Jeng jeng jeng! Apakah rahsia yang ingin didedahkan hari ini? Tak rahsia pun. Cuma nak cerita pasal kolagen brand kinohimitsu yang diamond 5300 tu. Cerita dah lama, sebelum aku ke jepun lagi. Baru ingat nak cerita hehe.
Ada lah dekat 2 tahun kot aku consume mende alah tu. Konon datang sini senang lah nak sambung minum. Tup2 sampai sini, non ado! Ada beberapa produk kolagen yang aku jumpa, antaranya brand shiseido, tapi bayang kinohimitsu langsung tidak kelihatan. Kalau pun ada, aku tak berani nak ambik sebab takut diragui kehalalannya.
Sebelum itu, masa bulan puasa tahun lepas, kinohimitsu mesia ada buat promosi. Dia suh kiter hantar 5 keping bar code sebarang produk derang, dan sebagai ganjarannya, kiter akan dapat sekotak produk tersebut. Cer bayangkan, selepas (masa tu) setahun setengah, berapa banyak keping bar code yang aku ada? Kalau sebulan satu, tak ker berbelas2 ketul banyaknya? Tapi tak. Mula2 jer kiter minum selang sehari, lepas tu 3 hari sekali pun boleh. Maknanya sekotak tu boleh tahan sebulan setengah la.
Maka, (sepatutnya) aku ada at least 10 keping bar code (diambil dari kotak dia) la kan?. Tapi, ada ke aku cakap yang aku kumpul kotak dia? Takde, kan? Kalau ikut kan aku, benda dah habis, elok dibuang jer la kan? Tapi, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan seorang suami yang 'asal-kertas-jer-mesti-nak-kumpul-untuk-dijual'. Dan kotak2 kolagen ini tidak terkecuali. Yang tambah lega tu, walau pun dah setahun lebih, kotak kolagen ni belum pulak dijualnya. Macam diasingkan gitu. Macam dah tau jer ada promosi kumpul bar code nih.
Lalu, tanpa membuang masa, aku pun terus menggunting bar code pada kotak2 itu. Sakit jari aku menggunting kotak dengan gunting kecik. Hasilnya, aku berjaya mengumpul sebanyak 11 keping bar code! Yeay! Ini bermakna aku boleh menghantar 2 penyertaan la kan. Ada lebih sekeping, tak sempat pulak nak kumpul lagi sebab...
Sibbaik dia tak suruh tulis slogan ke haper. Kalau ada, memang tak ar aku nak hantar. |
Dua keping borang penyertaan. Aku simpan gambar ni masa tu sebab dia cakap kalau 5 minggu tak dapat apa2, boleh contact derang dan bagi nombor siri tu sebagai rujukan. |
Selepas 5 minggu, takde apa2 pun yang sampai. Aku pos tu minggu pertama puasa, patut time2 raya la sampai. Tapi aku tak buat apa2. Anggap takde rezeki je lah kalau tak dapat. Tup2, awal bulan 9 kot, aku mendapat parcel di opis. Akhirnya, sampai pun hadiah ni. Timer kasih trn marketing! Jimat duhet aku.
Dapat 2 kotak di dalam satu kotak. |
Tapi ada perbezaan sikit pada packaging dia ni. |
Ya, takde bar code hahaha. Maknanya, tak boleh la aku nak recycle bar code lagi. |
Dan sebelum datang ke sini, aku sempat minum satu kotak jer. Lagi satu kotak, aku kuarkan, balut botol nya ngan silotep satu persatu, dan bersedia untuk dipos ke sini secara berperingkat huhuhu. Setakat ni dah ada 7 botol berjaya dieksport ke negara asalnya (tapi aku rasa ia dikilangkan di mesia, teknologi je dari jepun kot), tinggal lagi 9 botol kat mesia. Tak tau lah aku nak cakap. Nak mula balik ke tak? Sebab dah 3 bulan tak minum, habis dah kot zat2 dia sumer dari badan. Macam dah berkedut balik je kulit aku ni hahaha. Oh, berkesan ke pengambilan kolagen ni ke atas aku? Susah nak cakap sebab aku bukan belek sangat kulit aku ni. Macam, sajer, buat perabis duit jer, gitu. Cuma yang aku pasti, kulit aku dah tak kering. Sebelum ni kalau aku garit (bukan perempuan gaghit tu tau) kulit kaki aku dengan kuku, akan ada tanda garit tu. Lepas ambik kolagen, dah takde dah. Ni kira testimoni ke haper? huhuhu.
So, apa pendapat uols? Aku dah terfikir nak beli yang jenis serbuk jer, ringan sikit kalo nak pos pon. Ke macamana eh? *Inilah masa dan peluang untuk anda mengiklankan produk kolagen anda di sini.
Sekian. Eh, sila bagi pendapat eh?
p/s botol2 dia pun aku tak buang lagi. nak jual, kedai recycle takmo. tunggu dia buat peraduan kumpul botol pulak, kot2 bagi 20 botol dapat 10 botol free ke hihihi.
p/s kino - semalam
himitsu - rahsia
ki - pokok
no - partikel 'punya'
3 komen:
Tryla meiji pnye collagen aritu membe soh usha harga kat sini.. Kat msia jual satu tin dkt 200 katanye... Kt tgk kat rakuten murah gak.. Tak penah lak usha kat kedai farmasi sini...
zira: boleh ker? sbb kalo kat mesia maybe lah halal. takut kat sini tak pulak.
Tu la xsure plak tp dorang ckp mmg made in japan bkn kat msia..
Post a Comment