Caner nak mula nih?
Okeh.
Percutian pertama kami di negara Jepun dimulakan dengan Kyoto dan Osaka. Kalau melawat melawat melaka bermakna melawat malaysia, tapi di sini melawat kyoto bermakna melawat jepun kot hahaha. Maksudnya kyoto ni tempat bersejarah sama macam melaka. Katanya dolu2 kyoto ni ibu negara derang. Bila tu aku pun tak pasti. Zaman2 shogun kot. Apa shogun tu pun aku tak tau, tapi bunyi macam zaman dahulu kala, macam dynasti ming kalo kat china hihihi. Cer la korang study kalo rajin. Aku malas.
Sebelum2 ni (sebelum sampai di jepun), aku tau kyoto protocol jer, nama band yang masuk pertandingan versus tahun lepas. Tapi sebenarnya ada kena mengena dengan convention pbb berkaitan perubahan iklim dunia tah apa tah. Mesti derang meeting kat kyoto, tu yang dapat nama kyoto tu kot. Ok, abaikan bab tu. Nak citer pasal kyoto je, tiba2 masuk sampai pbb bagai pulak.
Tapi selepas aku study untuk jenjalan ni, baru lah aku tau yang kyoto ni sebuah bandar bersejarah di jepun. Ramai jer orang mesia yang dah sampai ke kyoto ni sebab dia dekat je dengan osaka. Saper yang pergi osaka mesti pergi kyoto lah, sebab osaka tu takde apa pun selain universalstudio. Tak bersejarah langsung. Aku suka jer melancong dengan tema sejarah ni. Cuma kali ni new year, kan. Muzium2 banyak yang tutup.
So, kami mulakan perjalanan pada 30 Disember. Sebelum pergi tu aku masak nasi ngan lauk sikit buat bekalan. Selain tu, aku bawa satu beg bekalan biskut2 segala. Kira boleh lah hidup untuk 3 hari kalau tak jumpa kedai makan. Tapi kami tak pergi naik kereta member yang aritu sebab power socket dia rosak. Selain tokleh guna untuk etc (ala2 touch n go), tokleh juga nak cas henfon. Dah lah nak pakai gps secara pukal kan. So, kami pinjam kereta dak kohai. Kecik lah sikit, tapi ok jer.
Dan, tepat jam 9.30 pagi, kami pun bertolak. Memula cuba isi minyak kat shell, tapi tak berjaya hahaha. Lain macam je operasi dia. Memang kena isi esso jugak. Oh, aku belum cerita lagi pasal minyak kat sini, kan? Ye lah, aku pun baru sekali dua isi minyak kete kan. Stesen minyak kat sini ada beberapa brand yang aku familiar, macam shell dan esso. Lelain ada idemitsu, errr tah apa lagi aku pun tak tau. Lain2 stesen, lain2 harga dia. Tapi kalau sama brand biasanya sama atau tak jauh beza la. Dan harga berubah2 setiap hari. Macam hari ni, aku isi esso, harganya 154 yen seliter, kat kyoto aku jumpa 152 yen. Ada hari tu, 149 yen pun ada. Jadi, jadi satu kerja lah pulak kiter ni asyik nak tengok harga minyak sepanjang perjalanan, kan. Bengkek jer bila kiter jumpa yang lebih murah selepas baru je isi yang mahal. Baru2, kan.
|
Dah terel isi minyak esso hihihi. |
|
Berselfie sementara menunggu minyak diisi. Ada mode 'beauty face' kat henpon. Langsung muka ku yang huru hara itu menjadi flawless, kan? Beauty face lah sangat. |
Untuk pertama kali ni, kiter lalu highway lah kan. Kang lalu jalan biasa, kyoto tak sampai, tiba2 sampai ker okinawa pulak hikhik. Bila sebut okinawa, mesti aku ingat citer meteor garden. Okeh, mari lihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Gunung ganang, jambatan besi dan terowong.
