BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 10 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : The Golden Pavilion aka Kinkakuji


Destinasi terakhir kami di kyoto ini ialah kinkakuji temple. Dia ada pasangan, ginkakuji atau silver temple, tapi aku tengok gambar macam takde beza pun dengan temple2 yang lain, so aku skip. Pergi kinkakuji ni je lah. Menurut ceritanya temple ni berwarna emas. Entah memang disaluti emas ker cat je warna emas. Yang penting warnanya keemasan.

Rupa2nya kinkakuji ni terletak bersebelahan je dengan arashiyama. Patut semalam dari sana terus je ke sini. Tapi aku pun tak tau, kan. Study tak abis la katakan hihihi. Tak kisah lah. Janji masih dalam area kyoto. Takde lah jauh sangat dari higashiyama tu tadi. Kurang dari 10km kot.

Tempat ni nak masuk kena bayar. 400 yen seorang. Semata2 nak tangkap gambar bangunan berwarna emas tu jer? A'ah. Takde yang menarik pun selain tu. Tapi dah nama pun melancong, bayar je lah.

Itu lah dia benda nya. Kat dalam ni dia tak kasi guna tripod. Maybe sebab orang ramai tapi kawasan sempit, tu yang dia tak kasi kot. Tapi memang kecik je kawasan nak tangkap gambar ni. Manusia punya lah ramai. Memang susah nak ambik gambar kiter tanpa kelibat orang lain.

Lain kali belajar guna kemre sebelum melancong, ok...

Air tak tenang pulak...

Hentam je lah... janji nampak muka dengan bangunan tu, sudah.



Sebenarnya matahari tengah terik memancar kat bangunan tu, tu yang gambar dia tak clear. Heh.


Better.  Golden Pavilion / Kinkakuji Temple.




Kolam lagi... yey!








Emas ke tu? Cat kot...









Ni lah orang2 yang sama2 berebut bergambar dengan aku tadi. 




Tamat lah sudah cerita kyoto. Next, Osaka aku datang!

1 komen:

Shila said...

huhu cantiknya pemandangan...yeay Osaka pulak...tak sabar nak baca pasal Osaka pulak