macam semut. Eh. malam tahun baru! |
|
At the heart of osaka city. |
|
Banyak papan iklan besar2. |
|
Dah sampai sini, baru aku perasan yang kat kyoto takde tempat2 macam ni. Ke, aku yang tak terpergi? |
|
Jumpa juga ketam ni kat sini hihi. Restoran ketam je. Kat nagoya pun ada haha. |
|
Penuh sesak. Sebenarnya kedai2 sumer tutup. |
|
Kat seberang jalan yang lain, kelihatan pula dotonbori. |
|
Bukti gambar tidak dicilok dari gugel. |
|
Oh, dah improve nampaknya skill beliau. |
|
Sama tak? |
Seterusnya, kami berjalan2 di aquarium pula. Ni ala2 water world ngan aquaria la kot (2-2 pun aku tak pernah masuk hihi). Oleh kerana aku bukanlah jenis yang suka masuk ke tempat2 macam ni, kiter ambik gambar dari luar je lah. Memalam pun takper. Ada gak lampu2, kan. Mari lihat apa yang ada di situ...
|
Ada ferris wheel. Sejuk tak hengat! |
|
Manusia, kereta dan mesin. |
|
Salah satu benda yang aku tak teringin nak naik. |
|
Please excuse him... |
|
Erkkk otromen mendarat di osaka, kah? |
|
Ada lampu ikan. |
|
Ikan terlepas. |
|
Ini lah tempat nya. Kirim salam je lah kat ikan2 tu. |
Ok, dah habis jalan2, kami pun balik bilik makan roti dengan rendang ayam minang. Wah!
|
Bilik adalah sebijik sebijon ngan semalam. Beza tang katil je. |
|
Takde beza langsung. |
|
Takde botol2 sabun yang boleh dibuat kenangan. |
|
Benda bulat kat dinding tu ialah termometer. |
|
Takde tv, tapi ada video-on-demand. Boleh beli 'tiket' kat vending machine kat luar. Banyak gak movie best2. |
|
Teko comel. |
|
Lampu picit pun ada. |
Sekian... untuk malam ini. Besok gi jenjalan ke usj pulak. Tapi tu aku publish hari isnin lah, yea. Korang bukan baca blog pun time weekend, kan.
5 komen:
Huhu..sejuk sgt ke kat sana?..insyaAllah akan stay kat hotel swissotel nankai kat namba tu...mmg tgh bandar..
Kami mengambil gambar kat org berlari tu..siap piknik mkn tepi sungai betul2 bwh gambar org berlari...huhu..
mmg ramai orang kat situ, kan? aritu pun ramai jer orang indo-n lepak2 kat situ.
salam sis..macam mana book hotel ni..hotel tu ada free wifi x? tq :)
ni website dia http://www.toyoko-inn.com/eng/
alamakkk tak ingat la ada wifi ke tidak... rasa mcm xde. kat lobi ada la kot. tapi rate dia per head tau.
Post a Comment