|
Jammed sekali sekala. Ada eksiden. |
|
Susah nak jumpa motor kapcai kat sini. Tengok enjin motor ni pun dah macam kete. |
|
Ada 2 highway yang kami lalu. Higashi (dari rumah sampai keluar nagoya) dan meishin (keluar nagoya ke kyoto). Faham lah sikit2 rangkaian hiway derang. |
|
Jambatan lagi. |
|
Gunung ganang. Ada la sikit2 salji sebab 26hb hari tu ada turun sikit2. |
|
Berhenti rehat di rnr. Rnr ni combine kedua2 arah rasanya. |
|
Belah belakang untuk arah ke nagoya. |
|
Belah depan ni untuk arah ke osaka. |
|
Jenguk ke dalam toilet dia. Ada changing room. |
|
Dan powder room. Jamban2 semua jenis bidet. Bersih jer. |
|
Risau aku nak jalan2 kat jepun ni. Banyak nor terowong panjang2. Seram jek. |
Orang kata, kiter akan tau yang kiter dah sampai di kyoto sebab suasana dia macam bandar lama. Ye lah kot. Macam melaka hehehe. Tak sudah2 dengan melaka. Tapi tetap lah maju tempat tu, cuma yang tradisi tu dikekalkan.
So, sampai di kyoto, kami keluar di exit kyoto timur (higashi kyoto) dan terus ke arashiyama. Ada 3 benda menarik kat arashiyama ni sebenarnya. Romantic train, jambatan togetsu dan hutan buluh (bamboo grove). Tapi, unfortunately, kami datang tu 30hb, betul2 tarikh romantic train tu tak beroperasi sampai lah bulan februari. Maka tak dapat lah aku beromantika de train. Dia sebenarnya train yang jalan slow (hence the name kot) untuk orang menikmati pemandangan gunung arashiyama tu. Kiranya tempat ni cantik la kalau time autumn aritu. Sekarang ni pokok dah togel, dia pun tak beroperasi. Elok lah tu. Turun dari train tu, sepatutnya akan menyusuri hutan buluh dan seterusnya akan turun ke jambatan. Tu kira kekdahnya kalau pergi ke situ lah. Tapi, bila dah train tu tutup, nak mulakan dari mana???
|
Comel nya! Kalau cenggini, buat lah jalan lama2 pun takpe hihi. |
Maka kami pun ikut je lah gps tu pergi ke arashiyama. Sampai kat situ, park kete dan menjajo lah cari kat mana buluhnya, kat mana jambatannya? Sunyi sepi jer tempat tu. Terjumpa sebuah temple kat situ. Aku pun gi tengok kat atas. Biasanya tempat perlancongan derang ni ada temple2. Ok, shrine.
|
Pokok bunga yang banyak dijumpai di musim sejuk ini. Macam bunga yang selalu dijumpai di kedai bunga plastik. Warna magenta, tengah2 dia kuning. |
|
Nampak pemandangan kyoto dari atas bukit. |
Selepas tak menemui apa yang dicari, kami pun pergi ke arah yang berlawanan. Jumpa sungai yang luas. Ada orang berkayak bagai. Ni lah kot sungai yang kelihatan bila naik romantic train tu.
|
Buluh, mana buluhhhhhhhhhhh??? |
|
Muka dah monyok sebab penat bawak badan dan beg. Berat ok badan pakai baju tebal2 ni. *nak bagitau yang bukan aku gemuk sebenarnya hihi. |
|
Tetiba baru perasan ada jambatan. Ni lah kot jambatan togetsu tu. Cecepat bukak website untuk pengesahan. Betul laaa... Laaa gini je ke jambatan nya? Biasa je? hahaha. |
|
Ya, ini lah dia togetsu-kyo bridge yang diwar2kan itu. |
|
Katanya tempat ni cantik time sakura blossom. Ada park untuk berhanami kat tepi jembatan ni. Tapi sekarang ni togel je la. Tu yang tak menarik kot. |
|
Ada taman monyet juga di sini. Tapi macam tutup je arini. |
|
Gunung arashiyama. |
Ok, setelah penat tak jumpa pokok buluh, kami pun balik ke kereta nak tinggalkan henbeg yang berat itu. Kena solat dulu kot baru jumpa.
Bersambung...
2 komen:
InsyaAllah sampai sana minggu depan...huhu tgk gambar pun dah feeling sejuk
Oh, minggu depan ke? Pasal megi tu takyah lah susah2 sampai nak ke nagoya bagai. Jauh kot. Takyah pun takper. Timekasih je la...
Tak sejuk sangat pun. Tak sampai 0 deg. Tapi tetap lah sejuk huhuhu.
Post a Comment